↧
Mawlid Bersama NGO KISWAH di MS Garden Kuantan Sempena Malam Amal Mesir IKIP Pada 22 Okt 2013
↧
Kenangan Mawlid Di Kg Tan Sri Hamzah Kemayan, Bera Pahang Pada 25 Okt 2013
Assalamualaikum semua..
Mevlevi Mawlid Ensemble dari Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang dinaungi Mufti Pahang (0179065131) dijemput mengadakan majlis mawlid di Masjid Tan Sri Hamzah, Kemayan, Bera oleh Ustaz Khairy Bilal Masjid Bera dan Masjid berkenaan.. Majlis berlangsung pada 25 Okt 2013.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
↧
↧
Program Ziarah Penaung NGO Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH); Sohibus Samahah Dato' Abd Rahman bin Othman (1)
Assalamualaikum semua,
Pada 27hb Okt 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu, NGO KISWAH telah mengadakan program ziarah murabbi ngo kiswah..dato mufti pahang di kuantan.
Bermacam-macam ilmu yang diperolehi. Kami telah mengadakan sesi dialog hampir sejam lebih. Program diselangselikan dengan bacaan qasidah dan soal jawab.
Terima kasih atas layanan yang istimewa. Dato Mufti juga sempat mengajarkan kami zikir2 yang pernah diajarkan oleh gurunya Dr Rifaat dan Shaykh Mohd Hafiz di Mesir dahulu.Beliau juga mengatakan bahawa Mantan Mufti Mesir Dr Ali Jumaah juga mengambil tarekat Tijani.
Antara pengisian beliau:
1)Berkenaan rawatan Islam dan rawatan moden harus berkolobrasi.
2)Kepentingan pengajian bersanad dan mencari guru mursyid.
3)Kepentingan membantu masyarakat di seluruh negara dengan penuh keikhlasan.
4)Perlunya KISWAH mengumpul anak2 muda untuk aktiviti agama seperti pengajian kitab dan bermawlid.
5)Kepentingan melahirkan perawat Islam yang solehin, rajin mengaji dan mempunyai guru zikir.
6)Perawat Islam harus mempunyai pengetahuan dan kepakaran ilmu perubatan moden.
7)KISWAH perlu mempunyai projek ekonomi agar tidak dipandang rendah oleh mana2 pihak.
8)Bomoh yang menyalahi syara' boleh dikategorikan pembawa ajaran sesat yang boleh diambil tindakan.
9)Tidak boleh menyebar fahaman atau mazhab lain kecuali Asyairah wal Maturidiah dalam akidah dan Fiqh Syafie dalam bab fekah.
10)Peringatan kepada para asatizah; jangan menyebar fahaman yang menyalahi fatwa dan termaktub dalam mazhab Syafie contohnya talqin dan qunut.
11)Mereka yang membawa fahaman Wahhabi adalah mereka yang tidak menghormati ulamak dan fatwa2 sebelumnya serta muflis dalam memahami ilmu waqie (hal persekitaran masyarakat kini).
12)Jangan cuba pecahkan masyarakat dengan fahaman2 baru yang menyeleweng.
13)Pelajar2 agama juga digalakkan untuk belajar sampai PHD untuk usaha2 dakwah tertentu.
14)Kahwin ketika belajar dibolehkan jika membantu menaikkan pencapaian pelajaran. Betulkan niat untuk menuntut ilmu ketika ke luar negara.
15)Boleh beramal dan menyebarkan zikir tarekat yang ada silsilah sehingga Rasulullah saw secara jelas.
16)Perawat Islam perlu menguasai Bahasa Arab.
17)Hormati penguatkuasa agama di bawah naungan sultan serta hormati Kesultanan.
Insya Allah dalam posting yang berikutnya saya akan muatkan video dan pengisian yang telah diberikan beliau.
Insya Allah dalam posting yang berikutnya saya akan muatkan video dan pengisian yang telah diberikan beliau.
↧
Video Temuramah Program Ziarah Penaung NGO Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH); Sohibus Samahah Dato' Abd Rahman bin Othman (2)
Assalamualaikum semua,
Pada 27hb Okt 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu, NGO KISWAH telah mengadakan program ziarah murabbi ngo kiswah..dato mufti pahang di kuantan.
Bermacam-macam ilmu yang diperolehi. Kami telah mengadakan sesi dialog hampir sejam lebih. Program diselangselikan dengan bacaan qasidah dan soal jawab.
Terima kasih atas layanan yang istimewa. Dato Mufti juga sempat mengajarkan kami zikir2 yang pernah diajarkan oleh gurunya Dr Rifaat dan Shaykh Mohd Hafiz di Mesir dahulu.Beliau juga mengatakan bahawa Mantan Mufti Mesir Dr Ali Jumaah juga mengambil tarekat Tijani.Antara pengisian yang diberikan beliau:
Antara pengisian beliau:
1)Berkenaan rawatan Islam dan rawatan moden harus berkolobrasi.
2)Kepentingan pengajian bersanad dan mencari guru mursyid.
3)Kepentingan membantu masyarakat di seluruh negara dengan penuh keikhlasan.
4)Perlunya KISWAH mengumpul anak2 muda untuk aktiviti agama seperti pengajian kitab dan bermawlid.
5)Kepentingan melahirkan perawat Islam yang solehin, rajin mengaji dan mempunyai guru zikir.
6)Perawat Islam harus mempunyai pengetahuan dan kepakaran ilmu perubatan moden.
7)KISWAH perlu mempunyai projek ekonomi agar tidak dipandang rendah oleh mana2 pihak.
8)Bomoh yang menyalahi syara' boleh dikategorikan pembawa ajaran sesat yang boleh diambil tindakan.
9)Tidak boleh menyebar fahaman atau mazhab lain kecuali Asyairah wal Maturidiah dalam akidah dan Fiqh Syafie dalam bab fekah.
10)Peringatan kepada para asatizah; jangan menyebar fahaman yang menyalahi fatwa dan termaktub dalam mazhab Syafie contohnya talqin dan qunut.
11)Mereka yang membawa fahaman Wahhabi adalah mereka yang tidak menghormati ulamak dan fatwa2 sebelumnya serta muflis dalam memahami ilmu waqie (hal persekitaran masyarakat kini).
12)Jangan cuba pecahkan masyarakat dengan fahaman2 baru yang menyeleweng.
13)Pelajar2 agama juga digalakkan untuk belajar sampai PHD untuk usaha2 dakwah tertentu.
14)Kahwin ketika belajar dibolehkan jika membantu menaikkan pencapaian pelajaran. Betulkan niat untuk menuntut ilmu ketika ke luar negara.
15)Boleh beramal dan menyebarkan zikir tarekat yang ada silsilah sehingga Rasulullah saw secara jelas.
16)Perawat Islam perlu menguasai Bahasa Arab.
17)Hormati penguatkuasa agama di bawah naungan sultan serta hormati Kesultanan.
↧
Mufti Pahang: Larangan Menyebarkan Fahman Wahhabi. Penyebar Boleh Dikenakan Tindakan.
http://www.rawatanislam2u.com/2013/10/program-ziarah-penaung-ngo-pengamal.html
Assalamualaikum semua,
Pada 27hb Okt 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu, NGO KISWAH telah mengadakan program ziarah murabbi ngo kiswah..dato mufti pahang di kuantan.
Bermacam-macam ilmu yang diperolehi. Kami telah mengadakan sesi dialog hampir sejam lebih. Program diselangselikan dengan bacaan qasidah dan soal jawab.
Terima kasih atas layanan yang istimewa. Dato Mufti juga sempat mengajarkan kami zikir2 yang pernah diajarkan oleh gurunya Dr Rifaat dan Shaykh Mohd Hafiz di Mesir dahulu.Beliau juga mengatakan bahawa Mantan Mufti Mesir Dr Ali Jumaah juga mengambil tarekat Tijani.Antara pengisian yang diberikan beliau:
Antara pengisian beliau:
1)Berkenaan rawatan Islam dan rawatan moden harus berkolobrasi.
2)Kepentingan pengajian bersanad dan mencari guru mursyid.
3)Kepentingan membantu masyarakat di seluruh negara dengan penuh keikhlasan.
4)Perlunya KISWAH mengumpul anak2 muda untuk aktiviti agama seperti pengajian kitab dan bermawlid.
5)Kepentingan melahirkan perawat Islam yang solehin, rajin mengaji dan mempunyai guru zikir.
6)Perawat Islam harus mempunyai pengetahuan dan kepakaran ilmu perubatan moden.
7)KISWAH perlu mempunyai projek ekonomi agar tidak dipandang rendah oleh mana2 pihak.
8)Bomoh yang menyalahi syara' boleh dikategorikan pembawa ajaran sesat yang boleh diambil tindakan.
9)Tidak boleh menyebar fahaman atau mazhab lain kecuali Asyairah wal Maturidiah dalam akidah dan Fiqh Syafie dalam bab fekah.
10)Peringatan kepada para asatizah; jangan menyebar fahaman yang menyalahi fatwa dan termaktub dalam mazhab Syafie contohnya talqin dan qunut.
11)Mereka yang membawa fahaman Wahhabi adalah mereka yang tidak menghormati ulamak dan fatwa2 sebelumnya serta muflis dalam memahami ilmu waqie (hal persekitaran masyarakat kini).
12)Jangan cuba pecahkan masyarakat dengan fahaman2 baru yang menyeleweng.
13)Pelajar2 agama juga digalakkan untuk belajar sampai PHD untuk usaha2 dakwah tertentu.
14)Kahwin ketika belajar dibolehkan jika membantu menaikkan pencapaian pelajaran. Betulkan niat untuk menuntut ilmu ketika ke luar negara.
15)Boleh beramal dan menyebarkan zikir tarekat yang ada silsilah sehingga Rasulullah saw secara jelas.
16)Perawat Islam perlu menguasai Bahasa Arab.
17)Hormati penguatkuasa agama di bawah naungan sultan serta hormati Kesultanan.
Insya Allah dalam posting yang berikutnya saya akan muatkan video dan pengisian yang telah diberikan beliau.
↧
↧
Mufti Pahang: Bomoh Boleh Dikenakan Tindakan Jika Mempraktik dan Menyebar Ajaran Syirik
http://www.rawatanislam2u.com/2013/10/program-ziarah-penaung-ngo-pengamal.html
Assalamualaikum semua,
Pada 27hb Okt 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu, NGO KISWAH telah mengadakan program ziarah murabbi ngo kiswah..dato mufti pahang di kuantan.
Bermacam-macam ilmu yang diperolehi. Kami telah mengadakan sesi dialog hampir sejam lebih. Program diselangselikan dengan bacaan qasidah dan soal jawab.
Terima kasih atas layanan yang istimewa. Dato Mufti juga sempat mengajarkan kami zikir2 yang pernah diajarkan oleh gurunya Dr Rifaat dan Shaykh Mohd Hafiz di Mesir dahulu.Beliau juga mengatakan bahawa Mantan Mufti Mesir Dr Ali Jumaah juga mengambil tarekat Tijani.Antara pengisian yang diberikan beliau:
Antara pengisian beliau:
1)Berkenaan rawatan Islam dan rawatan moden harus berkolobrasi.
2)Kepentingan pengajian bersanad dan mencari guru mursyid.
3)Kepentingan membantu masyarakat di seluruh negara dengan penuh keikhlasan.
4)Perlunya KISWAH mengumpul anak2 muda untuk aktiviti agama seperti pengajian kitab dan bermawlid.
5)Kepentingan melahirkan perawat Islam yang solehin, rajin mengaji dan mempunyai guru zikir.
6)Perawat Islam harus mempunyai pengetahuan dan kepakaran ilmu perubatan moden.
7)KISWAH perlu mempunyai projek ekonomi agar tidak dipandang rendah oleh mana2 pihak.
8)Bomoh yang menyalahi syara' boleh dikategorikan pembawa ajaran sesat yang boleh diambil tindakan.
9)Tidak boleh menyebar fahaman atau mazhab lain kecuali Asyairah wal Maturidiah dalam akidah dan Fiqh Syafie dalam bab fekah.
10)Peringatan kepada para asatizah; jangan menyebar fahaman yang menyalahi fatwa dan termaktub dalam mazhab Syafie contohnya talqin dan qunut.
11)Mereka yang membawa fahaman Wahhabi adalah mereka yang tidak menghormati ulamak dan fatwa2 sebelumnya serta muflis dalam memahami ilmu waqie (hal persekitaran masyarakat kini).
12)Jangan cuba pecahkan masyarakat dengan fahaman2 baru yang menyeleweng.
13)Pelajar2 agama juga digalakkan untuk belajar sampai PHD untuk usaha2 dakwah tertentu.
14)Kahwin ketika belajar dibolehkan jika membantu menaikkan pencapaian pelajaran. Betulkan niat untuk menuntut ilmu ketika ke luar negara.
15)Boleh beramal dan menyebarkan zikir tarekat yang ada silsilah sehingga Rasulullah saw secara jelas.
16)Perawat Islam perlu menguasai Bahasa Arab.
17)Hormati penguatkuasa agama di bawah naungan sultan serta hormati Kesultanan.
Insya Allah dalam posting yang berikutnya saya akan muatkan video dan pengisian yang telah diberikan beliau.
↧
Ziarah Mufti Pahang: Qasidah Allah Allah Aghisna Ya Rasulallah dan Lirik
↧
Salam Tahun Baru Hijrah; Maal Hijrah 1435 dari NGO KISWAH Serta Doa dan Awal Tahun Serta Maksudnya
DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
↧
Sambutan Maal Hijrah dan Mawlid di Kampung Teluk Sentang Pada 7 November 2013 Bersama KISWAH
↧
↧
Fakta dan Kisah Hijrah Nabi Muhammad SAW serta Pengajarannya
Pada September 622, terdapat skenario pembunuhan kepada Nabi Muhammad, maka secara diam-diam Nabi Muhammad bersama Abu Bakar pergi meninggalkan kota Mekkah.[3] Sedikit demi sedikit, Nabi Muhammad dan pengikutnya berhijrah ke Yastrib 320 kilometer (200 mil) utara Mekkah. Yastrib kemudian berubah nama menjadi Madinat un-Nabi, yang berarti "kota Nabi", tapi kata un-Nabi menghilang, dan hanya disebut Madinah, yang berarti "kota ".[4] Penanggalan Isalm yang disebut Hijriah dicetuskan oleh Umar bin Khattab pada tahun 638 atau 17 tahun setelah peristiwa hijrah.[4] In the following chronology[4] Kota tempat tinggal Nabi Muhammad disebut Madinah dan wilayah sekitarnya disebut Yastrib.
Hari | Tanggal | Catatan |
Hari 1 Kamis | 26 Safar SH 1 (9 September 622) | Meninggalkan rumah di Mekkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di dekat Mekkah. |
Hari 5 Senin | 1 Rabiul awal SH 1 (13 September 622) | Meninggalkan Mekkah. Perjalanan ke Madinah. |
Hari 12 Senin | 8 Rabiul awal SH 1 (20 September 622) | |
Hari 16 Jumat | 12 Rabiul awal SH 1 (24 September 622) | Tiba di Madinah untuk salat Jumat. |
Hari 26 Senin | 22 Rabiul awal SH 1 (4 October 622) |
Sebaik sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah, Jibril pun turun menemui Rasulullah, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahat Quraisy, kini Allah telah mengizinkan baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan masa pergerakan hijrah dengan katanya: “Malam ini jangan kau tidur di tempat kau yang biasa tidur itu”.
Di tengah hari rembang Rasulullah datang menemui Abu Bakr as-Siddiq untuk memastikan kepadanya jadual hijrah, Saidatina Aisyah (r.a) telah menyebut: Semasa kami sedang duduk di rumah Abu Bakr, di ketika rembang hari, ada seorang berkata kepada Abu Bakr,
“Itu Rasulullah berkelubung datang di saat yang tidak biasa baginda menziarahi kami”, kata Abu Bakr demi Allah, baginda tidak datang di ketika ini, kecuali untuk urusan besar.
Kata Aisyah: Maka tibalah Rasulullah, lalu baginda meminta izin, lantas baginda masuk sambil berkata kepada Abu Bakr, “Boleh kau keluar sekejap”. Jawab Abu Bakr, “Mereka ini semua keluarga engkau Rasulullah, demi engkau sebagai bapaku wahai Rasulullah”. Kata baginda, “Kini aku telah diizinkan untuk keluar”. Jawab Abu Bakr, “Demi kau sebagai bapaku, apakah aku mengiringi tuan hamba?” Jawab Rasulullah, “Ya, memang begitu”.
Setelah ditetapkan perancangan hijrah, maka Rasulullah pun pulang semula ke rumahnya, menunggu ketibaan malam.
PENGEMPUNGAN RUMAH RASULULLAH S.A.W
Pimpinan dan kepala jenayah Quraisy menghabiskan siang mereka untuk menyempurnakan perancangan dan persiapan seperti yang diputuskan oleh sidang Dar al-Nadwah, sebelas orang kenamaan wakil kabilah masing-masing ialah seperti:
1. Abu Jahal bin Hisyam
2. Al-Hakam bin Abi al-As
3. Ugbah bin Abi Muit
4. al-Nadhr bin al-Harith
5. Umaiyah bin Khalaf
6. Zamaah bin al-Aswad
7. Tu’imah bin ‘Adi
8. Abu Lahab
9. Ubai bin Khalaf
10. Nabyah bin al-Hajjaj
11. dan saudaranya Manbah bin al-Hajjaj
Kata Ibnu Ishak: Bila malam bergerak gelap, mereka pun berkumpul di pintu menunggu baginda tidur, di masa itu mereka akan menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan dan kepercayaan yang mereka akan berjaya dengan pakatan jahat itu, di mana Abu Jahal berdiri dengan penuh sombong dan ujub, sambil mereka bertanya kepada semua pengikutnya itu, yang sedang mengepung rumah Rasulullah penuh senda dan ejekan terhadap kesudahan Rasulullah dengan katanya, “Itu dia Muhammad yang pernah menjanjikan kamu semua, sekiranya kamu mengikutnya beliau akan serah kuasa kepada kamu sebagai Mahajara Arab dan Ajam, kemudian kamu akan dibangkitkan semula dari kubur kamu, deng menyerahkan kunci syurga seperti taman-taman di Jordan kononnya, dan sekiranya kamu tidak mahu menurutinya kau akan disembelihnya, setelah itu kamu akan dihidupkan semula kemudian sekali lagi kamu akan diazab dengan disumbat ke dalam neraka yang membakar”.
Masa tindakan adalah ditengah malam, untuk itu mereka berjaga sepanjang malam menunggu detik terakhir, namun Allah mengatasi seluruh perancangan. Mentadbir petala langit dan bumi, Tuhan mampu berbuat segala sesuatu yang dikehendakinya, ianya mampu melanggar sesuatu tetapi tiada suatu pun yang mampu melanggarNya. Memang Allah melaksanakan sesuatu seperti yang disuarakan kepada Rasulullah dengan mafhumnya:
“Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan lipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya”.
(al-Anfal: 30)
RASULULLAH MENINGGALKAN RUMAHNYA
Di dalam suasana pihak Quraisy begitu prihatin dengan perancangan mereka, namun mereka gagal di saat terakhir dan kritikal ini, Rasulullah telah meminta Saidina Ali (r.a) dengan sabdanya, “Ayuh, kau tidur ditempatku ini dan berselimutlah dengan kain Hadramiku ini, dan lenalah, tiada suatu pun yang kau tidak suka itu akan terkena kau”. Sebenarnya Rasulullah tidur biasa berselimut dengan kainnya itu.
Rasulullah pun keluar, membelah barisan sekatan mereka malah Rasulullah telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda menaburkannya ke atas kepala mereka semua dan Allah membuta penglihatan mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah keluar di masa itu sambil membaca ayat Allah yang bermaksud:
“Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.
(Yaa Siin: 9)
Tidak seorang pun dari mereka yang terkecuali, malah kesemua mereka diletakkan tanah ke atas kepalanya, baginda terus berjalan ke rumah Abu Bakr. Rasulullah dan Abu Bakr keluar melalui jendela di rumah Abu Bakr di malam itu juga, hingga sampai ke gua Thur yang terletak dipertengahan perjalanan ke arah Yaman.
Mereka yang mengepung rumah Rasulullah menunggu-nunggu detik terakhir, malangnya sebelum sampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan, di mana seorang lelaki lain yang tidak bersama mereka telah datang menemui mereka semua, mendapati mereka sedang berkawal rapi di pintu rumah Rasulullah dengan katanya, “Apa yang kamu tunggu ini?” Jawab mereka, “Kami menunggu Muhammad”. Jawab lelaki tadi, “Kau sudah gagal dan kehilangan peluang. Demi Allah, Muhammad sudah berlalu dari sini, malah telah menabur tanah-tanah ke atas kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredar untuk tujuannya”. Jawab mereka semua, “Demi Allah, kami tidak melihatnya pun”. Mereka semua bangun, mengibas tanah dari kepala masing-masing.
Mereka cuma mengintai dari celah pintu dan mendapati Ali di tempat tidur Rasulullah, maka mereka berkata “Demi Allah, itu dia Muhammad sedang tidur berselimut dengan kainnya”. Oleh itu, mereka pun tidak bergerak dari tempat masing-masing hinggalah ke subuh. Pada masa itu, Ali pun bangun dari tidurnya. Alangkah terkejut melihat keadaan yang mengecewakan itu, lalu mereka pun bertanya kepada Ali di mana gerangannya Muhammad. Jawab Ali, “Aku tidak ada muklumat mengenainya”.
DARI RUMAH KE GUA
Rasulullah meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar tahun keempat belas kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi. Baginda tiba ke rumah temannya Abu Bakr yang merupakan manusia yang paling dipercayai oleh Rasulullah, untuk persahabatan dan hartanya. Kemudian mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang, untuk lari dari Makkah secepat mungkin dan sebelum fajar menyinsing.
Rasulullah menyakini yang Quraisy akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memburunya dan jalan yang akan terlintas dipemikiran Quraisy ialah jalan utara menuju ke Madinah maka sebab itu Rasulullah mengambil jalan yang mencanggahi jalan ke utara, iaitu jalan yang berada disebelah selatan menghala ke negeri Yaman, baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima kilometer hingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya mempakan bukit yang tinggi, jalannya sukar, pendakiannya berhalangan, berbatu-batu hingga melecet tapak kaki baginda (s.a.w). Diceritakan bahawa Rasulullah terhincut-hincut dengan tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga melicit tapak kaki baginda, walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah mendukung Rasulullah, sesampainya mereka ke Jabal Thur itu, terasa berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat menyampaikan baginda ke kemuncak bukit, dalam sejarah Islam dikenali sebagai gua Thur.
KETIKA MEREKA BERDUA Dl DALAM GUA
Sesampainya mereka ke gua berkenaan, kata Abu Bakr, “Demi Allah, Rasulullah jangan masuk, kecuali setelah hamba masuk dahulu, sekiranya ada sesuatu yang berbahaya biar terkena hamba dahulu”. Lalu beliau masuk ke dalamnya dan membersihkannya. Di sana , Abu Bakr mendapati sebuah lubang maka beliau mengoyak kainnya dan disumbatkannya dan beliau menyeru, “Sila masuk, Rasulullah”. Maka baginda pun masuklah. Abu Bakr meletakkan kepala baginda ke ribanya hingga baginda lena, di masa itu kala jengking menyengat kakinya yang terhulur ke dalam lubang, namun sedikit pun beliau tidak bergerak supaya Rasulullah tidak tersedar. Tetapi air matanya terjatuh ke muka Rasulullah. Kata Rasulullah, “Apa hal diri kau wahai Abu Bakr”. Jawab beliau, “Daku telah disengat, demi ibu bapaku korban untuk kau, ya Rasulullah”. Oleh yang demikian, Rasulullah menawarkan bekas sengatan tadi dengan ludahan baginda, maka segera hilanglah kesakitannya itu.
Selama tiga malam mereka bersembunyi di gua itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, Abdullah bin Abu Bakr turut tidur bersama-sama mereka, ujar Aisyah, “Abdullah adalah salah seorang pemuda berpengetahuan dan cerdik, menemani mereka di waktu malam. Di hujung malam beliau keluar dari sana dan berada di kalangan Quraisy di pagi hari menampakkan yang beliau bermalam di Makkah bersama Quraisy, beliau mendengar dan mengingati segala sesuatu yang diperihalkan di Makkah untuk dibawa kepada mereka berdua di tengah malam”. Manakala Amir bin Fahiirah orang suruhan Abu Bakr bertugas memelihara kambing untuk membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang, beliau menyampaikannya kepada mereka berdua setelah malam berlabuh dengan melaung dan menyebut perkataan, “susu dan daging” kepada mereka. Beliau melakukan ini di ketiga-tiga malam persembunyian itu, selain dari itu, Amir bin Fahiirah juga bertugas menghalau kambingnya di atas kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakr supaya tidak dapat dikesan oleh pihak Quraisy.
Pihak Quraisy menjadi gila, setelah mereka yakin Rasulullah telah terlepas dari usaha jahat mereka itu. Apa yang dapat mereka lakukan ialah dengan melanyak Saidina Ali serta diseretnya ke Kaabah dan mereka mengurungnya dengan harapan memperolehi berita arah mana Rasulullah dan Abu Bakr melarikan diri. Setelah mereka tidak dapat memperolehi sebarang maklumat dari Ali, mereka menuju ke rumah Abu Bakr al-Siddiq pula, setelah mengetuk pintu rumah, Asma’ binti Abu Bakr pun keluar, kata mereka, “Mana bapa awak?”. Jawab Asma’, “Demi Allah, mana aku tahu ke mana dia pergi”. Sebelum beredar, Abu Jahal yang buruk akhlak itu, sempat juga menempeleng muka Asma’ hingga melayang sebelah subang di telinganya.
Dalam sidang tergempar Quraisy, mereka telah membuat keputusan segera, iaitu mengerah seluruh jentera yang ada untuk menangkap buruan yang lari itu, semua jalan masuk ke kota Makkah diletakkan dalam kawalan bersenjata api, dan pihak Quraisy menawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap mereka berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan, iaitu seratus ekor unta untuk seorang.
Di ketika itu seluruh pahlawan penunggang kuda dan pejalan kaki serta tukang pengesan tapak kaki, seluruh mereka bertebaran ke pelusuk sekitar Makkah di lembah-lembah dan di bukti-bukit, di dataran mahupun di gua, namun kesemua mereka tidak berjaya. Mereka yang memburu tadi sempat juga sampai ke pintu gua Thur, tetapi Allah yang menguasai di atas segalanya. Imam al-Bukhari menceritakan dalam riwayatnya dari Anas dari Abu Bakr katanya, “Semasa aku bersama dengan Rasulullah di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki Quraisy dari celah batu. Kataku,Wahai Rasulullah! kalaulah di antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini. Jawab Rasulullah, “Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita”.
Sebagai mukjizat Allah yang dianugerahkan kepada RasulNya mereka telah beredar pulang dari situ meskipun hanya beberapa langkah sahaja dari situ Rasulullah sedang bersembunyi.
DALAM PERJALANAN KE MADINAH
Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah reda, rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah dan sahabatnya bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah dan sahabatnya itu telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah, “Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah seekor tunggangan ini”. Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu. Jawab Rasulullah, “Ku ambil Dengan harga”.
Asma’ binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah dan Abu Bakr, beliau terlupa membawa tali pengikat untuk diikat bekalan tadi pada kenderaan baginda, akhirnya beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah lagi diikat semula ke pinggangnya, dengan itu beliau dikenali dengan “Zat al-Nitaqain “ yang empunya dua tali pinggang.
Rasulullah bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya, bersama-sama mereka Amir bin Fahiirah, melalui jalan pinggir pantai mengikuti dalil penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqat. Arah pertama yang beliau tunjuk sebaik sahaja keluar dari gua itu, ialah ke arah selatan negeri Yaman, kemudian baru beliau mengalih arah menuju persisiran pantai, hingga apabila beliau sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, beliau mengalih arah ke utara menghampiri pantai laut merah, iaitu jalan yang tidak diguna orang kecuali jarang-jarang sahaja.
Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui Rasulullah di dalam perjalanan mulia ini. Katanya, “Sebaik sahaja dalil penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lama kemudian beliau membawa mereka rrtenyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah Asapan, kemudian baru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki al-Kharar, terus pergi ke Thaniya al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke al-Jadajid, lepas itu ke al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A’ada memasuki Ta’hn berlepas ke al-Ababid melintasi al-Fajah turun al-A’rj mengarah ke Thaniyah al-A’air di sebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn Ra’im akhirnya sampai ke Quba’. Di sini diringkaskan beberapa peristiwa di dalam perjalan berkenaan:
1. Al-Bukhari meriwayat dari Abu Bakr al-Siddiq (r. a) dengan katanya: Pada malam itu, malah dari kelmarin lagi kami berjalan malam hinggalah rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun melaluinya, di suatu tempat kami menghampiri sebuah batu panjang ditepinya teduhan, di situ kami singgah sebentar, aku sediakan tempat, menyapu-nyapu dengan tanganku untuk Rasulullah berhenti dan tidur dengan menghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, “Tidurlah wahai Rasululllah dan hamba hendak memerhati yang di sekeliling man hamba ini”. Rasulullah pun tidur. Kemudian aku pun keluar memerhati di sekeliling baginda, tiba-tiba aku bersua dengan seorang pengembala membawa kambing-kambingnya ke batu yang kami singgah, hendak berteduh seperti kami, ku berseru kepadanya, “Siapa tuan kamu, wahai pengembala?”. Jawabnya, “Yang ampunya ini ialah seorang lelaki dari penduduk Madinah atau Makkah. Kataku kepada lelaki itu, “Ada tak di antara kambing-kambing ini yang bersusu?”. Jawabnya, “Ya, memang ada”. Kataku, “Boleh tak kauperahkannya”. Jawabnya, “Ya, sudahtentuboleh”.Beliaupun segera memegang seekor kamping betina. Kataku, “Hai, kau bersihkan uncang susunya dari tanah-tanah, bulu dan kotoran”. Lepas itu, beliau memerah susu ke dalam sebuah bekas, kemudian ku tuangkannya ke dalam bejana yang sedia ku bawa bersama ku untuk Rasulullah. Baginda meminum dan berwudhu’ darinya, ku pun bawa ke hadapan Rasulullah, keberatan untukku mengejutkan Rasulullah dari tidurnya itu, ini membolehkan daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi dingin. Setelah Rasulullah terjaga, aku pun segera meminta Rasulullah meminumnya, baginda pun meminum kesemuanya, kemudian Rasulullah bersabda, “Boleh tak kita bergerak sekarang ini?”. Jawabku, “Bahkan boleh, wahai Rasulullah”. Kemudian kami semua bergerak. .
2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang Rasulullah, beliau seorang yang dikenali sedang Rasulullah seorang yang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya, “Siapa yang dihadapan kamu itu?” Jawab Abu Bakr, “Itu penunjukjalan”. Orang itu menyangka yang dimaksudkan itu ialah penunjuk arah perjalanan, namun apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakr ialah penunjukjalan kebaikan dan kebenaran.
3. Suraqah bin Malik telah mengekori mereka dari belakang. Cerita Suraqah, “Ketika ku sedang duduk di dalam satu majlis qabilahku, Banu Mudlij, tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke majlis berkenaan. Beliau berdiri, sedang kami semua duduk, lalu berucap, “Wahai Suraqah, baru sebentar daku telah melihat lembaga hitam dipersisiran pantai, aku mendapati Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Kata Suraqah di dalam hatinya, “Aku tahulah mereka itu memang Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Kemudian katanya kepada lelaki itu, “Mereka itu bukan Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yang kau lihat itu si Fulan dan si Fulan, mereka itu berjalan dalam pengawasan kami”. Daku duduk dalam majlis beberapa ketika, kemudian ku keluar dari situ dan suruh “perempuan suruhanku” iiupaya bawa keluar kudaku yang tertambat disebalik berlukar, sementara aku mengambil tombak dan ku keluar dari belakang rumah, dengan mengheret batang tombak di atas tanah dan matanya direndahkan, hinggalah sampai dekat kudaku, terus ku pecutnya, aku mengenali mereka itu dan menghampiri mereka, malangnya kuda aku terbenam kaki depannya ke dalam pasir, hingga aku terjatuh, setelah ku berdiri, ku membuat cabutan nasib dengan menggunakan anak panahku dengannya aku bersumpah di antara dua “membunuh mereka atau tidak”, cabutan nasib keluar yang ku tidak suka, namun aku melanggar sumpahan itu, sekali lagi kuda ku menghampiri mereka, memang dekat hingga aku dapat mendengar bacaan Rasulullah (s.a.w) baginda tidak menoleh ke mana-mana tetapi Abu Bakr kerap sangat menoleh ke belakang, sekali lagi kaki hadapan kuda ku terbenam ke dalam pasir hingga ke lututnya sekali lagi aku tercampakjatuh, ku mengherdiknya ia pun bangun, kaki depannya hampir-hampir tidak dapat dibawa keluar, namun setelah berdiri tegak semula tidak semena-semena kelihatan debu bercahaya di depan langit seperti asap, sekali lagi ku membuat cabutan dengan anak panah dan sekali lagi keluar yang ku membencinya, kali ini ku menyeru kepada mereka memohon keselamatan, mereka semua berhenti dan ku pun memacu kuda, ku menuju arah mereka hingga sampai ke hadapan mereka, kini terlintas di dalam jiwa ku dengan apa yang telah terjadi di mana tindakan ku itu semua terhalang adalah petanda kepada kejayaan urusan Rasulullah itu di masa-masa akan datang. Ku menyeru kepada baginda, “Kaum ku telah menawar ganjaran untuk sesiapa dapat menangkap Rasulullah”. Dan ku menceritakan kepada mereka apa yang hendak dilakukan oleh orang ramai, ku tawarkan kepada mereka bakalan dan barang-barang makanan, namun tak seorang pun yang mempedulikan, cuma apa yang mereka meminta dengan berkata, “Jauhilah dari kami”. Ku meminta Rasulullah menuliskan daku watikah keamanan, baginda menyuruh Amir bin Fahiirah, beliau pun tulislah ke atas sebidang kulit, setelah itu Rasulullah pun meneruskan perjalanannya.
Mengikut riwayat Abu Bakr yang berkata, “Kami keluar berhijrah dalam keadaan kaum kafirin mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang dapat memburu kami kecuali Suraqah bin Malik bin Ja’syam sahaja yang menunggang kudanya, ku menyeru kepada Rasulullah, yang ku mencurigai pemburuan itu kalau-kalau ianya sempat menangkap kami. Jawab Baginda dalam ayat yang bermaksud:
(Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita)(al-Taubah: 40)
Dengan itu Suraqah pun berpatah balik, di Makkah beliau mendapati orang ramai memang sedang mencari-cari Rasulullah dengan berseru kepada mereka sekalian: Telah pun aku usahakan untuk kamu, dan di sini aku yang bertanggungjawab”. Di awal hari beliau menjadi musuh Rasulullah, di akhir hari menjadi pengawal Baginda.
4. Di dalam perjalanan Baginda itu, Rasulullah telah melewati dua perkhemahan Ummu Ma’bad al-Khuza’ iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, duduk berehat di halaman khemahnya biasanya memberi jamuan dan minuman kepada sesiapa yang melewati khemahnya, di hari itu mereka berdua bertanyakan beliau, “Apakahada sesuatu bersama puan?” Jawabnya, “Demi Allah, kalau ada sesuatu bersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing semuanya tak bersusu dan ini pula tahun kemarau”.
Rasulullah membeiek ke arah kamping betina di tepi khemah dengan bersabda, “Apa kambing betina di tepi khemah itu wahai Ummu Ma’bad?”. Jawab beliau, “Itu adalah kambing tertinggal kawan kerana keletihan”. Tanya Baginda, “bersusukah?”. Jawabnya, “lanya terlalu teruk untuk memberi susu”. Sabda Rasulullah, “Berikan izin untuk sayamemerahnya,” Jawab Ummu Ma’bad: Ya, demi Allah, kau sebagai ibu bapaku kalau, nampak boleh diperah-perah sajalah. Rasulullah mengusap-usap uncang susu dengan tangan Baginda disertai dengan pembacaan Bismillah dan berdoa, uncang pun mengembang memenuhi susu terus mencurah susu, Baginda meminta bekas agak besar mencukupi beberapa orang, Baginda perah hingga berbuih pada permukaan bekas perahan itu. Baginda memberi Ummu Ma’bad meminumnya hingga puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka pun minum hingga puas, lepas itu Baginda minum, sekali lagi Baginda memerah hingga tepu bekas, lalu ditinggal kepada Ummu Ma’bad dan mereka semua meneruskan perjalanan.
Tidak berapa lama kemudian suami Ummu Ma’bad pulang menghalau kambing-kambing kekurusan, kesemuanya berjalan terhuyung hayang, kerdil-kerdil belaka, tetapi bila beliau melihat susu di khemah beliau kehairan terus bertanya dari mana kesemua ini, kambing yang tertinggal itu belum beranak, dan yang tertinggal di khemah tadi tak ada yang bersusu pula? Jawab Ummu Ma’bad:
Tak tahulah, demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini seorang lelaki bertuah membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini, perwatakannya begini-begini, kata suami Ummu Ma’bad: Sesungguhnya demi Allah, aku percaya inilah orang yang diburu oleh Quraisy, cuba kau terangkan lagi wahai Ummu Ma’bad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat Baginda yang terpuji dengan bahasa beliau yang menarik, seorang yang mendengar itu bagaikan melihat Rasulullah berdiri di hadapannya, akan kita perihalkan sifatnya itu di hujung tajuk nanti, kata suami Ummu Ma’bad: Demi Allah itulah dia orang yang disebut-sebut halnya, aku amat berhasrat untuk bersahabat dengannya, pasti ku tunaikan hasrat ku ini bila terluang bagi ku nanti. Di subuh pagi kedengaran suatu suara di Makkah tetapi tidak kelihatan pengungkapnya:
Semoga tercurah balasan Allah,
Melalui teman berdua, melewati khemah,
Dipersinggahan membawa barakah,
Pemergian pun meninggalkan tuah,
Berbahagia kau taulan Muhammad,
Rugilah kaum Qusai,
Dari kau… Allah elakkan pimpinan,
Bersenanglah Banu Ka ‘ab,
Lantaran kedudukan pemudamu,
Kedudukan kaum mukmin mu,
Bertanyalah saudara mu,
Mengenai kambingnya, Bejananya,
Kambing pula menegas saksian.
Kata Asma’: Sebenarnya kami tidak tahu arah mana Rasulullah tujui, namun telah tiba satu lelakijin satu dari sebelah Makkah sana dengan mendendangkan rangkap-rangkap tadi. Orang ramai mengikutinya dan mendengar suaranya tetapi tidak kelihatanjasadnya, dia berlalu hinggalah ke sebelah atas Makkah sana . Bila kami semua mendengar laungan ini kami pun tahulah yang Rasulullah menuju ke arah al-Madinah.
5. Di dalam perjalanan Baginda telah bertemu dengan Aba Buraidah, beliau adalah ketua kabilahnya, beliau keluar dalam usaha mencari Rasulullah dan Abu Bakr dengan harapan akan meraih tawaran Quraisy yang sangat lumayan itu, tetapi apa yang terjadi adalah di sebalik itu kerana setelah beliau bertemu dan bercakap dengan Rasulullah terus beliau memeluk Islam bersama-sama dengan tujuh puluh orang pengikutnya, dengan itu beliau menanggal serbannya dan diikat ke hujung lembingnya, sebagai bendera mengisytiharkan kedatangan penguatkuasa keamanan dan kesejahteraan telah tiba untuk memimbarkan keadilan dan kesaksamaan dipersada cakrawala ini.
6. Di dalam perjalanan ini Rasulullah bertemu al-Zubair dengan rombongan kaum muslimin di dalam kabilah perniagaan dari al-Syam, beliau memberi persalinan baju putih kepada Rasulullah dan Abu Bakr.
PERSINGGAHAN DI QUBA’
Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba’.
Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah. Mereka pulang ke rumah apabila matahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka pulang ke rumah masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah bersama-sama para sahabatnyaseba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan untuk meluahkan perasaannya dengan melaung,” wahai bangsa Arab, itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu,” kaum muslimin pun marah dan segera mereka mencapai senjata.
Ibn al-Qayyum menceritakan,” Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum musliminpun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai seorang nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam suasana di selubungi ketenagan dan wahyu pun turu kepada Rasulullah”.
“…Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari kalangan orang yang ebriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya”
(al-Tahrim: 4)
Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalnagan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus mendatangi Rasulullah untuk mengucap selamat datang – dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w) oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai pun kenallah diri Rasulullah itu.
Al-Madinah keseluruhannya dengan penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran bisyarah kedatangan Rasulullah utusan Allah oleh Habquq yang bertulis, “Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan al-Quddus dari bukit Faran”.
Di Quba’ Rasulullah (s.a.w) telah singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lain mengatakan Rasulullah singgah di rumah Sa’d bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah itu, hingga selesai beliau menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan kepada Rasulullah sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan sempat beliau menemui Rasulullah dan Abu Bakr”di Quba’ di sana beliau singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm.
Rasulullah tinggal di Quba’ empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba’ dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari belakang untuk menemui Banu al-Najar, mereka adalah bapa
saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki.
MEMASUKI AL-MADINAH
Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, selumh anak-anak gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.
Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan man hamba”. Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, “Biarlah dia bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid al-Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh, namun Rasulullah tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga bap’a saudara Rasulullah sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya, maica kata Rasulullah, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As’ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau.
Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, “Mana dia rumah keluarga kami yang terdekat?”. Kata Abu Ayub, “Saya Rasulullah dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk”. Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, “Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah”.
Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah Zainab masih bersama Abi al-As, kerana tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar.
Kata Aisyah: Setibanya Rasulullah ke al-Madinah, Abu Bakr dan Bilal terns lemah badan, Aisyah masuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan khabar mereka, “Bagaimana bapa mendapati diri bapa. Dan bagimana pula kau Bilal?”. Kata Aisyah, “Abu Bakr ini apabila terasa demam berat beliau akan berkata:
Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya dari tali kasutnya.Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut:Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk bermalam di lembah Makkah di sebelahku hkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari ku berminiim dari air Mijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail.
Kata Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu Baginda hal dua orang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah demamnya itu serta letakkannya ke Juhfah.”
Di sini selesai sebahagian dari penghidupan Rasulullah dan terlaksana satu juzu’ peranan dakwah Islamiah di peringkat Makkah.
Pengajaran:
1-Mengambil sebab: Melalui hijrah Rasulullah dan Abu Bakar kita mendapati mereka menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk menjayakan hijrah. Dan inilah persediaan yang dituntut dari setiap mukmin, untuk mempersiapkan segala yang mereka mampu, dan apa jua yang di luar kemampuan tidak dituntut.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”. (Al-Anfaal:60)
Namun kadang kala selepas mengatur strategi, kita dapati berlaku perkara-perkara yang di luar perancangan manusia. Ketika peristiwa hijrah, orang musyrikin telah tiba di rumah Rasulullah s.a.w sebelum waktu yang baginda jangkakan dan selepas baginda mengatur strategi mengikut jangkaan baginda s.a.w, orang-orang yang memburu mereka tiba di pintu Gua Thur, Suraqah dapat mengejar Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a, dan mereka bertembung dengan Buraidah Al-Aslami bersama kaumnya.
Tetapi pengajaran yang kita dapati di sini adalah sekiranya kita mengerahkan seluruh kemampuan dan mengambil asbab, Allah akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku di luar jangkaan kita. Dengan itu, Allah s.w.t menutup mata-mata orang musyrikin sehingga mereka tidak nampak Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda, Dia tidak membuatkan mereka menjenguk ke dalam gua, Dia menenggelamkan kaki kuda Suraqah ke dalam pasir dan mencampakkan rasa takut di hatinya, dan Dia jualah yang melapangkan dada Buraidah dan kaumnya untuk memeluk Islam.
2- Rasulullah tidak sekali-kali bergantung pada asbab dan meninggalkan Tuhan bagi asbab, sesungguhnya baginda mengetahui bahawa asbab tidak akan mendatangkan hasil kecuali jika Allah kehendaki. Oleh itu, selepas mengerahkan segala asbab dengan sempurna baginda menyertakan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku. Ini jelas daripada sabda baginda s.a.w: “Apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah!”
Keyakinan baginda s.a.w juga jelas dari perbuatan baginda yang tidak banyak menoleh dalam perjalanan. Sesungguhnya baginda telah melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, dan apa yang Allah kehendaki pasti akan berlaku. Tanpa keyakinan seperti ini tidak mungkin Negara Islam akan tertegak.
3- Setiap detik kehidupan baginda s.a.w tidak pernah sunyi daripada sikap optimis, termasuk ketika perjalanan hijrah yang bahaya ini. Walaupun nyawa baginda s.a.w dan sahabatnya diancam ketika itu, baginda mengkhabarkan kepada Suraqah bukan sahaja tentang kemenangan Islam ke atas kaum Quraisy atau Arab, bahkan tentang jatuhnya kerajaan Kisra ke atas umat Islam dan harta Kisra menjadi harta ghanimah (harta rampasan perang).
4- Dalam setiap peringkat kehidupan dan setiap langkah dakwah baginda s.a.w kita dapati betapa baginda sangat mementingkan perihal teman. Baginda hidup di Mekah dengan sahabat-sahabatnya, keluar ke Thaif dengan teman, menemui delegasi berteman, mengikat baiah berteman, malah ketika hijrah baginda bertanya kepada Jibril a.s. tentang temannya berhijrah. Semua ini berlaku dalam keadaan baginda s.a.w seorang rasul yang hebat, namun setiap manusia memerlukan teman. Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa mencari teman yang soleh sebagaimana sabda baginda: “Syaitan bersama seorang dan dia lebih jauh dari yang berdua”.
Walaupun Syaitan tidak mungkin dapat memperdayakan baginda s.a.w semenjak dadanya dibelah dan dibuang dari hatinya bahagian syaitan, serta Allah membantunya untuk menghadapi syaitan sehingga dia (syaitan) memeluk Islam dan mengajaknya ke arah kebaikan, namun Rasulullah s.a.w tetap mementingkan teman sepertimana yang diajarkan kepada kita melalui petunjuk sirahnya.
5- Hijrah ini menjelaskan kepada kita bagaimana seorang pemerintah yang hebat hidup dalam kesusahan rakyatnya. Baginda s.a.w berhijrah sepertimana mereka, diusir seperti mereka, penat seperti mereka,sedih seperti mereka, hidup bersama mereka merasai setiap keperitan dan pengorbanan mereka.
Boleh sahaja Allah s.w.t memindahkan baginda s.a.w dari Mekah ke Madinah menggunakan Buraq seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj, namun di manakah qudwah? Dari mana kita dapatkan teladan? Muslimin memerlukan jalan praktikal untuk membina ummah, jalan yang dalam kemampuan setiap orang muslim. Oleh itu Rasulullah s.a.w perlu melalui jalan ini walaupun penuh dengan halangan dan kepenatan.
6- Dakwah mengalir dalam darah Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah melepaskan peluang dan tidak terikat dengan keadaan untuk mengajak siapa sahaja yang baginda mampu. Sepertimana baginda menyeru Buraidah dan kaumnya kepada Islam. Baginda s.a.w tidak memikirkan jalan untuk melepaskan diri dari mereka, malah baginda menganggap bahawa Allah s.w.t mendatangkan lelaki itu dan kaumnya sebagai hadiah, pemberian, nikmat, ganjaran dan pahala yang tak terkira.
7- Pada hijrah ini kita dapati bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a bersedia untuk beramal kerana Allah dalam apa jua situasi dan pada setiap waktu dan tempat. Perkara yang paling utama dalam hidup beliau adalah keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya. Tidak wujud dalam hidupnya perkataan ‘zuruf’ (situasi), bahkan beliau mengabaikan situasi yang berlaku dalam hidupnya kerana wujudnya situasi yang lebih besar, iaitu amal, usaha, pengorbanan dan jihad di jalan Allah s.w.t.
8- Kita juga dapati betapa cintanya Abu Bakar r.a kepada Rasulullah s.a.w dan bagaimana beliau tidak menunggu arahan ataupun permintaan, malah beliau berusaha dalam membuktikan cintanya kepada Rasulullah s.a.w dengan menyediakan tunggangan, menangis akibat gembira dipilih menjadi teman hijrah baginda, membersihkan gua, berjalan di depan dan belakang baginda bagi menjaga baginda, dan banyak lagi.
Beliau mencintai Rasulullah s.a.w dengan ikhlas, dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah satu kewajipan. Barangsiapa yang mengutamakan cinta lain berbanding cinta kepada Rasulullah s.a.w, maka dia berada dalam bahaya yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai berbanding ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
9- Pemberian dan infaq As-Siddiq r.a, beliau mengambil 5000 dirham yang merupakan seluruh hartanya untuk dibelanjakan demi dakwah. Sebelumnya beliau membelanjakan 35000 dirham di jalan Allah, kemudian dia terus menginfaqkan hartanya di Madinah, dan ketika beliau menjadi khalifah, dan ketika beliau di pembaringan menanti maut. Sesungguhnya beliau r.a telah membeli syurga, dan pemuda yang memiliki sifat seperti ini berhak diredhai oleh Allah: “Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya)” (Al-Lail: 17-21).
10- Tidakkah anda lihat bagaimana As-Siddiq r.a menggunakan seluruh keluarganya di jalan Allah? Beliau menggunakan anak lelakinya Abdullah untuk menyampaikan berita-berita, menggunakan Asma’ anak perempuannya untuk membawa makanan dan minuman, menggunakan Amir bin Fuhairah hambanya untuk menyembunyikan kesan-kesan tapak kaki. Sesungguhnya As-Siddiq r.a telah memindahkan cintanya terhadap dakwah ni kepada ahli keluarganya. Malangnya sesetengah pendakwah menghidap penyakit ‘uzlah dari keluarga’. Kita dapati mereka sangat aktif di luar rumah, kemudian mereka tidak melibatkan orang yang paling rapat dengan mereka untuk beramal demi Allah s.w.t., mereka tidak berusaha untuk membuatkan ahli keluarga mereka turut merasai kemanisan iman seperti yang mereka rasai. Ini merupakan satu salah faham yang amat besar dan pengabaian aulawiyat yang sangat dahsyat. Maka belajarlah daripada Abu Bakar r.a dan ingatlah: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan (dipertanggung jawabkan) tentang rakyatnya”.
↧
Peristiwa Yang Berlaku Pada 10 Muharram
PENGERTIAN AWAL MUHARRAM
1) MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
2) Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi.
3) Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
4) Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
5) Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1) 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
2) 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
3) Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
·
· Nabi Adam bertaubat kepada Allah
· Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
· Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
· Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
· Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
· Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
· Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
· Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
· Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
· Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
· Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
· Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
· Hari pertama Allah menciptakan alam
· Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
· Hari pertama Allah menurunkan hujan
· Allah menjadikan ‘Arasy
· Allah menjadikan Luh Mahfuz
· Allah menjadikan alam
· Allah menjadikan Malaikat Jibril
· Nabi Isa diangkat ke langit
↧
Amalan Sunat Pada Hari Asyura dan Dalil Bubur Asyura
AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam
Berpuasa: Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun
· Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
· Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
· Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
*Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
*Memuliakan fakir miskin : Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
*Menahan marah : Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
*Menunjukkan orang sesat : Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
*Menyapu/mengusap kepala anak yatim : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
*Bersedekah : Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini
*Memelihara kehormatan diri : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
*Mandi Sunat : Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
*Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu
*Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
*Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”
*Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali
*Menjamu orang berbuka puasa : Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
*Puasa (Niat) – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “ : Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
AMALAN HARI 'ASYURA' :
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 kepada seluruh sahabat-sahabat. Bulan Muharram tiba lagi sebagai pembuka tirai bagi bulan-bulan Islam. Justeru terdapat beberapa amalan yang di tuntut dan di galakkan sebagai pengisian tarbiyyah ruhaniyyah di dalam bulan yang mulia ini terutamanya galakkan untuk berpuasa pada hari 'asyura. Al-Faqir memuatkan huraian ringkas yang dipetik daripada Risalah Amalan-amalan Islam Siri 1 hasil himpunan al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd Saghir Abdullah Rohimahullahu Ta'ala terbitan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik & Khazanah Fathaniyyah Kuala Lumpur cetakan 2004 M/ 1425 H.
BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN HARI 'ASYURA
Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathani memulakan bahasan tentang 'Asyura' dalam kitabnya Jam'ul Fawaid dengan memberikan takrif berikut :
"Ketahuilah olehmu makna عاشوراء / 'Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang yang kesebelas daripada bulan Muharram.
Dan qaul yang shahih hari yang kesepuluh dinamakan 'Asyura' dan hari kesembilan dinamakan تسوعا / Tasu'a."
(Sila lihat kitab Jam'ul Fawaid, m/s:129)
KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI 'ASYURA'
Berkata Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathanidi dalamnya kitab Jam'ul Fawaid seperti berikut :
"Sembah sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya dilebihkan oleh Allah akan Hari 'Asyura' atas segala hari?" Sabdanya,"Bahkan telah menjadikan Allah Ta'ala akan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bukit pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bintang pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Lauh dan Qalam pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidatina Hawwa' pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Syurga pada hari 'Asyura'.
Dan memasukkan Sayyidina Adam a.s akan syurga pada hari 'Asyura'.
Dan diperanakkan Sayyidina Ibrahim a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dilepaskan Sayyidina Ibrahim a.s daripada api pada hari 'Asyura'.
Dan ditenggelamkan Fir'aun pada hari 'Asyura'.
Dan dibukakan bala' Ayyub a.s pada hari 'Asyura'
Dan ditaubatkan oleh Allah akan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan diampunkan dosa Sayyidina Daud a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dikembalikan kerajaan Sayyidina Sulaiman a.s pada hari 'Asyura'.
Dan lainnya hingga akhir hadis ... " (kitab Jam'ul Fawaid, m/s:131)
KISAH BUBUR 'ASYURA'
(Kitab Jamul Fawaid m/s 132)
Al-Faqir agak terkejut bahawa sebenarnya ada dinyatakan kisah tentang Nabi Muh a.s di dalam kitab Jam'ul Fawaid ini..Lihatlah betapa cermat dan telitinya penulisan Syeikh Daud Rohimahillah tetapi ianya bukanlah secara spesifik menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menyuruh ummatnya membuat bubur 'asyura' seperti yang serig diperkatakan dan diperlekehkan oleh puak wahabi/salafi yang itu.. Berikut al-Faqir muatkan kenyataan muallif (baca betul2 bukan muallaf ya!)yang di ambil daripada kitab tersebut pada halaman 132 :
AMALAN HARI 'ASYURA'
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien.
Sudah setahun berlalu, sejak bahagian pertama ini di tulis..tahun ni, bakal penghujung tahun 1432H ni, al-faqir sambung kembali bahagian keduanya. Sambungan bahagian kedua ini berkisar tentang kisah Nabi Nuh a.s.dan sejarah bubur 'Asyura.
Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!" Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.
Kata beliau,"Maka daripada demikian itulah telah mengambil segala Muslimun akan makanan 'Asyura."
Riwayat lain diceritakan juga, syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri, "Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s] menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."
Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menyebut, "Dan adalah demikian itu pertama-tama makanan yang di masakkan di atas muka bumi kemudian daripada topan. (yakni ribut badai). Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari 'Asyura. Dan adalah padanya itu pahalanya yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu, dan memberi makan segala fuqara' dan masakin, maka dinamakan BUBUR 'ASYURA. Dan jika bid'ah sekalipun, [adalah] bid'ah hasanah dengan qashad itu."
Rujukan Kitab : Jam;ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani, oleh al-marhum Tn.Guru Hj.Wan Saghir Abdullah Rahimahullah, Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H
↧
Kenangan Mawlid Sempena Maal Hijrah di Kg Teluk Sentang 7 Nov 2013
Assalamualaikum.. Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) di bawah naungan Mufti Pahang dijemput menjayakan program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Temerloh di Kg Teluk Sentang.. Penceramah jemputan adalah ulamak pelapis Negeri Sembilan Ustaz Khushairi Haji Hamdan. Semua ketua jabatan dan mantan mufti Pahang dato Sulaiman turut hadir untuk menerima anugerah tokoh maal hijrah Daerah Temerloh.
↧
↧
Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah Syariyyah Cawangan Kota Tinggi (NGO KISWAH KOTA TINGGI) Kini di Taman Pasak
![]() |
Ustaz Azhari dan Junaidi Sedang Beraksi di Pusat Rawatan KISWAH Kota Tinggi |
Alamat ....no.29, taman pasak indah . Jln Pasak i8., 81900, kota Tinggi .Johor . Rawatan pada hari sabtu & Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 ptg (tertakluk pada perubahan ).......
Sesiapa yg berhajat untk mendptkn khidmat rawatan , kena hubungi perawat terlebih dahulu untuk temujanji
Hubungi: Ustaz Azhari Abidin: 017 2230510
Ustaz Junaidi Sahlan: 019 7554255
↧
Jom Berpuasa Pada Hari Tasua' dan A'syura' 1435H Bersamaan 13 dan 14 Nov 2013
↧
Selamat Membaca Zikir dan Doa Asyura'
↧
Jualan Burdah Basrah.. RM80 + RM8 Penghantaran - Stok Terhad!
Assalamualaikum..
Pakaian Sunnah Rasulullah saw. Semua burdah di atas bersaiz 45 x 70 bidang atau 1 meter x 2.2 meter. Besar dan berkualiti. Stok Terhad
Pakaian Sunnah Rasulullah saw. Stok Terhad
Soalan kepada Habib Munzir berkenaan Burdah / Rida’ / Shawl
selendang - 2010/01/13 14:39
Mg sntiasa dlm keadaan kbaikn disisi Allah~
habib, blh bntu sy dalam mcari dalil utk sunnah selendang? pelajar2 seperti habib sendiri dan pelajar2 psentrn/pondok selalu pakai, dan guru mulia habib habib omar pun selalu memakaikanya,, syukrn habib, ana pun ingin amalkannya!! insyaAllah
jazakaAllahu khairan.. maaf jika mganggu habib~ semoga dalam kelembutan rahmat ilahi~
Re:selendang - 2010/01/15 07:46 Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
lebih dari 25 riwayat shahih Bukhari bahwa Rasul saw memakai rida (selendang). para sahabat beliau saw, lagi ratusan riwayat lainnya pada Shahih Muslim dan riwayat shahih lainnya.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a'lam
Rasulullah memakai rida’
Memakai rida’ (semacam selendang) dan membalik posisi rida’ disunnahkan. Sebagai contoh dalil pemakaian rida’ / burdah shawl ini berlaku ketika Rasulullah saw menunaikan solat istisqa, iaitu dengan menaruh kain yang disebelah kiri ke sebelah kanan, dan kain yang ada di sebelah kanan ke sebelah kiri.
Hadis-hadis yang menyatakan dianjurkannya hal ini sangatlah banyak, diantaranya hadis Abu Hurairah, hadits Abdullah bin Zaid, hadis ‘Aisyah yang sudah disebutkan.
Pemakaian dan tindakan membalikan rida’ ini dapat dilakukan setelah berdoa, sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah, atau ketika hendak berdoa, sebagaimana hadits Abdullah bin Zaid Radhiallahu’anahu :
خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المصلى فاستسقى . وحول ردائه حين استقبل القبلة
“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam keluar menuju lapangan untuk istisqa’. Beliau membalik rida’-nya ketika mulai menghadap kiblat” (HR. Muslim, no.894)
RM80 + penghantaran RM8.
Cara pembelian:
1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".
ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun
Muliati binti Saad.
no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau
no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)
2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:
a. Nama
b. Tarikh
c. Bank apa dan bila dimasukkan duit
d. Alamat surat menyurat
e. Produk dan bilangan
3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar barangan tersebut ke alamat anda.
Pakaian Sunnah Rasulullah saw. Semua burdah di atas bersaiz 45 x 70 bidang atau 1 meter x 2.2 meter. Besar dan berkualiti. Stok Terhad
Pakaian Sunnah Rasulullah saw. Stok Terhad
![]() |
![]() |
SOLD |
![]() |
SOLD! |
![]() |
SOLD! |
![]() |
SOLD! |
Soalan kepada Habib Munzir berkenaan Burdah / Rida’ / Shawl
selendang - 2010/01/13 14:39
Mg sntiasa dlm keadaan kbaikn disisi Allah~
habib, blh bntu sy dalam mcari dalil utk sunnah selendang? pelajar2 seperti habib sendiri dan pelajar2 psentrn/pondok selalu pakai, dan guru mulia habib habib omar pun selalu memakaikanya,, syukrn habib, ana pun ingin amalkannya!! insyaAllah
jazakaAllahu khairan.. maaf jika mganggu habib~ semoga dalam kelembutan rahmat ilahi~
Re:selendang - 2010/01/15 07:46 Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
lebih dari 25 riwayat shahih Bukhari bahwa Rasul saw memakai rida (selendang). para sahabat beliau saw, lagi ratusan riwayat lainnya pada Shahih Muslim dan riwayat shahih lainnya.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a'lam
Rasulullah memakai rida’
Memakai rida’ (semacam selendang) dan membalik posisi rida’ disunnahkan. Sebagai contoh dalil pemakaian rida’ / burdah shawl ini berlaku ketika Rasulullah saw menunaikan solat istisqa, iaitu dengan menaruh kain yang disebelah kiri ke sebelah kanan, dan kain yang ada di sebelah kanan ke sebelah kiri.
Hadis-hadis yang menyatakan dianjurkannya hal ini sangatlah banyak, diantaranya hadis Abu Hurairah, hadits Abdullah bin Zaid, hadis ‘Aisyah yang sudah disebutkan.
Pemakaian dan tindakan membalikan rida’ ini dapat dilakukan setelah berdoa, sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah, atau ketika hendak berdoa, sebagaimana hadits Abdullah bin Zaid Radhiallahu’anahu :
خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المصلى فاستسقى . وحول ردائه حين استقبل القبلة
“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam keluar menuju lapangan untuk istisqa’. Beliau membalik rida’-nya ketika mulai menghadap kiblat” (HR. Muslim, no.894)
RM80 + penghantaran RM8.
Cara pembelian:
1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".
ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun
Muliati binti Saad.
no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau
no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)
2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:
a. Nama
b. Tarikh
c. Bank apa dan bila dimasukkan duit
d. Alamat surat menyurat
e. Produk dan bilangan
3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar barangan tersebut ke alamat anda.
↧
↧
Tarikh Bekam Sunnah Pada November dan Disember 2013 di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah Temerloh
Assalamualaikum semua..
"Tarikh bekam yang terdekat di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah (KISWAH) adalah pada 25 NOVEMBER 2013 (21 Muharram ~ Isnin) dan 24 DISEMBER 2013 (21 Safar ~ Selasa).. Jam 5.30 petang. Sesiapa yang berminat sekitar Temerloh boleh le SMS / Call 017 9065131 (Ustaz Hayat Kiswah).
↧
Jemputan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Kali Kedua 2013 Pada 21 Disember 2013 Di Masjid Bera. Semua Ahli Diwajibkan Hadir!
↧
Latihan Memanah NGO Perubatan Islam (KISWAH) di Surau Taman Jaya 4
Syukur.. sahabat2 ngo kiswah..jgn ketinggalan latihan memanah di tj4.jadual akan dikeluarkan oleh ketua biro riadah kita Saiful Shahiri dan Muhammad rafi..
Kelab memanah tradisional di bawah biro riadah ngo kiswah di bawah saudara Saiful Shahiri dan Muhammad Rafi mudah2an dpt terlaksana dan berjalan dgn baik.(baru cadangan) Testing busur yg baru diperolehi di surau taman jaya 4...
Kelab memanah tradisional di bawah biro riadah ngo kiswah di bawah saudara Saiful Shahiri dan Muhammad Rafi mudah2an dpt terlaksana dan berjalan dgn baik.(baru cadangan) Testing busur yg baru diperolehi di surau taman jaya 4...
↧