Quantcast
Channel: Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah Syariyyah'
Viewing all 1409 articles
Browse latest View live

Salam Eidul Fitri 1434 dari NGO Pengubatan Islam KISWAH, Adab Hari Raya dan Muhasabah Hari Raya

$
0
0


UCAPAN HARI RAYA

Assalamualaikum,

Pada semua pelawat blog yang di muliakan sempena menjelangnya Syawal yakni hari raya yang harinya sudah tidak berapa jauh lagi Saya disini ingin mengucapkan SALAM IDUL FITRI MINAL A'IEDIN WAL FAIZIN.....Kullu Am Wentum Bikheir...

Terlalu banyak yang saya dah typekan didalam blog dan forum ini menjawab soalan dan mengemukakan pandangan. Sepanjang panjang bercerita, sepanjang panjang menjawab itu maka terlalu banyak kesalahan yang telah saya lakukan harap dapat sudilah hati tuan tuan dan puan puan untuk memaafkannya. Sekiranya saya tersilap kata atau telah menyakiti mana mana satu individu maka ampunkanlah saya.

Setiap kali menjelang Syawal saya akan teringatkan semua pengunjung pusat Rawatan Kiswah di Pahang dan juga pesakit yang mengunjungi kami untuk rawatan begitu juga pesakit yang telah kami ziarah . Maaf juga kami pohon pada semua sekiranya berlaku kekasaran, tersilap kata dan mohon di halalkan makan minum dan juga pemberian tuan tuan pada kami.

Pada peserta kursus/seminar kami mengucapkan terima kasih banyak banyak kerana memberi sokongan pada kami dan sekali lagi kami mohon di ampunkan sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada apa yang telah berlangsung sebelum ini. InsyaALLAH kami akan memberbaikinya dan seterusnya memperbaiki lagi.

Pada semua yang pulang ke kampung halaman mohon agar memandu dengan cermat dan banyak banyak bersabar. Kampung atau destinasi yang di tuju tidak akan lari dari kita jadi memandulah dengan perlahan dan cermat hatta membawa kereta yang baru di beli sekalipun. Periksalah kenderaan elok elok dan pastikan semua kelengkapan di bawa. Pada yang dah ada anak kecil itu dan pertama kali di bawa ke kampung halaman maka pastikan bekalan air panas, susu, pampers telah di kemas kini dengan rapi. Periksa juga tayar spare tu dah lama tak tengok tayar spare tu.

Kami doakan agar semua warga KISWAH agar bergembira di hari yang mulia ini khususnya anak anak kita yang tidak sabar lagi nak beraya. Sekiranya terdapat salah sangka pada mana mana anggota keluarga maka hari ni merupakan adat terbaik untuk kita memohon ampun dari mereka dan mudah mudahan dengan itu kita beroleh kesembuhan hati diantara manusia rakan rakan saudara kita AMIN.

Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI pada semua muslimin muslimat...MAAF BATIN ZAHIR .......


ADAB-ADAB SAMBUTAN HARI RAYA

Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” 
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].

3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

Takbir Mursal(mutlak/bebas) bermaksud takbir yang diungkap di luar solat. Takbir ini boleh dibaca selepas solat maghrib 30 Ramadhan sehingga selepas khutbah.(terdapat imam solat yang melaksanakan Takbir Muqyad (akibat tanpa ilmu)

Takbir Muqqayyad(terikat) bermaksud takbir yang dilafazkan sebaik sahaja selesai memberi salam solat fardu(mengiringi solat fardu). Ia boleh dilafazkan bermula subuh 10 Zulhijah sehingga 13 Zulhijjah(hari Tasyrik) selepas solat asar.

4. Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.
Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik 

6. Berpakaian baru/cantik di hari raya
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT. 
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim. 

8. Solat Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad.

Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.

b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW. 

c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.” 

d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.” 

9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”] 

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.” 
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan. 

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah). 

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.” 

11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.” 

12. Ziarah kubur pada hari raya:    Hukum ziarah kubur pagi raya  ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA.
Jawapan Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar) Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

Di sebut di dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:"Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya:"Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya:"Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat".

Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu. Sebahagian ulama' menyatakan bahawa pahalanya lebih besar pada hari-hari yang tertentu seperti hari Khamis dan Jumaat, kerana kuatnya hubungan di antara roh-roh dengan si mati. Pendapat ini tidak mempunyai dalil yang kuat.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kita fatwa ini:


[Di dalam perbincangan tersebut, pendapat yang dipilih oleh sheikh ialah hukumnya makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram. NAMUN: Sekiranya perkara tersebut tidak wujud pada wanita tersebut (bimbang meratapi dan meraung); maka dibolehkan. Malah jika wanita tersebut bertambah zuhud, keimanan dan mengingati akhirat, serta membantu mengenang jasa si mati pada hari raya lantas memohon rahmat bagi mereka maka mendapat pahala pula. –ringkasan dari fatwa tersebut oleh penterjemah]


Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia ditegah.


Ini kerana takziah selepas dari mayat dikebumikan lebih dari tiga hari adalah dilarang, samada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih padanya.[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh 'Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647]

Kesalahan yang dilakukan pada hari raya
Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan. 

ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

  
MUHASABAH HARI RAYA:


Assalamualaikum semua.... Sambil kita meraikan Eidul Fitri yang mulia ini marilah kita bermuhasabah berkenaan amalan2 biasa sepanjangSyawwal:

1) Percampuran lelaki 
dan perempuan secara tidak terkawal antara ajnabi.

2) Bersalaman sesama bukan mahram contohnya antara sepupu sepapat dan ipar duai...

3) Tidak menjaga aurat khususnya bertudung di depan ipar duai dan sedara mara yang ajnabi di dalam suasana menyambut Idul Fitri.

4) Menghimpunkan tempat tidur cucu cicit ketika balik kampung di rumah datuk nenek sehingga bercampur sesama lelaki dan perempuan dan akhirnya terjadi perkara yang tidak diingini.

5) Menjadikan amalan ziarah dan pertemuan sebagai medan mengumpat dan mengata orang lain serta melahirkan rasa tidak puasa hati sesama muslim.

6) Menjadikan hari raya medan menunjuk2 siapa yang lebih kaya dan berharta, lebih berkedudukan, lebik kelulusan lebih bergaya dan menarik, lebih baik dan lebih seribu kali lebih.....

7)Muhasabah Syawwal.Kecewa dengan tuan rumah dan tetamu Idulfitri yang asyik melayan 'gajet' sampai tak sempat bertanya khabar dan bersilaturrahmi. Maulana pernah berkata dalam setiap 'teknologi' ada syaitannya... Mulailah penggunaanya dengan istiazah dan selalulah beringat!

 Ziarah sahaja... jangan berbalas... Kalau kawan tak datang rumah kita tak hingin datang ke rumahnya pula...

9) Tidak melayan tetamu dengan baik. Asyik dengan TV dan anak2 tuan rumah buat tak tahu sahaja tetamu yang datang.. sibuk melayan TV sambil santai berbaring.

10) Tak keluar bilik.. Kalau tak melayan dan berbual2 pun janganlah sampai tak bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya langsung...

11) Tabarruj dan tidak menutup aurat... make up yang berlebihan dan pakaian yang mencolok mata merosakkan keberkatan idulfitri.

12) Berlagak sombong dengan tetamu yang dirasakan picisan dan lebih miskin dari kita. Maklumlah berjawatan tinggi dan kereta BESAR...

13) Berlaku pembaziran makanan berskala besar..... Makanan cuma dijadikan habuan menunjuk2 sahaja..

14) Mengelak dari tetamu datang ke rumah dengan pelbagai alasan kerana hendak tidur dan berehat di bilik yang beraircond di rumah..

15) Menyebar keburukan orang lain dan menyampai2 apa komen tak baik yang diceritakan orang tentang diri pendengar report kita.

16) Sibuk memenangkan anak masing2 berbanding anak2 saudara lain seolah2 anak2 kitalah terhebat.

17) Of course ada yang beraya sampai meninggalkan solat berjemaah atau solat fardhu walaupun bersendirian.

18) Al Quran dah tinggal sebaik menempuh 27 Ramadan... Syawwal dah tak buka2 dah sehingga 1 Ramadan tahun depan yang tak tentu lagi kita menjengahnya.

19) MERCUN....... adui.... janganlah mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan .. Haram hukumnya kalau melibatkan mercun yang memberi risiko kemalangan pada tubuh badan... Trend sekarang.. yang tua2 pun sibuk berlawan mercun sapa paling mahal...

20) Tak beraya pun... asyik layan FB, internet atau TV.

21) Kedekut.... langsung tak memberi duit raya kepada anak2 tetamu atau orang tua dan adik2 yang masih belajar dan belum berkerjaya..... Malah ada yang sengaja tidak balik kampung dan mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua....

22) Adab berhari raya juga adalah menjaga kebersihan..... Potonglah kuku dan buang segala 'bulu' yang tidak perlu kerana ia adalah adab seorang muslim yang sejati....dan jagalah kebersihan tubuh badan dan pakaian seleruhnya...

23) Tidak menjaga pandangan khususnya kepada mudi mudi yang berdahi licin sama ada yang masih menutup aurat dan khususnya yang tidak menutup aurat mencolok mata.

24) Sombong tidak bermaafan dan bersalaman...

25) Membesarkan kekhilafan pendapat sama ada politik atau aliran sehingga bermasan muka dan menyesatkan sesama muslim semasa berbual ketika ziarah...

26) Sibuk berniaga sesama sanak saudara dan mengabaikan bersilaturrahmi sesama saudara....

27) Lupa mendokan kebaikan saudara seIslamnya di hara raya... Doakan kami ye...

...... dan macam2 lagi.... Selamat Bermuhasabah...

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam...

Rawatan Ruqyah Perdana KISWAH di Felda Ulu Jempol 7 September 2013. 9 Pagi.

$
0
0

Semoga Rawatan Islam berteraskan Ruqyah Syariyyah yang sebenar semakin berkembang di negara kita...
Assalamualaikum..

"RAWATAN RUQYAH PERDANA FELDA ULU JEMPOL - Program Khidmat Rawatan Ruqyah Kepada Masyarakat"

~Bersama Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Temerloh (KISWAH) dinaungi Mufti Kerajaan Negeri Pahang~

Anjuran: Masjid Ulu Jempol dan NGO KISWAH..


Bayaran: Seikhlas Hati...

(Air Ruqyah dan barang rawatan dijual pada hari program...)

Jenis rawatan: " Rawatan Sihir, Santau, Saka, Strok, Masalah Mental, Rawatan Pulih Rumah, Masalah Rumahtangga, Anak Bermasalah, Kanser dan Penyakit Misteri Menggunakan Kaedah Terapi Al Quran @ Bacaan Ruqyah Syariyyah.."

8.30 pagi: Pendaftaran

9:00 pagi: Penerangan berkenaan Kaedah Ruqyah oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi.

9:30 pagi: Rawatan Ruqyah kepada pesakit.

10:30 pagi: Sesi Penerangan oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi

11:30 pagi: Bersurai...


HUbungi:

Ustaz Mohd Nasaie Nawawi ... 013 3875849
Ustaz Hayat Kiswah al Mevlevi... 017 9065131

Kenangan Mawlid di Rumah Anakanda Syarifuddin Taman Temerloh Jaya 15 Ogos 2013

$
0
0
Assalamualaikum semua pembaca blog..

15 Ogos 2013 yang lalu NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWA)  dijemput menghadiri majlis mawlid dan jamuan hari raya di rumah anakanda kami Ahmad Syarifuddin bin Syamsuddin..

Kami diberi kesempatan menyampaikan sedikit tausiyyah dan mengepalai bacaan mawlid daibaie pada malam tersebut..

Terima kasih atas jemputan..

Wassalam..







Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

SERTAILAH PROGRAM DROPSHIP KISWAH SEKARANG UNTUK MENJANA PENDAPATAN. RM0 MODAL BARANG..

$
0
0


Assalamualaikum semua... Peluang untuk anda menjana pendapatan..

BAGAIMANA SISTEM DROPSHIPPING BERLAKU:

1)      Reseller (anda) melakukan promosi sebagai penjual. Promosi di dalam website, blog, facebook, forum etc. Gambar dan maklumat dari FB: Deanjung Kiswah.

2)      Jika ada yang berminat, sila PM pembeli akaun anda dan jumlah yang perlu dibayar (Harga produk dan kos penghantaran).

3)      Pembeli melakukan tempahan untuk pembelian. Sila check stok dengan KISWAH. Sekiranya ada soalan dr pembeli sila PM: Deanjung Kiswah. Forward kepada pembeli.

4)      Pembeli membayar harga produk dan kos penghantaran secara online / offline ke dalam akaun anda.

5)      Anda membayar kepada KISWAH harga tolak kepada agen dan penghantaran.

6)      KISWAH akan memeriksa transaksi dan menghantar produk kepada pembeli.


KELEBIHAN MENYERTAI SISTEM DROPSHIPPING KISWAH

a)      Anda dapat membeli barangan di dalam deanjungkiswah dengan harga murah (harga tolak kepada agen).


b)      Dapat menjana pendapatan tanpa memerlukan sebarang modal. Hanya berbekalkan gambar dan promosi sahaja.

SILA SMS SAYA DI TALIAN: 017 9065131 (USTAZ HAYAT / USTAZAH MULIA KARIMAH)

Tarikh dan Hari yang Sesuai untuk Berbekam. Ayuhlah Serbekam di Pusat Rawatan Islam KISWAH Secara Sunnah!!!

$
0
0

Assalamualaikum.. Syukur Ya Rabbi.. Kami di KISWAH hanya membekam pesakit pada hari Isnin, Selasa atau Khamis.. yang bertepatan dengan tarikh 17, 19 atau 21 Hijrah (Bulan Islam)...Ini adalah untuk memenuhi ciri-ciri BEKAM SUNNAH yang tulen.. Bukan berasaskan keuntungan maksimum semata-mata... Bekam Sunnah bukan sekadar tarikh dan harinya, malah titik bekamnya, waktu, kaedah dan adab2nya...Malah kami juga meruqyah pesakit ketika membekam...

 Ini adalah panduan2 kami:


 Bilakah tarikh yang sesuai berbekam?
Pada 15, 17 dan 21 hb Qamari atau kalender hijri setiap bulan. Nabi Muhammad rbersabda: “Barangsiapa yang berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.” (HR Abu Dawud).

* Separuh kedua sehingga minggu ketiga setiap bulan seumpama yang menjadi kesepakatan para tabib seperti pendapat Ibn Qayyim al Jauziah.





Hari apakah yang sesuai untuk berbekam?

Hari Isnin, Selasa atau Khamis.


Hadis Riwayat Ibn Umar t, bahawa Rasulullah rbersabda, “Berbekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik. Ia akan menambahkan kecerdesan otak dan menambahkan ketajaman menghafal. Oleh itu, barang siapa hendak berbekam, maka sebaik-baiknya dilakukan pada hari KHAMIS dengan menyebut nama Allah I  . Hindarilah berbekam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari Rabu adalah hari Nabi Ayyub uditimpa ujian. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra (sejenis sakit kulit dan saraf  yang menyebabkan kecatan pada badan) kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu.” (HR Ibn Majah)



Tarikh Bekam Yang Terdekat di KISWAH: 23 September 2013. Jemput Datang Berbekam di Tempat Kami

$
0
0



Jadual bekam kiswah seterusnya pada 

23 sept 2013 bersamaan 17 Zulkaedah.

Dtg 5.30ptg. Jgn lupa ye.

Siapa berminat pm atau sms saya 0179065131.

Kenangan KISWAH Bermawlid di Surau Taman Jaya 3 Pada 25 Ogos 2013

$
0
0







Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Rawatan Ruqyah Perdana KISWAH di Felda Ulu Jempol Maran Pada 7 September 2013. Hadir Beramai-ramai!!!

$
0
0
Jangan lupa.. Bawak semua sedara mara yang memerlukan rawatan ke sana. Ayuh beramai-ramai...
Assalamualaikum..

"RAWATAN RUQYAH PERDANA FELDA ULU JEMPOL - Program Khidmat Rawatan Ruqyah Kepada Masyarakat"

~Bersama Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Temerloh (KISWAH) dinaungi Mufti Kerajaan Negeri Pahang~

Anjuran: Masjid Ulu Jempol dan NGO KISWAH..


Bayaran: Seikhlas Hati...

(Air Ruqyah dan barang rawatan dijual pada hari program...)

Jenis rawatan: " Rawatan Sihir, Santau, Saka, Strok, Masalah Mental, Rawatan Pulih Rumah, Masalah Rumahtangga, Anak Bermasalah, Kanser dan Penyakit Misteri Menggunakan Kaedah Terapi Al Quran @ Bacaan Ruqyah Syariyyah.."

8.30 pagi: Pendaftaran

9:00 pagi: Penerangan berkenaan Kaedah Ruqyah oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi.

9:30 pagi: Rawatan Ruqyah kepada pesakit.

10:30 pagi: Sesi Penerangan oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi

11:30 pagi: Bersurai...


HUbungi:

Ustaz Mohd Nasaie Nawawi ... 013 3875849
Ustaz Hayat Kiswah al Mevlevi... 017 9065131


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Kenangan Rawatan Ruqyah Perdana di Felda Ulu Jempol 7 September 2013

$
0
0

Assalamualaikum semua.. Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang dinaungi Mufti Pahang telah diberi peluang untuk mengadakan rawatan ruqyah perdana kepada penduduk Felda Ulu Jempol Pahang dan pelajar-pelajar KIPSAS yang sedang berprogram di sana...

Kenangan rawatan ruqyah perdana kiswah di felda ulu jempol. 7 september 2013








Kecewa Dengan Syarikat Botol MI MURNI INDUSTRY Yang Tidak Bertanggungjawab Menghantar Botol Yang Salah

$
0
0


Assalamualaikum semua...





Kepada sesiapa yang nak buat bisnes botol air mineral... Tak perlulah berurusan dengan syarikat Murni Botol yang suka putar belit pelanggan.. Sebab tu kadang2 kecewa dengan pengusaha melayu. Bukan nak tolong bangsa sendiri.. Ngap orang lagi ada.. 

Sudahlah menghantar botol yang salah, tidak mahu menghantar semula botol yang betul. Apabila kita tidak bersetuju dengan botol tersebut; disalahkan kita pula lalu passing botol kami yang salah kepada syarikat Tasnim Gau dan digunakan tanpa memberitahu kami terlebih dahulu. Padahal kami telah bayar cash kepada Murni Botol.

Murni Botol lepas tangan selepas dapat duit dengan jualan yang mahal dari biasa dan tak mahu mengganti botol yang sepatutnya. Selepas tu suruh kami berurusan dengan Syarikat Tasnim Gau pula. Dengan egonya memaksa kami menjual botol yang salah kepada Syarikat Tasnim Gau. Tasnim Gau hendak beli dengan harga yang sangat murah berbanding dengan harga yang kami beli dengan Murni... Apa ni???

Itulah sesama Islam kalau tak mahu amanah dan jujur...

Janji dia untung.....

P/S: Pendedahan ini sekadar satu perkongsian pengalaman. 
Supaya anda semua berjaga2 dengan Syarikat Murni ini.
Murni sebenarnya tidaklah semurni mana...

Program Mawlidurrasul Di Masjid Bera Bersama KISWAH pada 21 September 2013

$
0
0


Mawlid Bersama KISWAH di Masjid Bera Pada 21 September 2013...

Jumpa di sana... 

Gotong Royong KISWAH di Pejabat Arufa Simpang Songsang 22 September 2013

$
0
0

Assalamualaikum kepada semua ahli

Pada 22hb sep pagi ahad slps mawlid di bera pd malamnya..dipohon anggota kiswah menyertai gotong royong membersihkan pejbt ayahanda di simpang songsang merangkap stor dan 'kilang' air ruqyah kiswah..siapa boleh join?

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Ceramah Bahaya Syiah Oleh Mawlana Johari di Kg Gelugor Maran 16 September 2013

$
0
0

ASSALAMUALAIKUM

JOM P KULIAH..
SIAPA2 YANG ADA BERDEKATAN DGN TEMERLOH, JERENTUT, JENGKA DAN MARAN...MOH LA WEI..(JOM LA..) HEHE
"BAHAYA SYIAH" OLEH MAULANA JOHARI BIN ALI.
MUSLIMIN/MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BAGI MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU INI.

ALLAHU HAQ HIDAYAH SELURUH ALAM!!!

Al Fatihah Kepada Habib Munzir al Musawa Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah Pada 15 September 2013

$
0
0

Assalamualaikum kepad al Habib Munzir bin Fuad al Musawa...
 Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa dikabarkan meninggal dunia, Minggu(15/9/2013). Pimpinan Majelis Rasulullah ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 15.30 WIB di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta.
Sang kakak Habib Nabil Almusawa yang juga Ketua DPP PKS mengabarkan berita duka tersebut melalui akun twitternya.
"Adinda Habib Munzir meninggal, mohon maafkan kesalahannya dan mohon doanya," tulis Habib Nabil di akun Twitternya, Minggu(15/9/2013).
Belum diketahui penyebab meninggalnya Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa.

Al-Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa atau lebih dikenal dengan Munzir bin Fuad bin Abdurrahman Almusawa lahir di Cipanas, Cianjur, Jawa Barat, 23 Februari 1973. Ia adalah pimpinan Majelis Rasulullah, majelis dzikir terbesar.
Ia merupakan anak keempat dari empat bersaudara dari pasangan Fuad bin Abdurrahman Al-Musawa dan Rahmah binti Hasyim Al-Musawa. Ayahnya bernama Fuad yang lahir di Palembang dan dibesarkan di Mekkah.
Setelah lulus pendidikan jurnalistik di New York University, Amerika Serikat, ayahnya kemudian bekerja sebagai seorang wartawan di harian 'Berita Yudha' yang lalu menjadi Berita buana. Masa kecilnya dihabiskan di daerah Cipanas, Jawa barat bersama-sama saudara-saudaranya, Ramzi, Nabiel Al-Musawa, serta Lulu Musawa.
Ia mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, lalu mengambil kursus bahasa arab di LPBA Assalafy Jakarta Timur.
 

 Ia memperdalam lagi Ilmu Syari’ah Islamiyah di Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur,yang dipimpin oleh Habib Naqib bin Muhammad bin Syehk Abu Bakar bin Salim,beliau banyak menimba ilmu di ma'had al Khairat dan disinilah beliau kenal dengan Habib Umar bin Hafidz yang kemudian diteruskan ke Ma’had Darul Musthafa di pesantren Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syech Abubakar bin Salim di Tarim Hadhramaut Yaman pada tahun 1994 untuk mendalami bidang syari'ah selama empat tahun. Di sana ia mendalami ilmu fiqh, ilmu tafsir Al Qur'an, ilmu hadits, ilmu sejarah, ilmu tauhid, ilmu tasawwuf, mahabbaturrasul, ilmu dakwah, dan ilmu ilmu syariah lainnya.


Ceramah Bahaya Syiah Oleh Mawlana Johari Kg Gelugor Kuantan Pada 17 September 2013

$
0
0




Assalamualaikum semua..

Masya Allah..penerangan yg hebat dan jelas berkenaan syiah oleh mawlana johari di Masjid Kampung Gelugor Kuantan. Alangkah baiknya jika ustaz amin Sohibul Tafsir ustaz Mohd Fadli Johari dan ustaz Amir Azmi blh jemput ke tempat masing2...

Mmg clear jelas n terperinci...diadun pula dgn kisah pengalaman hidup beliau berhadapan dgn agen syiah di pakistan. 

Seumpama menonton televisyen. Dari satu plot ke satu plot.

Mawlana Johari menceritakan juga kisah gurunya yang dibunuh Syiah...

Mawlana Johari memanggil Syiah sebagai agama Syiah VS agama Islam....

Bukan firqah di dalam agama Islam. Sahabat2 Irani yang belajar di Jamiah Ahlussunnah di Pakistan..

 Bila pulang disembelih oleh Syiah Iran

..dan dalil2 membuktikan bahawa Syiah telah terkeluar dari Islam dalam bab Usuluddin lagi..

Semoga pelbagai pihak di luar sana dapat menjemput Mawlana Johari; ulamak tersohor di Negeri Pahang ini untuk membentangkan tajuk ini di tempat anda semua... Siapa nak no telefon beliau boleh SMS saya 017 9065131 Ustaz Hayat.. 




Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...


Hadis Sunat Puasa Pada Hari Arafah 9 Zulhijjah Yang Dapat Menghapuskan Dosa Setahun Lepas dan Setahun Akan Datang

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Salam Hari Arafah Esok Dari Keluarga Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang Bernaung Di Bawah Mufti Pahang.. 


Selamat Berpuasa Pada 9 ZulHijjah

" Diriwayatkan oleh Abu Qatadah RA: Sabda Rasulullah SAW: "Puasa Arafah (9 Zulhijjah) Menghapuskan Dosa Setahun Lalu dan Setahun Akan Datang." ~ Hadis Riwayat Imam Muslim. (No 1162)



Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam

Salam Eidul Adha 1434 H dari Kami Keluarga Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

$
0
0

Assalamualaikum semua anda yang budiman...

Selamat Menyambut Eidul Adha dari kami warga KISWAH kepada muslimin muslimat seluruh dunia khususnya penyokong, peserta seminar, pengikut blog, pesakit dan perawat KISWAH di mana jua anda berada...



Selamat menghidupkan malam mulia malam arafah dan malam hari raya...moga2 hati senantiasa hidup di waktu kebanyakan manusia MATI HATI....... Salam Iduladha 1434 untuk sahabat seperjuangan semua dari saya sekeluarga dan warga KISWAH Pahang!! Selamat berkorban!!! Eid Mubarak!!!!!!




Semoga Eidul Akbar ini yang sebenarnya merupakan hari raya yang lebih besar dari Eidul Fitri (lihatlah takbirnya sahaja memakan masa 4 hari!) memberikan kita pengajaran tentang erti sebuah pengorbanan di dalam beragama....

Ampun batin dan zahir.... Terima kasih atas sokongan semua!!!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!


Love and salams,

Hayat Al Mevlevi, Mulia Karimah, Abdullah Faiz, Muhammad Nazim, Fatimah dan semua warga KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah khususnya, Lukman dan Syihan yang merupakan petugas dan pembantu rasmi KISWAH..

Eid Mubarak.. Kullu Am Wentum Bikheir...

Jualan Tasbih 200 Teras Asam Naqshbandi dan Tasbih 100 Gaharu

$
0
0

Jualan tasbih 200 Naqshbandi Teras Asam dan Tasbih 100 Gaharu yang wangi..


Tasbih adalah Sunnah Rasulullah saw. Gunakan tanpa was-was... Tasbih yang digunakan oleh Sheikh dan muridin Naqshbandi. Dikenali Tasbih Sh Abdullah Faiz.



Tasbih gaharu wangi. 100 butir besar. RM 100 termasuk penghantaran (SM) atau RM 105 (SM)


(Tasbih 200 Teras Asam Leper Kecil) Tasbih adalah Sunnah Rasulullah saw. Gunakan tanpa was-was... Tasbih yang digunakan oleh Sheikh dan muridin Naqshbandi. Dikenali Tasbih Sh Abdullah Faiz. RM 70 termasuk kos penghantaran (SM) atau rm75 (SS)

(Tasbih 200 Teras Asam Besar Bulat) Tasbih adalah Sunnah Rasulullah saw. Gunakan tanpa was-was... Tasbih yang digunakan oleh Sheikh dan muridin Naqshbandi. Dikenali Tasbih Sh Abdullah Faiz. RM 70 termasuk kos penghantaran (SM) atau rm75 (SS)

(Tasbih 200 Teras Asam Bulat Kecil) Tasbih adalah Sunnah Rasulullah saw. Gunakan tanpa was-was... Tasbih yang digunakan oleh Sheikh dan muridin Naqshbandi. Dikenali Tasbih Sh Abdullah Faiz. RM 70 termasuk kos penghantaran (SM) atau rm75 (SS)

Cara pembelian:

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".

ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar barangan tersebut ke alamat anda.

Program Ziarah Penaung NGO KISWAH Mufti Pahang Pada 27hb Okt 2013

$
0
0
Mufti Kerajaan Negeri Pahang; Sohibus Samahah Dato Haji Abd Rahman bin Osman
Assalamualaikum semua..

Perhatian kepada semua ahli NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH). Dato Mufti telah bersetuju dengan program ziarah kita pada 27hb Okt di Lebak Cafe. Jam 10.30 pagi. Saya limitkan kepada 10 orang ahli. Kita akan bertolak dari Temerloh dari Teratak Mevlevi pada pukul 8 pagi.

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Jemputan Mawlid di Masjid Kemayan Pada 25 Oktober 2013 Bersama NGO KISWAH

Viewing all 1409 articles
Browse latest View live