Quantcast
Channel: Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah Syariyyah'
Viewing all 1409 articles
Browse latest View live

JUALAN POCKET WATCH PUSINGAN TAWAF RM40 TERMASUK POSTAGE. DAPATKAN SEGERA!!!

$
0
0


Assalamualaikum...

"Pocket Watch Pusingan Tawaf (RARE)" 3 Bulan Warranty" RM 40 Termasuk Postage: Maybank Muliati binti Saad 156057415555

"Pocket Watch Pusingan Tawaf adalah pemakaian jam orang Islam. Permulaan hari adalah ketika waktu Maghrib. Jam rasmi yang dipakai ketika zaman khilafah oleh para khalifah, ulamak, ahli sufi dan pemuda Islam pada zaman tersebut" 

~ Mawlana Shaykh Nazim~









Rawatan Ruqyah Perdana Maran 6 Julai 2013 (Sabtu) dan Temerloh 7 Julai 2013 (Ahad) 8:30 Pagi

$
0
0

Assalamualaikum..

"RAWATAN RUQYAH PERDANA DAERAH MARAN - Program Khidmat Rawatan Ruqyah Kepada Masyarakat"

~Bersama Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Temerloh (KISWAH) dinaungi Mufti Kerajaan Negeri Pahang~

Anjuran: Pejabat Agama Daerah Maran, Masjd as Syakirin Daerah Maran dan NGO KISWAH..

Masjid as Syakirin Daerah Maran

Bayaran: Seikhlas Hati...

(Air Ruqyah dan barang rawatan dijual pada hari program...)

Jenis rawatan: " Rawatan Sihir, Santau, Saka, Strok, Masalah Mental, Rawatan Pulih Rumah, Masalah Rumahtangga, Anak Bermasalah, Kanser dan Penyakit Misteri Menggunakan Kaedah Terapi Al Quran @ Bacaan Ruqyah Syariyyah.."

8.30 pagi: Pendaftaran

9:00 pagi: Perasmian oleh Tuan Qadhi Maran

9:15 pagi: Penerangan berkenaan Kaedah Ruqyah oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi.

9:45 pagi: Rawatan Ruqyah kepada pesakit.

10:30 pagi: Sesi Penerangan oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi

11:30 pagi: Bersurai...


HUbungi: Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi... 017 9065131




Assalamualaikum..

"RAWATAN RUQYAH PERDANA DAERAH TEMERLOH - Program Khidmat Rawatan Ruqyah Kepada Masyarakat"

~Bersama Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Temerloh (KISWAH) dinaungi Mufti Kerajaan Negeri Pahang~

Anjuran: Pejabat Agama Daerah Temerloh, Surau Taman Temerloh Makmur dan NGO KISWAH..

Surau Taman Temerloh Makmur

Bayaran: Seikhlas Hati...

(Air Ruqyah dan barang rawatan dijual pada hari program...)

Jenis rawatan: " Rawatan Sihir, Santau, Saka, Strok, Masalah Mental, Rawatan Pulih Rumah, Masalah Rumahtangga, Anak Bermasalah, Kanser dan Penyakit Misteri Menggunakan Kaedah Terapi Al Quran @ Bacaan Ruqyah Syariyyah.."

8.30 pagi: Pendaftaran

9:00 pagi: Perasmian oleh Tuan Qadhi Temerloh

9:15 pagi: Penerangan berkenaan Kaedah Ruqyah oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi.

9:45 pagi: Rawatan Ruqyah kepada pesakit.

10:30 pagi: Sesi Penerangan oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi

11:30 pagi: Bersurai...


HUbungi: Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi... 017 9065131

STOK TERBARU RAMADAN 2013!!! Jualan Darbuka 'Seramik' Corak Arab: RM650 dan Kos Penghantaran RM20

$
0
0


ASSALAMUALAIKUM... DARBUKA SALES... RAMADAN 2013


Darbuka Mesir Murah untuk anda miliki sempena mawlid 1434H..CEPAT SEBELUM HABIS DISAMBAR..LEAD.... bunyi lenting sikit/ boleh adjust..Orang biasa jual RM700 dan rm seribu lebih pun ada.. Saya jual RM 650 .Boleh nego saya kalau memang minat.PM saya atau sms 017 9065131 (Ustaz Hayat)...




SATU SUDAH DITEMPAH OLEH JAZATECH MANAGEMENT.... TINGGAL LAGI 3..

Kenangan Rawatan Perdana dan Majlis Mawlid di Maran 6 Julai 2013 Bersama Qadi Maran

$
0
0

Pada 6 Juai 2013: Di masjid maran sempena program rawatan perdana. Bersama Qadi Maran Tuah Haji Syarifuddin Muhammad Saad...

Kemudian disusuli program rehlah, muhasabah dan  berkelah di Hutan Lipur Teladas Maran, Pahang..









Kenangan Rawatan Ruqyah Di Surau Temerloh Makmur 7 Julai 2013

$
0
0

Assalamualaikum semua.. 
Kenangan Rawatan Perdana di Surau Taman Temerloh Makmur 7 Julai 2013 bersama Timb Qadi Temerloh... 






Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Marhaban Ya Ramadan, Ramadan Kareem Dari KISWAH dan Qasidah Ahlan Ya Ramadan...

$
0
0

Ramadan Kareem Dari Keluarga KISWAH 1434


Ahlan Ya Ramadhan...


Saya dan warga KISWAH mengucapkan RAMADHAN KAREEM kepada semua khususnya kepada ahli keluarga KISWAH di mana sahaja anda berada...

Semoga kita berjaya mengharungi ujian2 keimanan sepanjang madrasah Ramadhan ini. Semoga kita beroleh ijazah TAQWA sebagai hasil kepada amal soleh yang dilakukan ikhlas kepada Allah Taala sepanjang bulan yang mulia ini.

Semoga kita berjaya mendapat mutiara2 berharga yang hanya didapati di bulan Ramadhan untuk menjana kekuatan keimanan bagi menempuh ujian2 mendatang di 11 bulan yang berikutnya...

Di dalam satu hadis Nabi saw menyatakan bahawa jika baik prestasi Ramadhan seseorang pada tahun itu maka 11 bulan yang mendatang juga akan baik kerana Ramadhan adalah penghulu buat sekalian bulan... Baiklah penghulu maka baiklah 'anak2 buahnya'.

Semoga kita menjadi orang yang bertakwa dan menjadi INSAN RABBANI yang sejati...

Berkata ulamak; apakah maksud insan rabbani":

Merekalah: " Allazina Yamsyuna fil ard bi qulubi ahlil akhirah"

Iaitu mereka yang berjalan di atas bumi sedangkan hatinya dinisbahkan kepada akhirat; hatinya adalah hati AHLI AKHIRAT.

Saya memohon jasa baik dari semua ahli keluarga KISWAH dan sahabat2 seperjuangan semua agar berdoa khusus di bulan Ramadhan ini agar Allah mengurniakan kecekalan, semangat juang yang tinggi, terhindar dari fitnah akhir zaman, dan keikhlasan luar biasa untuk meneruskan perjuangan memartabatkan perjuangan perubatan ISLAM yang sebenar di negara kita..

Saya juga mohon doa dari anda semua agar semua pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah dapat bersatu hati memartabatkan perubatan Islam di negara kita berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiada kita miliki.....

Ini kerana ribath ukhuwwah di kalangan mereka yang berjuang di jalanNYA merupakan prasyarat utama untuk mendapat NUSRAH; pertolongan dariNYA...

Semoga Allah mengurniakan kita nikmat MALAM LAILATUL QADAR....

AmIn Ya RABB....

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....

Bersama2 Muhasabah dan Muaqabah diri untuk Muraqabah menuju Allah...:



Amalan setiap hari Ramadan:

Membaca Bait2 Syair ini Sejam Sebelum Azan Maghrib Setiap Hari Sejam Sebelum Berbuka Puasa...

Di dalam Kitab Futuhat karya Sheikh Adnan:

Qasidah Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Ramadhan,(selamat datang wahai bulan Ramadhan) dibaca selepas solat Asar; dari 1 - 15 Ramadhan...


Qasidah al Wada' al Wada' Ya Syahra Ramadhan, (selamat tinggal wahai bulan Ramadhan) dibaca selepas Asar... dari 15 - 29 / 30 Ramadhan.....



RAMADAN DUA ZAMAN



RAMADAN DUA ZAMAN


Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya



puasa sekadar lapar dan dahaga

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

JADUAL BULAN RAMADAN PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH 1434H

$
0
0


Ucapan di bulan Ramadan.. "Ramadan Kareem.. Jawabnya "WAllahu Akram.."

Assalamualaikum semua..


Masya Allah wal Hamdulillah!!!!



Sedar tak sedar, kita telah berada di dalam bulan Ramadan al Mubarak!

BULAN AL QURAN

BULAN CAHAYA

BULAN IJTIMA'

BULAN FUQARA'

BULAN TAUBAT DAN RUJU'

BULAN DOA DAN I'TIKAF

BULAN FUQARA' DAN DUAFA'

BULAN IHSAN

BULAN MUNAJAT DAN TASABIH

BULAN KEJAYAAN

BULAN DAKWAH DAN IRSYAD

BULAN TARAWIH DAN QIYAM

BULAN IFTHAR DAN SAHUR

BULAN MALAIKAT DAN SALAM

BULAN GANJARAN

BULAN SABAR DAN SIYAM (PUASA)

BULAN KEBAHAGIAAN

BULAN KUNCI SYURGA

BULAN KASIH SAYANG

BULAN KEAMPUNAN

BULAN KEAMANAN

BULAN IHSAN

BULAN ANAK2 YATIM

BULAN RAHMAT

BULAN KELEPASAN DARI NERAKA

BULAN YANG MANA DITURUNKAN DI DALAMNYA AL QURAN

... itulah nama2 yang diberikan oleh para solehin.. Masya Allah! Hebatnya bulan Ramadan.

Pesta Ibadah pun bermula!

Sehubungan dengan itu, jadual KISWAH Temerloh pada bulan Ramadhan:

JADUAL KISWAH BULAN RAMADAN

Pusat Rawatan KISWAH tidak akan mengadakan rawatan pada bulan puasa KECUALI pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu pada pukul 10 pagi - 11 pagi sahaja . Jangan datang lebih dari pukul 11 pagi.

Isnin – Rabu dibuka pada pukul 10 pg – 3 ptg untuk pembelian barang rawatan dan untuk membuat temujanji sahaja. Tiada rawatan!

Telefon dahulu sebelum datang !

3 Ramadan bersamaan hari Jumaat 12 Julai 2013:
Moreh selepas terawih di Surau Taman Jaya 3

4 dan 5 Ramadan bersamaan hari Sabtu Ahad 13 dan 14 Julai 2013:
Us Hayat Imam dan Tazkirah di Surau Taman Jaya 3

5 Ramadan bersamaan 14 Julai 2013
Kuliah Subuh Ustaz Hayat di Surau Taman Jaya 3

11 Ramadan bersamaan hari Sabtu 20 Julai 2013
Ifthar Jamaie bersama ahli keluarga KISWAH, terawih, tausiyyah Ramadan dan Maulid Ramadan khusus untuk ahli-ahli KISWAH....

.. dan satu majlis buka puasa, akikah, mawlid, solat terawih di teratak Mevlevi rumah Ustaz Hayat akan diberitahu nanti..

JADUAL SYAWWAL:

10 Syawwal bersamaan 17 Ogos 2013

Open House KISWAH di Teratak Mevlevi dan Gathering KISWAH - Maulid Maahad - Ex Badan Dakwah Sek Agama Negeri Pahang. Semua dijemput hadir!

Semoga kerja buat ini diredhai ALLAH jua...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!

Jemputan Ifthar Jamaie KISWAH 1434H 20 Julai 2013 Bersamaan 11 Ramadan 1434H

$
0
0



Assalamualaikum semua..

Semua ahli NGO Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) dianaungi Mufti Pahang, Kumpulan Mawlid Maahad SAS, Ex Mawlid 08 dan Ex Badan Dakwah SMAN Pahang dan sahabat2 KISWAH dijemput menghadiri:

IFTHAR JAMAIE TAHUNAN KISWAH

20 Julai 2013
11 Ramadan 1434H

Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

7:00 malam:

Tentatif:

*Buka puasa
* Solat Maghrib
* Solat Isyak
* Solat Terawih
* Zikir
* Mawlid Ramdan 
* Pengisian Ringkas
* Moreh
* Wada'

Talian Majlis (017 9065131)

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan di bulan Ramadan

$
0
0

Rawatan Ruqyah untuk Merawati Pesakit Gangguan Syaitan. Masih juga terdapat gangguan sihir di bulan puasa yang terdiri daripada jin-jin kafir (syaitan) yang lemah.
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan.

1. Pandangan daripada Ibn Hajar al-‘Asqalani yang menukilkan daripada al-Halimiy: “ Maksud dibelenggu atau dirantai itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat untuk sampai melakukan fitnah (menggoda) kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan. Ini disebabkan umat Islam ketika itu sedang menyibukkan diri dengan ibadah puasa yang berperanan melemahkan syahwat, dan mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.

2. Menurut pandangan Imam As-Syafie pula : “ hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan”.

3. Menurut Imam Abu Hanifah pula : “ Semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan sebelas bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri umat Islam. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau pada ketika syaitan dibelenggu”. 

4. Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika ditanyakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitu syaitan yang degil atau melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”

5. Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat : “maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil atau melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith: 

Maksudnya: “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil atau melampau.”

6. Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan dan menggoda umat Islam serta menghiasi syahwat mereka.
7. Dinukilkan oleh Fadhilatul Syeikh ‘Atiyyah Saqr bahawa sebahagian ulamak ada menyatakan yang dimaksudkan “dibelenggu” itu ialah : “tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw:
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)

Kelahiran Anakanda Ketiga; Puteri Comel; 9 Ramadan 1434 bersama 18 Julai 2013

$
0
0

Assalamualaikum.. 
Syukur ya Rabbi, bimadadihi wa iznih.
Kelahiran Anakanda Ketiga; Puteri Comel; 4:30 am; 9 Ramadan 1434 bersama 18 Julai 2013 
Hadiah Ramadhan yang sangat bermakna...pengikat kasih ummi dan abi..

Terima kasih atas ucapan dan semarak ukhuwwah yg dilahirkan.
Allah saja dpt membalas kebaikan kalian.
Semoga dpt mencintai sprt Rasulullah saw mencintai S Fatimah azzahra anakanda baginda...


Terasa kekok dpt bby girl..sblum ni dua2 hero.. :)  .

Syukur Ya Rabbi..


Ketika mula2 bertemu...
Pengikat kasih ummi dan abi...


Anak yang solehah syafaat ibu bapa ke syurga

Membesar dengan sihat dan solehah...

Baru merisik dengan Sh Adnan Kabbani untuk namanya...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

PROMOSI BARANGAN KISWAH SEMPENA RAMADAN DAN EIDUL FITRI 1434 H

$
0
0
Dapatkan Segera Hari Ini!!!

Boleh dapatkan di:



Kenangan Ifthar, Tarawih dan Mawlid Ramadan 1434 H KISWAH bersamaan 20 Julai 2013

$
0
0

Assalamualaikum semua...

Kenangan mawlid semasa Ifthar Jamaie dan tarawih di KISWAH tanggal 20 Julai 2013... Bersama ahli keluarga NGO KISWAH dan anak murid Maahad SAS..
Ustaz Farihi Ramle Allah3

Qasidah dan hadrah Ramadan

Keluarga KISWAH, anak2 murid Maahad SAS dan NGO KISWAH

Keluarga ceria KISWAH

Buka puasa di dalam talam mengeratkan ukhuwwah

Moreh time.. Terima kasih kepada yang menyumbang

Beribadah bersama-sama

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!


Jualan Tasbih 200 Nashbandi Teras Asam @ Tasbih Shaykh Abdullah Faiz ad Daghestani

$
0
0
Assalamualaikum semua.. 

Jualan tasbih 200 naqshbandi teras asam...dua jenis buah. 1) biji bulat. 2) biji leper...

Tasbih 200 memang istimewa.. siapa pandai guna.. senang nak kira zikir untuk ratus2 dan ribu2... berbanding dengan 100... adab2 naqshbandi senang buat.. di samping awrad dan khatam khawajakan.. kiraanya semua dah ada di tasbih... kalau di syam.. tarekat lain nampak saja kita pegang tasbih ni, mereka pun jerit.. Naqshbandi!!! Juga dikenali sebagai tasbih Syakh Abdullah Faiz; Khatimul Awliya' iaitu Shaykh kepada Shaykh Muhammad Nazim al Haqqani.. Stok terhad....

Sapa berminat...sila sms saya... di talian 017 9065131 (Ustaz Hayat)



Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Trend Baca Quran Besar; Ayat Panjang Semasa Solat Tarawih Sehingga Banyak Kesalahan

$
0
0
Apapun yang penting kita istiqamah menunaikan Tarawih...

"Disebabkan trend, masjid dan surau kampung pun imam tarawihnya dok baca ayat2 susah pada al Quran besar. Tapi bacaan imamnya banyak salah baris, tajwid dan waqaf. Apabila jadi begini, barulah faham kenapa ulamak2 nusantara menyarankan agar dibaca ayat2 lazim saja semasa tarawih memandangkan kapasiti dan keupayaan orang2 melayu kita. Sheikh Nuruddin pun menegaskan bacaan ayat2 lazim lebih afdhal kerana lengkap ceritanya. Lagipun lebih mudah, susah tersalah dan tidak membebankan orang kita..Kalau nak baca ayat2 panjang pun kenalah mentelaah dulu surah2 tersebut di rumah.."

Tidaklah salah trend begitu.. Tapi kenalah kaji ayat2 yang bakal dibaca apabila jadi imam nanti. Adatok imam yang malu baca ayat2 lazim kerana semua dok pakat baca ayat panjang.. Maka digagahi bacaan pada al Quran besar dengan keadaan LEBAT kesalahannya... hmmm.. sekadar lontaran minda...

.. kalau tanya saya... feel bacaan imam2 kampung yang baca... al Ikhlas rakaat kedua 1 - 15 Ramadan dan al Qadr rakaat pertama 15 - 20 Ramadan memang lain dari yang lain.. tenang je...

Lainlah kalau dah masjid tu khas untuk para huffaz mengulangkaji hafazan atau makmum yang gagah2 ; satu juzuk semalam yang dibaca oleh para huffaz yang pakar.. Yallaa... Tafaddhal...

Qiyamullail Perdana KISWAH 3 Ogos 2013; Semua Ahli NGO Dijemput Hadir

$
0
0
Ahlan wa Sahlan kepada Semua Pencinta....
Assalamualaikum semua ahli NGO KISWAH...

Dimaklumkan bahawa pada Sabtu Malam Ahad ini akan diadakan qiyamullail perdana di KISWAH.... 3 Ogos .. Mula dengan tarawih, mawlid, 100 rakaat solat sunat tahajjud (mudah-mudahan), tasbih, najat dan witir. 

Diakhiri dengan Sahur dan Jemaah Subuh.. Semua ahli KISWAH dijemput hadir...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Majlis Ifthar, Akikah, Tarawih dan Mawlid di Teratak Mawlawi 25 Julai 2013 Dan Perihal Akikah dan Tahnik

$
0
0
Kenangan ifthar, aqiqah anakanda 'Fatimah', tarawih dan mawlid serta hari lahir Muhammad Nazim yang ke - 3 
 di teratak kami pada 25 Julai 2013



 ____________________________________________

MAKLUMAT BERKENAAN AQIQAH, TAHNIQ, TASMIYYAH DAN HALAQ

Maklumat berkenaan aqiqah, tahnik, tasmiyyah (beri nama), halaq (cukur jambul): (rujukan kitab al Iqna' fi Hall Alfaz Abi Syuja' oleh Imam Sheikh Shamsuddin Muhammad bin Muhammad Khatib as Syarbini)

1) Aqiqah bermaksud: Sembelihan yang dilakukan pada hari ketujuh kelahiran si anak. Pada hari tersebut dicukur rambutnya dan diberi nama yang baik2.

2) Hukum: Sunnat Muakkadah - yang sangat2 dituntut.

3) Dalil: Hadis Nabi Muhammad saw: "Setiap bayi tersebut ditebus (sakit, masa depan dan keperibadiannya) dengan akikah yang disembelih pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama."

" Sesungguhnya Nabi Muhammad saw memerintahkan bayi diberi nama pada hari yang ketujuh kelahirannya."

4) Waktu akikah: Sejak kelahiran bayi dan disunatkan pada hari yang ketujuh kelahiran bayi seperti yang ditulis di dalam kitab Majmu' Imam Nawawi.

5) Sunat2 lain: Dicukur rambutnya dan kemudian kepala bayi tersebut disapu dengan za'faran / saffron. Kemudian dikumpul rambut2 tersebut, dikering dan ditimbang dengan harga PERAK.... Jumlah duit tersebut kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin /mana2 lapan asnaf. Nabi
Muhammad saw membayar harga timbangan cucuandanya Saidina Hasan dan Husian ra dengan harga PERAK.

6) Sunat2 lain: Diberikan nama pada hari yang ketujuh seperti yang ditulis di dalam kitab Majmu'. Tetapi jika ingin diberi nama awal pun tidak mengapa. Disunatkan memberi nama2 yang baik dan sebaik2 nama adalah Abdur Rahman dan Abdullah.Nama2 Nabi khususnya Nabi Muhammad saw dan nabi2 lain,nama para sahabat dan orang soleh... begitu juga nama wanita: Fatimah, Khadijah, Maryam dan Asiah serta nama anak2 & keluarga nabi dan sahabiah.

7) Jumlah kambing: Bayi lelaki: Disunatkan dua ekor kambing. Perempuan: Seekor kambing... Lagi besar dan banyak daging lagi baik!!!

8) Bentuk daging: Hendaklah dimasak MANIS dan diberi / memberi jamuan kepada orang ramai khususnya FAKIR MISKIN. Tidak diberi mentah seperti daging korban.

9) Dagingnya dimasak manis (orang kita biasanya masak kurma atau kari manis) dan disertai dengan manis2an... (orang kita biasa buat bubur jinak @ liar) supaya sabda nabi saw; akhlaknya juga manis di hadapan manusia. Sesungguhnya nabi Muhammad saw suka kepada manisan dan madu!

10) Fadhilat dan kelebihan akikah: Anak2 menjadi pemberi syafaat di akhirat, anak berakhlak mulia dan sihat dengan kehendak Allah jua serta berkat usaha ibu bapanya.

11) RISIKO MENINGGALKAN AKIKAH:Berkata ulamak, anak yang tidak diakikahkan; maka tidak dapat menjadi syafaatnya ibu bapanya diakhirat, berisiko untuk sakit zahir dan batin serta kurang akhlaknya.

12) Perkara yang perlu diberi perhatian: Belanja akikah dan kendurinya adalah duit si bapa bayi tersebut. Bukan duit pemberian orang kepada anak2 kita yang baru lahir... Hasil dari usaha si bapa. Sebab itu, apabila dapat saja berita isteri mengandung; terus diwujudkan dana akikah dan
kelahiran dalam rumahtangga supaya dapat akikah seawal hari ketujuh!

13)Nama disunatkan diberikan oleh bapa kepada ayah bayi... Tok belah ayah.... kerana Nabi Muhammad namanya diberikan oleh Abd Mutalib. Juga 'ayah2 rohani' atau guru2 mursyid kita.... Sekiranya kita ada berhajat dan berkenan mana2 nama, ambillah berkat dengan meminta izin dan dustur mereka serta meminta pandangan mereka.

14) Tahnik (belah mulut) iaitu dengan cara memasukkan manisan khususnya kurma / jus kurma ke dalam mulut bayi yang masih kecil dan disunatkan pada hari yang ketujuh. Disunatkan tahnik dilakukan oleh orang2 alim / mursyid / tok guru supaya keberkatan mereka mengalir ke bayi tersebut dan semoga anak tersebut menjadi seperti orang yang mentahnik.... Jika tiada orang2 alim maka bolehlah ditahnik oleh bapa atau datuknya....

15) Perihal majlis: Selalu majlis diadakan serentak; akikah, cukur jambul dan tahnik... Namun ada juga majlis yang mengasingkan akikah dan cukur jambul. Walaubagaimanapun yang terbaik; semuanya dibuat pada hari yang ketujuh. Majlis juga boleh dimeriahkan lagi dengan bacaan selawat,maulid, tahlil dan doa selamat.

Alhamdulillah pengalaman saya berhadapan situasi mencemaskan anak kedua saya Muhammad Nazim dimasukkan ke NICU kritikal kerana masalah paru2 tidak matang memberi banyak pengajaran kepada saya... Baby Nazim lahir pada 15 Syaaban dimasukkan ke NICU selama 10 hari. Sebaik saja akikah selesai dilakukan di Klang; terus saya diberitakan oleh isteri (ketika itu kami seminar di Masjid Negeri Shah Alam) doktor sudah menaggalkan oksigen... dan ketika jamuan akikah diadakan di masjid tersebut saya dimaklumkan alat2 lain juga ditanggalkan.... dengan IZIN ALLAH JUA!

Sungguh ajaib ibadah akikah ini...

Sebab itu sekiranya ada pihak yang bertanya kepada saya tentang bayi mereka yang sakit.. Maka saya sarankan diakikahkan secepat mungkin kerana akikah; selain menghidupkan sunnah nabi saw, antara fadhilatnya adalah menebus penyakit; untuk kesihatan bayi dan molek akhlaknya di kemudian hari nanti....

Saranan saya kepada sesiapa yang masih tidak akikah, tahnik anak masing2... silalah berbuat demikian secepat mungkin!






Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

Ceramah Jumaat, Rawatan Ruqyah dan Perjumpaan Dengan Tuan Guru Haji Ahmad bin Shafie al Makki

$
0
0
Assalamualaikum semua...

Kuliah sebelum jumaat d masjid ulu jempol... 26 julai 2013 

Rawatan selepas jumaat di masjid ulu jempol.. dgn kehadiran tuan guru tok ngah...anak murid sh yaasin fadani yg berumur 95 tahun.

Bersama tuan guru haji ahmad bin shafie al makki.umur 95 tahun..anak murid sh yaasin al fadani. Berbelas tahun di mekah.dari mula sampai akhir berbahasa arab. Kawan mohon doa dan ijazah, tuan guru pula yg mohon doa..super tawadduk.malu kita dibuatnya. 










 Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Kenangan Tarawih dan Mawlid di SMA al Khairiah Temerloh Pahang 31 Jukai 2013

$
0
0

Assalamualaikum semua.. 

Pada 31 Julai 2013 yang lalu, NGO KISWAH dan anak2 buah dari kumpulan mawlid anak2 Pahang di Mesir Musytaqur Rasul dijemput mengetuai solat tarawih dan sambutan mawlid di Sekolah Menengah Agama al Khairiah Temerloh..

Terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput kami..

Majlis berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan..

Syukur Ya Rabbi...




Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Kenangan Tarawih, Mawlid dan Qiyam di KISWAH 3 Ogos 2013

$
0
0

Assalamualaikum semua..

Tarawih dan qiyam di kiswah. Syukur Ya Rabbi berlangsung dgn penuh semangat..
Terima kasih kepada Ustaz Zuhaidi, Cikgu Adib, Ustaz Shami, Ustaz Anas, Ustaz Hanif dan Saudara Saiful yang sudi hadir...



Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Dalil Dibolehkan Ziarah Kubur Pada Pagi Hari Raya 1 Syawwal - Fadhilatus Shaykh Dr Atiyyah Saqqar (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al Azhar)

$
0
0

Hukum ziarah kubur pagi raya

ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA.

Soalan: "Ramai dari kalangan orang Islam menitik berat tentang ziarah kubur selepas menunaikan sembahyang hari raya, adakah disyariatkan ziarah seperti ini?"
Jawapan Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar) Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

Di sebut di dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:"Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya:"Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya:"Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat".

Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu. Sebahagian ulama' menyatakan bahawa pahalanya lebih besar pada hari-hari yang tertentu seperti hari Khamis dan Jumaat, kerana kuatnya hubungan di antara roh-roh dengan si mati. Pendapat ini tidak mempunyai dalil yang kuat.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kita fatwa ini:

[Di dalam perbincangan tersebut, pendapat yang dipilih oleh sheikh ialah hukumnya makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram. NAMUN: Sekiranya perkara tersebut tidak wujud pada wanita tersebut (bimbang meratapi dan meraung); maka dibolehkan. Malah jika wanita tersebut bertambah zuhud, keimanan dan mengingati akhirat, serta membantu mengenang jasa si mati pada hari raya lantas memohon rahmat bagi mereka maka mendapat pahala pula. –ringkasan dari fatwa tersebut oleh penterjemah]

Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia ditegah.

Ini kerana takziah selepas dari mayat dikebumikan lebih dari tiga hari adalah dilarang, samada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih padanya.[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh 'Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647]

SUMBER: I LUV ISLAM..
Viewing all 1409 articles
Browse latest View live