Quantcast
Channel: Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah Syariyyah'
Viewing all 1409 articles
Browse latest View live

Secebis Kisahku... Sempena Hari Guru 16 Mei 2014

$
0
0
Terima kasih kerana mengajarkan diriku erti kehidupan...


Tinggal ni je hadiah
hmmm...
Terima kasih kepada yang masih ingat kpd ustaz dan mengucapkan 'Selamat Hari Guru' Sempena 16 Mei ni walaupun ustaz tahu ustaz bukanlah yang terbaik. Banyak kesilapan ketika mendidik anak2 murid dulu khususnya pada tahun 2007 dan 2008 di Maahad SAS Jengka. Sepermukiman ustaz di bumi barakah Maahad SAS bagaikan musafir yang singgah sebentar menuju ke destinasi hakiki. Banyak kenangan manis dan pahit di sana.

Ternyata yang PAHIT adalah lebih banyak dari yang manis. Cuma yang manisnya adalah begitu bermakna kerana Allah pertemukan ustaz dengan anakanda2 yang soleh dan solehah yang sebahagian kecil darinya masih istiqamah dengan madrasah tarbiyyah ustaz seperti Ahmad Farihi Ramli,Muhammad Soafian NaharMohd Nazrin Abdul Razak Alkahafi Ibnu Mansor,Atif Afwan Kauthar Ahmad Akmal Idris dll, tetapi kebanyakannya adalah anak2 didik yang masih menentang ustaz kerana jalan yang ustaz pilih.Itulah hikmah terbesar dalam hidup ustaz apabila dipertemukan dengan anak2 murid yang setia dan mulia.

Sesampainya di sana, ustaz masih ingat, kedapatan suara2; yang berkempen bagi memberhentikan bacaan Yaasin malam Jumaat di maahad, dan menyatakan bahawa puasa di bulan Rajab dan Syaaban adalah bahlol dan juhala'. Mawlid dan qasidah pula dikatakan memuja dan menyembah nabi macam Nasrani. Sehingga seorang guru agama berkelulusan Al Azhar, begitu benci dan marah dengan bacaan mawlid nabi; melontar buku Mawlid Ad Daibaie di depan semua pelajar ketika kuliah; menggambarkan kebenciannya yang luar biasa kepada amalan bermawlid... Selain isu ini, isu kebojokan akhlak pelajar dan salah laku pendidik juga menjadi agenda dakwahku...

Maka, Allah permudahkan ustaz untuk mendekati anak2 murid 'hepi go lucky' (tak la masalah sangat; tapi kaki enjoy) lalu terbentuklah satu kumpulan mawlid yang dianggotai mereka yang dicop guru lain sebagai bermasalah. Sehingga dipanggil membuat persembahan di majlis PPD, kenduri kahwin etc.Mereka begitu bahagia berqasidah sehinggalah ada tangan2 dari hati yang busuk mula menyebarkan fitnahnya sehinggalah akhirnya dibubarkan dgn istilah diserap ke kelab kesenian.....

Sebenarnya ustaz telah bersumpah untuk tidak menjejakkan kaki lagi di bumi Maahad SAS kerana luka yang terguris di hati ini masih berdarah lagi .. (ayat jiwang). Ustaz masih ingat wajah2 yang berjuang siang dan malam agar ustaz keluar dari Maahad khususnya dari mereka yang berfahaman W*****i dan pendengki. Mereka berusaha menamatkan riwayat profesion ustaz sebagai warga pendidik. Ustaz memaafkan mereka, tetapi sikap buas mereka menghina, menfitnah dan menabur kebencian sesama muslim khususnya kepada guru2 ustaz, itu Allah Taala sahaja yang menanganinya.

Namun itu tidak mematahkan semangatku. Ustaz telah berusaha sedaya upaya mendidik dan metarbiyyah anak2 bangsa walaupun gaji hanya RM300 ldan kemudiannya dinaikkan ke RM700 lebih sahaja. Diperuntukkan gaji bukan ijazah kepada ustaz walaupun ustaz sudah berijazah. Dek kerana sayangkan maahad ustaz sanggup menerima gaji yang sangat tidak berpadanan dengan kelulusan demi anak2 murid yang tercinta. Sudahlah begitu, siang dan malam menjaga anakanda2 di asrama pula dan mengajar pelajaran STAM yang memang sukar......Sehingga akhirnya, fitnah bersilih fitnah, kebencian bersilih kebencian, maka cerita pelbagai cerita yang tidak baik ini heboh seantero Pahang dan dijadikan bahan tajuk teks khutbah pada minggu tersebut..Dilucutkan jawatan sebagai Penasihat Badan Dakwah dan Kelab Mawlid yang diasaskan telah dibubar..Malah satu sumber menyatakan bahawa terdapat tangan2 ghaib yang menyorok Surat Tawaran ustaz untuk menyambung pelajaran dalam Diploma Pendidikan di IPG Kuala Lipis.

Lalu terbuanglah ustaz dari bumi Jengka kembali ke bumi Temerloh yang permai.. Maka, ke mana2 ustaz pergi khususnya di wilayah Jengka dipandang hina lagi dina, tak tahu mana nak letak muka..

Hidup pun agak susah apabila nak memulakan perjuangan KISWAH ni sebab pada awalnya tida siapa pun yang nak datang ke pusat rawatan kami. Orang ramai masih tidak kenal atau percaya. Namun ustaz usaha dan dengan izin Allah; sehingga dakwah KISWAH ini tersebar ke seluruh pelusuk negara Malaysia. Sehingga kini KISWAH mempunyai cawangan di Johor, Perak dan Selangor...dan mudah2an masih berkembang Insya Allah.

Namun segalanya ada hikmah. Ustaz sudahpun berhenti menjadi pendidik secara formal.. dan menjadi pendidik dalam ruang lingkup yang lebih besar...KISWAH adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya kepada hidupku. KISWAH ini diberikan namanya oleh guru ustaz al Marhum Shaykh Raja Ashman, yang merestui perjuangan ustaz di dalam wadah rawatan Islam di Malaysia. Ustaz dipertemukan dengan anak2 murid yang 'lebih tua' dan mereka menjadi buah hati ustaz sehingga kini seperti Ustaz Zuhaidi Mukapit,Aredeep Haron , Saiful Hazreen Shahiri , Muhammad Rafi, Ust Miljan As-sandakani, Us Abu Faidh Hanif, Anas Al Wasi'ie , Shami HusinSyihan Al-QarniLuqman HakimJurus D' KiswahAzhari AbidinMohd Junaidi Sahlan, dll..Terima kasih pula ustaz kepada mereka yang berusaha 'membuang' diriku dahulu.. Kalau tidak kerana asbabnya begitu, maka masakan akan tercapai ke tahap begini...

Namun untuk kembali ke institusi madrasah, ustaz dah takde hati....

Jauh disanubariku, berdoa sempena hari guru ini, sambil memandang baki 2 hadiah hari guru yang pernah dihadiahkan anak muridku, agar Allah memuliakan semua para asatizah dan tullabul ilmi yang benar ikhlas menuntut ilmu akhirat. Dalam masa yang sama berdoa agar penyebaran fahaman W******i kepada anak2 Sekolah Menengah Agama Pahang dibendung serta membawa masuk ustaz2 Arab W*****i ke SMAN dihentikan..

Kembalilah ke pendidikan Islam yang sebenar dengan merujuk kepada pembawakan ulamak2 muktabar, berpegang kepada tradisi Ahlus Sunnah wal Jamaah yang kita anuti sejak zaman berzaman.Berakidah al Asyairah wal Maturdiyyah. Bermazhab Syafie.. dan bertasawwuf.... Selamatkan SMAN Negeri Pahang yang tercinta dari fahaman W*****i.

Terima kasih Maahad Sas kerana mengajarku butiran2 kecil mutiara pengalaman kehidupan yang sementara...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Al Habib Muhammad bin Alwi bin Abbas al Maliki Mengatakan Berkenaan Ayat Ruqyah / Ayat Manzil / Ayat 33

$
0
0


Mengenai bacaan Ruqyah / Mazil / Ayat 33..:
Dalam kitab Syaraful Ummah al Muhammadiyyah; Prof. Dr. Al Muhaddith al Habib Muhammad bin Alwi bin Abbas al Maliki seorang ulamak Mekah yang terkenal berkata:
“Sesiapa yang membaca di malam hari 33 ayat ini, dia tidak akan mendapat gangguan binatang buas, perompak dan dengan izin Allah , dirinya, keluarga dan hartanya akan diselamatkan Allah sehingga ke pagi hari.”

Kenangan Seminar Kamus Tafsir Mimpi KISWAH di Teluk Intan 24 Mei 2014

$
0
0
Assalamualaikum semua..

Pada 24hb Mei 2014 yang lalu; Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Teluk Intan telah mengadakan Seminar Diskusi Buku Kamus Tafsir Mimpi Kaedah al Quran terbitan KISWAH PUBLISHING HOUSE.

Syukur Ya Rabbi sambutan yang menggalakkan dari warga Perak. Majlis diterjah oleh kempen BN; Dato Hishamuddin Tun Hussein sempat menghadiri majlis kami dan memberi sepatah dua kata..

Apapun terima kasih kepada semua ahli KISWAH khususnya Us Nazri al Hafiz yang berusaha menjadikan program kali ini satu realiti.. dengan izinNya jua.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..












Rawatan Ruqyah Perdana di Surau Taufiqiyyah Teluk Intan Pada 24 Mei 2014

$
0
0

Assalamualaikum semua..

Pada 24hb Mei 2014 yang lalu; Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Teluk Intan telah program RAWATAN RUQYAH PERDANA kepada warga Perak..

Syukur Ya Rabbi sambutan yang menggalakkan dari warga Perak. Kami mengharapkan semua pesakit yang menerima rawatan pada hari tersebut disembuhakan Allah Taala.. Insya Allah. 

Apapun terima kasih kepada semua ahli KISWAH khususnya Us Nazri al Hafiz yang berusaha menjadikan program kali ini satu realiti.. dengan izinNya jua.

Kepada sesiapa yang berminat mengadakan program RAWATAN RUQYAH PERDANA di tempat anda; bolehlah menghubungi kami.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..






Kenangan Majlis ZIkir, Mawlid Daibaie, Diskusi Handbook Ruqyah dan Pengijazahan di Teluk Intan Pada 24hb Mei 2014

$
0
0
Assalamualaikum semua..

Pada 24hb Mei 2014 yang lalu; Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Teluk Intan telah program Majlis ZIkir, Mawlid Daibaie, Diskusi Handbook Ruqyah dan Pengijazahan kepada warga Perak..

Syukur Ya Rabbi sambutan yang menggalakkan dari warga Perak. Kami mengharapkan semua peserta dapat mengamal dan mempraktikkan amalan Ruqyah Syariyyah ini dengan sehabis baik... Insya Allah. 

Apapun terima kasih kepada semua ahli KISWAH khususnya Us Nazri al Hafiz yang berusaha menjadikan program kali ini satu realiti.. dengan izinNya jua.

Kepada sesiapa yang berminat mengadakan program program yang sama di tempat anda; bolehlah menghubungi kami.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..




Sultan Perak Mangkat Tanggal 28 Mei 2014

$
0
0
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun ..AL FATIHAH 

Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Ayahanda kepada Shaykh kita yang dimuliakan Allah a Marhum Shaykh Raja Ashman  iaitu Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.
Sekian. 

28hb Mei,2014
1.38pm

Majlis Pemakaman Sultan Perak dan Majlis Zikir di Istana Kuala Kangsar 29 Mei 2014

$
0
0
Al Fatihah kepada Mawlana Shaykh Nazim al Haqqani, Shaykh Raja Ashman Shah as Sulthani dan Tuanku Seri Paduka Sultan Azlan Shah 
Tuanku Seri Paduka Sultan Perak; Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Mawlana Shaykh Nazim

Mawlana Shaykh Adnan bersama Tuanku Seri Paduka Sultan Perak; Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.. Kelihatan Dr Afifi al Akiti yang mengetuai bacaan Tahlil dan Shaykh Zainuddin yang mengetuai bacaan Khatam di Zawiyah Kuala Lumpur.. —
Tuanku Permasuri Bainun
Al Fatihah

Beribu-ribu kupu2 di perkarangan istana.. Solat Isyak dan Tahlil di Istana Bukit Chandan...

Ramalan dan tanda2 tidak satu pun saya sentuh dalam posting ini.. tiada kepercayaan khurafat dan karut marut yang saya timbulkan (rujuk di atas) ... cuma menceritakan fenomena yang terjadi di istana perak ketika majlis.. itu saja...


Mekar Naqshi di bawah lembayung Kesultanan Perak Darul Ridzuan; di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Sultan Dr Raja Nazrin Shah; kekanda kepada guru kami; Al Marhum Shaykh Raja Ashman Shah as Sulthani...

Majlis zikir bersama Shaykh Adnan Qabbani di istana Perak pada malam pemakaman baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah..
 
Bersama anakanda al Marhum Shaykh Abd Rahman al Lidani al Muliki Kedah; Ustaz Nazim



Kiswah Dijemput Berceramah Isra' Wal Mi'raj Di TNB Temerloh pada 2 Jun 2014

$
0
0



Kiswah Dijemput Berceramah Isra' Wal Mi'raj Di TNB Temerloh pada 2 Jun 2014.






Sambutan Nisfu Syaaban KISWAH Pada 12 Jun 2014 Di Kg Tengah Temerloh, Pahang

$
0
0

Assalamualaikum semua.. Jemputan kepada semua ahli NGO; Sambutan Nisfu Syaaban dan Mawlid Bulanan KISWAH di rumah bonda saya di Kg Tengah. Khamis Malam Jumaat depan bersamaan 12 Jun 2014.... Jemput seisi keluarga...

Diskusi Buku Kamus Tafsir Mimpi Di Masjid Sg Abong Muar; Pada 7 Jun 2014

$
0
0

Assalamualaikum semua..

Diskusi Buku Kamus Tafsir Mimpi Di Masjid Sg Abong Muar; Pada 7 Jun 2014. Atas jemputan KISWAH JOHOR @ P Indah Syariat Haji Abdul Hafiz dan Kak Chil Sallizah serta keluarg Ruqyah Muar..:






Mawlid Daibaie, Bacaan Hizib Bahar di Perniagaan Indah Syariat, Muar pada 7 Jun 2014

$
0
0


Mawlid Daibaie, Bacaan Hizib Bahar di Perniagaan Indah Syariat, Muar pada 7 Jun 2014.Atas jemputan KISWAH JOHOR @ P Indah Syariat Haji Abdul Hafiz dan Kak Chil Sallizah serta keluarg Ruqyah Muar..:









Rawatan Ruqyah Perdana di Masjid Jamek Sg Abong Muar Johor Pada 8 Jun 2014

$
0
0

Assalamualaikum semua..
Rawatan Ruqyah Perdana di Masjid Jamek Sg Abong Muar Johor Pada 8 Jun 2014.
Atas jemputan KISWAH JOHOR @ P Indah Syariat Haji Abdul Hafiz dan Kak Chil Sallizah serta keluarg Ruqyah Muar..:

Sesiapa yang berminat untuk mengadakan sesi ruqyah perdana di tempat masing2 boleh hubungi no ini (0179065131; Ustaz Hayat Kiswah al Mawlawi)








Mawlid Daibaie dan Wida' dengan Keluarga KISWAH Johor @ Perniagaan Indah Syariat Pada 8 Jun 2014

$
0
0

Assalamualaikum semua..

Mawlid Daibaie dan Wida' dengan Keluarga KISWAH Johor @ Perniagaan Indah Syariat Pada 8 Jun 2014. 

Atas jemputan KISWAH JOHOR @ P Indah Syariat Haji Abdul Hafiz dan Kak Chil Sallizah serta keluarg Ruqyah Muar..:








 ..dan selepas itu kami ke Air Terjun Ledang...Untuk merehatkan minda dan jiwa... Singgah sebentar sebelum pulang ke Temerloh...




 Ukhuwwah Fillah Syafaat ke Syurga...

Kuliah Jumaat dan Khutbah Jumaat di Masjid Felda Ulu Jempol 13 Jun 2014

$
0
0
Kuliah Jumaat dan Khutbah Jumaat di Masjid Felda Ulu Jempol pada 13 Jun 2014




Kuliah Maghrib Ambang Ramadan di Surau Abi 17 Jun 2014

$
0
0

Kuliah Maghrib Di Ambang Ramadhan Di Surau Abi Paya Pulai..Ramai sungguh jemaah di sana..Seronok....

Ceramah Perdana Ambang Ramadan Di Felda Wilayah Jaya Mempaga Pada 19 Jun 2014

$
0
0
Ceramah Perdana Ambang Ramadan Di Felda Wilayah Jaya Mempaga Pada 19 Jun 2014..

Ceramah Perdana Di Felda Jaya Mempaga..Terima kasih ats Jemputan Ustaz Mohd Nazrin Abdul Razak....

Orang di sana semua ramah tamah.. terima kasih kerana sudi hadir mendengar... 

kenangan terindah.. 

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!




Makan2 Ukhuwwah Ambang Ramadan NGO KISWAH Pada 21 Jun 2014

$
0
0
Kenangan terindah..makan2 ambang Ramadhan keluarga kiswah. Ukhuwwah Fillah Syafaat Ke Syurga... Steamboat plus Bbq..suasana kekeluargaan dan harga berpatutan.. Memang BEST!!!! —







Gotong royong Ramadhan Kedai Kiswah Makanan Sunnah Temerloh Pada 22 Jun 2014.

JADUAL BULAN RAMADAN PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH 1435H

$
0
0


Ucapan di bulan Ramadan.. "Ramadan Kareem.. Jawabnya "WAllahu Akram.."

Assalamualaikum semua..


Masya Allah wal Hamdulillah!!!!



Sedar tak sedar, kita akan di dalam bulan Ramadan al Mubarak!


BULAN AL QURAN

BULAN CAHAYA

BULAN IJTIMA'

BULAN FUQARA'

BULAN TAUBAT DAN RUJU'

BULAN DOA DAN I'TIKAF

BULAN FUQARA' DAN DUAFA'

BULAN IHSAN

BULAN MUNAJAT DAN TASABIH

BULAN KEJAYAAN

BULAN DAKWAH DAN IRSYAD

BULAN TARAWIH DAN QIYAM

BULAN IFTHAR DAN SAHUR

BULAN MALAIKAT DAN SALAM

BULAN GANJARAN

BULAN SABAR DAN SIYAM (PUASA)

BULAN KEBAHAGIAAN

BULAN KUNCI SYURGA

BULAN KASIH SAYANG

BULAN KEAMPUNAN

BULAN KEAMANAN

BULAN IHSAN

BULAN ANAK2 YATIM

BULAN RAHMAT

BULAN KELEPASAN DARI NERAKA

BULAN YANG MANA DITURUNKAN DI DALAMNYA AL QURAN

... itulah nama2 yang diberikan oleh para solehin.. Masya Allah! Hebatnya bulan Ramadan.

Pesta Ibadah pun bermula!

Sehubungan dengan itu, jadual KISWAH Temerloh pada bulan Ramadhan:

JADUAL KISWAH BULAN RAMADAN

Pusat Rawatan KISWAH tidak akan mengadakan rawatan pada bulan puasa KECUALI pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu pada pukul 10 pagi - 11 pagi sahaja . Jangan datang lebih dari pukul 11 pagi.

Isnin – Rabu dibuka pada pukul 10 pg – 3 ptg untuk pembelian barang rawatan dan untuk membuat temujanji sahaja. Tiada rawatan!

Telefon dahulu sebelum datang !
____________________________________________________________

JADUAL IMAM DI SURAU TAMAN JAYA 3
6,13,20,27,28 Ramadhan bersamaan 4,11,18,25,26 Julai 2014

TERAWIH DAN ZIKIR DI PR KISWAH
5,12,19,26 Ramadhan bersamaan 3,10,17,24 Julai 2014

MOREH SURAU
13 Ramadan bersamaan hari Jumaat 11 Julai 2013:
Moreh selepas terawih di Surau Taman Jaya 3

IFTHAR JAMIE, TERAWIH DAN MAWLID BULANAN KISWAH
14 Ramadan bersamaan hari Sabtu 12 Julai 2014
Ifthar Jamaie bersama ahli keluarga KISWAH, terawih, tausiyyah Ramadan dan Maulid Ramadan khusus untuk ahli-ahli KISWAH....

.. dan satu majlis buka puasa, akikah, mawlid, solat terawih di teratak Mevlevi rumah Ustaz Hayat akan diberitahu nanti..

JADUAL SYAWWAL:

6 Syawwal bersamaan 2 Ogos 2014

OPEN HOUSE KISWAH
Open House KISWAH di Teratak Mevlevi; AHLI KELUARGA US HAYAT dan USTAZAH MULIA KARIMAH; dan Gathering KISWAH - Maulid Maahad - Ex Badan Dakwah Sek Agama Negeri Pahang. Semua dijemput hadir!

Semoga kerja buat ini diredhai ALLAH jua...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!

Marhaban Ya Ramadan 1435H, Ramadan Kareem Dari KISWAH dan Qasidah Ahlan Ya Ramadan...

$
0
0

Ramadan Kareem Dari Keluarga KISWAH 1435


Ahlan Ya Ramadhan...


Saya dan warga KISWAH mengucapkan RAMADHAN KAREEM kepada semua khususnya kepada ahli keluarga KISWAH di mana sahaja anda berada...

Semoga kita berjaya mengharungi ujian2 keimanan sepanjang madrasah Ramadhan ini. Semoga kita beroleh ijazah TAQWA sebagai hasil kepada amal soleh yang dilakukan ikhlas kepada Allah Taala sepanjang bulan yang mulia ini.

Semoga kita berjaya mendapat mutiara2 berharga yang hanya didapati di bulan Ramadhan untuk menjana kekuatan keimanan bagi menempuh ujian2 mendatang di 11 bulan yang berikutnya...

Di dalam satu hadis Nabi saw menyatakan bahawa jika baik prestasi Ramadhan seseorang pada tahun itu maka 11 bulan yang mendatang juga akan baik kerana Ramadhan adalah penghulu buat sekalian bulan... Baiklah penghulu maka baiklah 'anak2 buahnya'.

Semoga kita menjadi orang yang bertakwa dan menjadi INSAN RABBANI yang sejati...

Berkata ulamak; apakah maksud insan rabbani":

Merekalah: " Allazina Yamsyuna fil ard bi qulubi ahlil akhirah"

Iaitu mereka yang berjalan di atas bumi sedangkan hatinya dinisbahkan kepada akhirat; hatinya adalah hati AHLI AKHIRAT.

Saya memohon jasa baik dari semua ahli keluarga KISWAH dan sahabat2 seperjuangan semua agar berdoa khusus di bulan Ramadhan ini agar Allah mengurniakan kecekalan, semangat juang yang tinggi, terhindar dari fitnah akhir zaman, dan keikhlasan luar biasa untuk meneruskan perjuangan memartabatkan perjuangan perubatan ISLAM yang sebenar di negara kita..

Saya juga mohon doa dari anda semua agar semua pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah dapat bersatu hati memartabatkan perubatan Islam di negara kita berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiada kita miliki.....

Ini kerana ribath ukhuwwah di kalangan mereka yang berjuang di jalanNYA merupakan prasyarat utama untuk mendapat NUSRAH; pertolongan dariNYA...

Semoga Allah mengurniakan kita nikmat MALAM LAILATUL QADAR....

AmIn Ya RABB....

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....

Bersama2 Muhasabah dan Muaqabah diri untuk Muraqabah menuju Allah...:



Amalan setiap hari Ramadan:

Membaca Bait2 Syair ini Sejam Sebelum Azan Maghrib Setiap Hari Sejam Sebelum Berbuka Puasa...

Di dalam Kitab Futuhat karya Sheikh Adnan:

Qasidah Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Ramadhan,(selamat datang wahai bulan Ramadhan) dibaca selepas solat Asar; dari 1 - 15 Ramadhan...


Qasidah al Wada' al Wada' Ya Syahra Ramadhan, (selamat tinggal wahai bulan Ramadhan) dibaca selepas Asar... dari 15 - 29 / 30 Ramadhan.....



RAMADAN DUA ZAMAN



RAMADAN DUA ZAMAN



Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya



puasa sekadar lapar dan dahaga

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Viewing all 1409 articles
Browse latest View live