Quantcast
Channel: Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah Syariyyah'
Viewing all 1409 articles
Browse latest View live

Al Fatihah Kepada al Marhum Shaykh As Syahid Said Ramadan Al Buti

$
0
0



PANDANGAN HABIB UMAR BIN HAFIDZ TERHADAP KEMATIAN SYEIKH AS SYAHID DR SA'ID RAMADHAN AL-BUTI..:-)



Tanggapan ini beliau sampaikan dalam mauidzah hasanah Juma’at pagi tanggal 22 Mac 2013 selepas ziarah di Jannatul Zanbal Tarim, Hadramaut Yaman.

“Rasulullah Saw. melarang umatnya membunuh kafir dzimmi (kafir yang dilindungi). Barangsiapa yang membunuh mereka maka ia tidak akan masuk surga. Begitulah balasan bagi yang membunuh kafir dzimmi. Lalu bagaimana balasan orang yang membunuh muslim yang sholeh lagi alim?

Dalam Hadits dikatakan bahwa siapa yang meninggal dalam keadaan belajar ilmu untuk meninggikan Islam, maka ia wafat dengan martabat yang sangat dekat dengan para Anbiya’ di dalam surga. Apalagi jika orang itu wafat dalam keadaan mengajar untuk meninggikan Islam.

Asy-Syahid Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouthiy wafat di waktu yang mulia, yakni di antara Maghrib dan Isya di malam Juma'at (21/3), di tempat yang mulia, yakni masjid dan di majlis yang mulia, yakni majelis ilmu.”



As Shaykh Buti dimakamkan disebelah Makam Sultan Salahuddin al Ayubi yang terletak bersebelahan Jami' Umawi yang dikatakan ulamak sebagai tempat turunnya Nabi Isa di Manaratul Baida' Jamie Umawi yang terletak di Bandar Dimasyq Syam Asy Syarif..





P/S: Al fatihah kepada al marhum shaykh as syahid said ramadan al buti.teringat selalu solat jemaah bersama beliau di jami' labu sahah syamdin di kaki jabal qasiyun dimasyq syam as syarif.rumah naqshibendi kami tak jauh dr rumah al marhum dan jami' buti...

Permohonan Sumbangan Untuk Zawiyah (Surau @ Madrasah) KISWAH di Pahang

$
0
0

Bersedekah Adalah Kaedah Penyembuhan Paling Berkesan!

Untuk pengetahuan semua,

Sebahagian dari pendapatan KISWAH melalui seminar, kem, jualan cd, ebook dan handbook dimasukkan ke:

TABUNG PERUBATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH UNTUK MENYEMPURNAKAN FASILITI, KELANCARAN PERGERAKAN, AKTIVITI PERUBATAN, PEMBINAAN PUSAT RAWATAN BARU DAN MUSOLLA KISWAH, TEMERLOH PAHANG.

Ustaz Hayat al Azhari: 017 9065131

Ini adalah perancangan jangka masa panjang kami untuk merealisasikan pembinaan pusat rawatan dan surau  di tanah yang bakal dibeli nanti..

Sebarang sumbangan untuk pembangunan pusat rawatan baru dan surau KISWAH bolehlah disampaikan oleh pembaca yang budiman dalam bentuk derma, zakat, wakaf, kafarah dan nazar bolehlah menghubungi pihak KISWAH atau terus ke akaun:

No Akaun Bank Islam: 06028020377680

Kenangan Tahlil, Mawlid di Istana Perak dan Ziarah Makam Shaykh Raja serta Tok Temong 30 Max 2013

$
0
0


Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 30mac yg lalu kami diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghadiri majlis tahlil dan mawlid di istana iskandariah kuala kangsar perak. Tetamu yg hadir adalah Shaykh Bahauddin Adil dari Cyprus Turki. Kiswah juga sempat menziarahi makam guru mulia Tuanku Shaykh Raja Ashman bersama para jemaah dan berzikir bersama Sh Bahauddin. Setelah solat Asar di Masjid Ubudiyyah kami bergerak ke Makam Tok Temong untuk sesi ziarah bersama Shaykh Bahauddin... Kemudian barulah kami pulang ke Temerloh.. Allahu Haq.. Hidayah seluruh alam...

.

Sehari Bersama NGO KISWAH "Diskusi Buku Rahsia Air Jampi dan Pengijazahan serta Rahmah Mesra Bersama AJK Tertinggi KISWAH" Teluk Intan 13 April 2013

$
0
0

"Diskusi dan Pengijazahan Buku Rahsia Air Jampi.."


Nama program: 



Sehari Bersama NGO KISWAH "Diskusi Buku Rahsia Air Jampi dan Pengijazahan serta Rahmah Mesra Bersama AJK Tertinggi KISWAH"  / Ijtima' KISWAH Sungai Besar dan Teluk Intan.

Tarikh: 13 April 2013

Hari: Sabtu

Tempat: Sekolah Rendah Islam Teluk Intan..



Yuran: RM 40 (Termasuk Makan dan Harga Buku: Rm16)

Pendaftaran NGO KISWAH:


Yang layak menyertai KISWAH adalah sesiapa yang pernah menyertai paling kurang 3 seminar KISWAH sebelum ini.


Daftar: Rm30

Yuran Tahunan: rm10

Sticker: RM 10

Jumlah: RM50


Tentatif:

8 am: Kehadiran peserta

9 am: Mula diskusi buku

10.30: Rehat dan Makan pagi

11am: Penerangan berkenaan NGO KISWAH dan aktiviti

12am: Soal Jawab

1 pm: Konlusi dan Pengijazahan.

1.30pm: Solat Zuhur dan Makan Tengahari

1.45pm: Majlis Selawat dan al Wada'

2.00pm: Pendaftaran NGO...

SILA HUBUNGI: USTAZ NAZRI KISWAH AL HAFIZ: 019 2360579

DITANGGUH ke 25 Mei 2013!!! Ijtima' KISWAH dan Diskusi Buku Rahsia Air Jampi

$
0
0

"Diskusi dan Pengijazahan Buku Rahsia Air Jampi.."

Nama program: 


Sehari Bersama NGO KISWAH "Diskusi Buku Rahsia Air Jampi dan Pengijazahan serta Rahmah Mesra Bersama AJK Tertinggi KISWAH"  / Ijtima' KISWAH Sungai Besar dan Teluk Intan.


Tarikh: 25 Mei 2013

Hari: Sabtu


Tempat: Sekolah Rendah Islam Teluk Intan..


Yuran: RM 40 (Termasuk Makan dan Harga Buku: Rm16)



Pendaftaran NGO KISWAH:


Yang layak menyertai KISWAH adalah sesiapa yang pernah menyertai paling kurang 3 seminar KISWAH sebelum ini.


Daftar: Rm30


Yuran Tahunan: rm10

Sticker: RM 10

Jumlah: RM50


Tentatif:

8 am: Kehadiran peserta

9 am: Mula diskusi buku

10.30: Rehat dan Makan pagi

11am: Penerangan berkenaan NGO KISWAH dan aktiviti

12am: Soal Jawab

1 pm: Konlusi dan Pengijazahan.

1.30pm: Solat Zuhur dan Makan Tengahari

1.45pm: Majlis Selawat dan al Wada'

2.00pm: Pendaftaran NGO...

SILA HUBUNGI: USTAZ NAZRI KISWAH AL HAFIZ: 019 2360579

Bera Bersolawat - Masjid Triang dan Felda Tembangau 13 dan 20 April 2013

$
0
0



Assalamualaikum semua.. 
Insya Allah Program "BERA BERSOLAWAT" akan diadakan pada: 

13 April 2013: Di Masjid Triang 

dan 20 April 2013: Di Masjid Felda Tembangau. 

Bersama kumpulan mawlid ' Mevlevi Mawlid Ensemble ' dari Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang bernaung di bawah Mufti Pahang. 

Majlis diserikan dengan bacaan Mawlid ad Daibaie, dan tausiyyah dari ulamak jemputan; (Ustaz Mustafa Kamal di Felda Tembangau). 

Semua Muslimin Muslimat dijemput hadir... Sebarkan...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Rawatan Islam Untuk Sakit Hidung - Resdung, Polip atau Hidung Berdarah - Minyak Zaitun, Cuka Anggur dan Garam Bukit

$
0
0



Sakit hidung- sumbat, resdung, polip hidung – minyak zaitun, garam bukit, bawang

Qurani:
1)Hidung berdarah- 44 Surah Hud:

2) Resdung dan polip: Pegang hidung dengan tangan kanan dan bacakan 82 Al Isra’ dan 2-3 at Tholaaq:

Tabie:

1)      Masukkan secawan air ruqyah yang disuam bercampur sesudu garam bukit ke dalam hidung dua kali sehari; bangun tidur dan sebelum tidur secara INSTINSYA’.
2)      Baki air tersebut digosok di hidung, muka dan telinga serta tempat gatal.
3)      Masukkan minyak zaitun ke dalam hidung; titiskan atau letakkan di jari kelingking dan jolokkan dalam-dalam ke lubang hidung dua kali sehari selepas masukkan air garam suam tadi.
4)      Sapu minyak zaitun di hidung dan muka yang gatal.
5)      Panaskan minyak zaitun dengan cili. Titiskan beberapa titik ke atas kapas dan sumbat ke hidung sebelum tidur pada setiap malam.
6)      Banyakkan pengambilan vitamin c asli. Seperti lemon dan roselle. Setiap hari.
7)      Jus bawang setiap hari sebiji untuk ketumbuhan dalam hidup (polip).





Jualan Buku "Soal Jawab Ilmu Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah' Al Asyairah wal Maturidiah Keluaran KISWAH PUBLISHING HOUSE. RM25 Termasuk Kos Penghantaran

$
0
0
Syukur Ya Rabbi.. Keluaran terbaru KISWAH PUBLISHING HOUSE. Keluaran kelima. Sebahagian dari jualan buku ini akan dimasukkan ke dana pembinaan surau@madrasah (zawiyah) Pahang... Insya Allah...

BUKU YANG HANGAT DI PASARAN!!! WAJIB DIBELI!!! RM25 termasuk kos penghantaran!!! Judul buku fizikal: “Soal Jawab Yang Wajib Dalam Ilmu Tauhid; Akidah al Asyairah wal Maturidiah. Islamic Heavenly Knowedge Series.” 

 Harga RM 25 termasuk penghantaran kepada pembeli persendirian.

Tulisan Hayat KISWAH al Mawlawi. Terbitan KISWAH PUBLISHING HOUSE. Mukasurat: 156. No ISBN: 978 – 967- 11307 – 2 -8. Bank in ke akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD) atau Bank Islam: 14162020055479(MULIATI BINTI SAAD). Sesudah bank in sms ke no 017 9750665 (Ustazah Mulia Karimah) atau 017 9065131 (Ustaz Hayat). Sila TAIP: (tajuk buku, kuantiti, nama penuh, alamat lengkap, no. H/P).  Email:kiswahpublishing@gmail.com/. Terus dihantar ke rumah anda dalam masa 5 hari bekerja! Atau beli di online store kami: 


Pekedai buku:
1)      Cash and carry.
2)      Minimum 10 Buku – 20 Buku.
3)      Potongan untuk pekedai: 30% dari harga RM17

Pengedar buku:
1)      Cash and carry.
2)      Minumum 20 buku.
3)      Potongan untuk pengedar buku terpilih: 50% dari harga RM17

Sila hubungi Ustaz Hayat di talian: 017 9065131 atau Brother Syihan Zaik: 014 5444349. Untuk pembelian secara online. Sila ke:


Muqaddimah Penyusun
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang

1 Ramadhan 1426–4hbOktober 2005
5.05pm. KubriKuhafahTanta,Mesir

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang memberikan ku kekuatan  untuk  mempersembahkan kitab 'Pati Faridatul Faraid' ke dalam bentuk dan gaya bahasa yang serba baru.

Selawat dan salamku kirimkan kepada Baginda Rasulullah yang menjadi sumber inspirasi utama dalam menegak kebenaran yang semakin dinodai dewasa ini.

Pati Faridatul Faraid'merupakan sebuah nukilan 'talkhis'  atau  ringkasan  daripada  kitab  Tauhid  Melayu yang amat penting dalam survival akidah masyarakat Melayu sejak sekalian lama; "Faridatul Faraid",Sheikh Ahmad al-Fathani.

Kitab tulisan Tuan Guru Nik Abdullah al Jambawi ini merupakan mutiara berharga dalam perkembangan ilmuTauhid di dalam dunia Melayu.

Kemudian, dengan sedikit usaha yang diberi kekuatan dari Allah ini maka daku dengan menyedari segala kelemahan dirinya berusaha menyusun kembali isi-isi kitab ini dalam bentuk soal jawab agar dapat memudahkan lagi pemahaman pembaca.
Gayabahasa lama telahku rombak ke dalam bahasa Melayu yang moden agar dapat memaksimumkan lagi kefahaman pembaca semua.

Sudah menjadi satu perkara yang lazim di kalangan masyarakat Melayu, apabila membahaskan berkenaan ilmu Tauhid al Asyai’rah wal Maturidah sudah terpahat di hati mereka bahawa ilmu Tauhid adalah pelajaran yang susah dan sulit. Sedangkan pelajaran Tauhid adalah mudah dan menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila silibus pelajaran ini disusun dengan gaya yang mudah difahami.

Daku berharap agar usaha kerdil ini dapat mengeluarkan minda para muslimin di negara kita dari kepompong yang mengatakan bahawa pelajaran Tauhid ini adalah sukar difahami dan membosankan.

Diharap juga usaha yang tidak seberapa ini dapat menjadi sumbangan berharga buat masyarakat Melayu yang berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekalian lama dalam memahami  aliran  akidah  mereka  yang  sahih lantas mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam khasnya di Malaysia yang semakin dicemari.

Moga-moga penulisan dengan pendekatan bahasa yang serba moden ini dapat memberi kefahaman dan  kepuasan  yang  maksima  kepada  pembaca  dalam ilmuTauhid.Dalam masa yang sama semangat dan roh asal 'PatiFaridatulFaraid' masih dikekalkan seumpama yang diinginkan pengarang asal.


Isi Kandungan
BAB 1:    Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Al Asyai’rah Wal Maturidiah                  
BAB 2:    Ulamak Al Asyairah Wal Maturidiah                                        
BAB 3:    Pelajaran Tauhid Di Alam Melayu                                          
BAB 4:    MuqaddimahPelajaran Tauhid: Islam, Iman, Ihsan                   
BAB 5:    Hukum Akal Dan Persoalan Taqlid                                                     
BAB 6:    Mengenal Allah Dan Sifat-sifatnya                                          
BAB 7:    Mengenal Perutusan Nabi Dan Yang Berkaitan Dengannya     
BAB 8:    Kalimah Syahadah dan Penerangannya                                  
BAB 9:    Mengenal Para Malaikat                                                   
BAB 10:   Mengenal Kitab-kitab Allah                                                         
BAB 11:   Semulia-mulia Makhluk dan Perihal Rasulullah r                       
BAB 12:   Kemaslahatan Yang Enam Serta Isu Riddah                             
BAB 13:    Perkara Samiyyat Dan  Alam Akhirat                                  




Tangguh ke 11 Mei 2013: Diskusi Kitab Soal Jawab Ilmu Tauhid dan Perjumpaan NGO KISWAH di Temerloh Pahang

$
0
0


Assalamualaikum semua... 


MAJLIS PENGAJIAN DISKUSI KITAB TELAH DITUNDA 

KE TARIKH 11 MEI 2013

Semua dijemput untuk menghadiri:

Diskusi kitab: "Soal Jawab Yang Wajid Dalam Ilmu Tauhid Pegangan al Asyairah wal Maturidiah"


karya Ustaz Hayat al Mawlawi dan Perjumpaan NGO Pertubuhan pengamal 


Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

Tarikh: 11 Mei 2013

Masa: 8 pagi - 12 Tengahari

Tentatif:


9 pagi: Pendaftaran dan pembelian buku.

9.30 pagi: Mula diskusi buku

11.00 pagi: Bacaan Mawlid Nabi SAW

11.30 pagi: Sambungan diskusi dan kesimpulan.

12.30 tengahari: Sambungan solawat dan wada'

REHAT

2.30 petang: PERJUMPAAN NGO KISWAH

4.30 petang: Solat Asar

Pembacaan kitab, Solawat dan Wada'


Yuran: FREEEE!!!! (makan ditanggung NGO KISWAH)

CUMA BAWA RM UNTUK BUKU iaitu RM17.


Golongan sasaran:

Semua muslimin dan muslimat sekitar Temerloh dan ahli NGO KISWAH khususnya dari Temerloh, Bentong, Kuantan, Johor, Selangor, Perak dan tidak ketinggalan Kuala Kubu Baru...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!





Muqaddimah Penyusun
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang

1 Ramadhan 1426–4hbOktober 2005
5.05pm. KubriKuhafahTanta,Mesir

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang memberikan ku kekuatan  untuk  mempersembahkan kitab 'Pati Faridatul Faraid' ke dalam bentuk dan gaya bahasa yang serba baru.

Selawat dan salamku kirimkan kepada Baginda Rasulullah yang menjadi sumber inspirasi utama dalam menegak kebenaran yang semakin dinodai dewasa ini.

Pati Faridatul Faraid'merupakan sebuah nukilan 'talkhis'  atau  ringkasan  daripada  kitab  Tauhid  Melayu yang amat penting dalam survival akidah masyarakat Melayu sejak sekalian lama; "Faridatul Faraid",Sheikh Ahmad al-Fathani.

Kitab tulisan Tuan Guru Nik Abdullah al Jambawi ini merupakan mutiara berharga dalam perkembangan ilmuTauhid di dalam dunia Melayu.

Kemudian, dengan sedikit usaha yang diberi kekuatan dari Allah ini maka daku dengan menyedari segala kelemahan dirinya berusaha menyusun kembali isi-isi kitab ini dalam bentuk soal jawab agar dapat memudahkan lagi pemahaman pembaca.
Gayabahasa lama telahku rombak ke dalam bahasa Melayu yang moden agar dapat memaksimumkan lagi kefahaman pembaca semua.

Sudah menjadi satu perkara yang lazim di kalangan masyarakat Melayu, apabila membahaskan berkenaan ilmu Tauhid al Asyai’rah wal Maturidah sudah terpahat di hati mereka bahawa ilmu Tauhid adalah pelajaran yang susah dan sulit. Sedangkan pelajaran Tauhid adalah mudah dan menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila silibus pelajaran ini disusun dengan gaya yang mudah difahami.

Daku berharap agar usaha kerdil ini dapat mengeluarkan minda para muslimin di negara kita dari kepompong yang mengatakan bahawa pelajaran Tauhid ini adalah sukar difahami dan membosankan.

Diharap juga usaha yang tidak seberapa ini dapat menjadi sumbangan berharga buat masyarakat Melayu yang berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekalian lama dalam memahami  aliran  akidah  mereka  yang  sahih lantas mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam khasnya di Malaysia yang semakin dicemari.

Moga-moga penulisan dengan pendekatan bahasa yang serba moden ini dapat memberi kefahaman dan  kepuasan  yang  maksima  kepada  pembaca  dalam ilmuTauhid.Dalam masa yang sama semangat dan roh asal 'PatiFaridatulFaraid' masih dikekalkan seumpama yang diinginkan pengarang asal.


Isi Kandungan
BAB 1:    Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Al Asyai’rah Wal Maturidiah                  
BAB 2:    Ulamak Al Asyairah Wal Maturidiah                                        
BAB 3:    Pelajaran Tauhid Di Alam Melayu                                          
BAB 4:    MuqaddimahPelajaran Tauhid: Islam, Iman, Ihsan                   
BAB 5:    Hukum Akal Dan Persoalan Taqlid                                                     
BAB 6:    Mengenal Allah Dan Sifat-sifatnya                                          
BAB 7:    Mengenal Perutusan Nabi Dan Yang Berkaitan Dengannya     
BAB 8:    Kalimah Syahadah dan Penerangannya                                  
BAB 9:    Mengenal Para Malaikat                                                   
BAB 10:   Mengenal Kitab-kitab Allah                                                         
BAB 11:   Semulia-mulia Makhluk dan Perihal Rasulullah r                       
BAB 12:   Kemaslahatan Yang Enam Serta Isu Riddah                             
BAB 13:    Perkara Samiyyat Dan  Alam Akhirat                                  




Rawatan Islam untuk Sakit perut / cirit / senak/ buasir – minyak zaitun, madu, cuka kurma, daun jambu batu

$
0
0
Sakit Perut.... Boleh berlaku kepada sesiapa saja..


Sakit perut / cirit / senak/ buasir – minyak zaitun, madu, cuka kurma, daun jambu batu

Qurani:
1)      Bacalah ayat-ayat Syifa’ yang enam sambil memegang perut setiap kali selepas solat dengan niat kesembuhan. Ayat tersebut adalah:

1) Surah at Taubah ayat 14:
2) Surah Yunus ayat 57:
3) Surah an Nahl ayat 69:
4) Surah al Is’ra’ ayat 82:
5) Surah as Syua’ara’ ayat 80:
6) Surah Fussilat ayat 44:

2)      Baca al Fatihah, Kursiy dan 3 Qul sambil memegang perut dengan niat kesembuhan. Niat semasa “Iyyaka….” dan “Wala Yauduhu hifzuhuma”…

Tabie:
1) Minum air panas yang dicampur dengan pudina.
2) Goreng Habbatus sawda’, campur dengan madu dan makan atau campur dengan air ruqyah.
3) Minum satu sudu minyak zaitun. Atau campur dengan air ruqyah
4) Tumbuk 4 bunga cengkih. Campur dengan susu panas + madu/ gula.
5) Makan buah tin 3 – 7 biji setiap pagi sejam sebelum makan apa2 waktu pagi.
6) Buasir: Minyak zaitun diminum 2 kali sehari dan sapu di tempat buasir.
7) 1 sudu Cuka kurma + 1 sudu madu+air ruqyah minum sejam sebelum makan apa waktu pagi dan sebelum tidur.
8) Jus delima + air ruqyah minum sejam sebelum makan apa waktu pagi dan sebelum tidur.
9) Rebus pucuk daun jambu batu dan minum 3 kali sehari.
10) Minum susu segar dan yogurt setiap hari. Pagi dan sebelum tidur.


UNTUK MENDAPATKAN BAHAN2 SUNNAH YANG TELAH DIRUQYAH KHUSUS UNTUK RAWATAN PENYAKIT INI SILALAH KE ONLINE STORE KAMI: WWW.DEANJUNGKISWAH.COM



Kenangan Mawlid Di Felda Tembangau Dua Pada 20 April 2013

$
0
0






Assalamualaikum...

Sambutan Mawlidurrasul saw di Felda Tembangau Dua pada 20 April 2013 lalu berlangsung dengan penuh warna warni dan ceria... Kami diberi peluang orang penduduk Pejabat Agama Islam Daerah Bera dan pihak masjid untuk mengepalai bacaan mawlid daibaie pada majlis tersebut.

Majlis diserikan dengan kedatangan al Fadhil Ustaz Amin Talib; Timb Qadi Daerah Temerloh. Pentausiyyah jemputan adalah Tuan Guru Ustaz Mustafa Kamal dari Terengganu


Terima kasih kepada semua ahli keluarga Mevlevi Mawlid Ensemble yang bersusah payah untuk hadir dan menjayakan program kali ni..

Tak lupa kepada semua penduduk taman yang telah bergotong royong sejak awal lagi untuk menyediakan jamuan dan tempat untuk kami bertandang pada malam yang penuh bersejarah tersebut..

Dua ekor kambing yang menjadi korban pada malam tersebut adalah sumbangan dari Tuanku Raja Eleena Sultan Azlan Shah bagi pihak istana Perak sempena hari keputeraan Sultan Perak. Korban tersebut diniatkan  untuk kesembuhan baginda Sultan Perak dan semua kerabat baginda.

Semoga segala usaha kerdil ini layak dinilai Allah Jalla Jalaluh..


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Jemputan Mawlid di Felda Sebertak 27 April 2013; Program Bera Bersolawat

$
0
0



Assalamualaikum semua.. 

Insya Allah Program "BERA BERSOLAWAT" akan diadakan pada: 

27 April 2013: Di Masjid Felda Sebertak 

Bersama kumpulan mawlid ' Mevlevi Mawlid Ensemble ' dari Pertubuhan Pengamal 

Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang bernaung di bawah Mufti Pahang. 


Majlis diserikan dengan bacaan Mawlid ad Daibaie dan Diselang-selikan dengan Tazkirah Ringkas. 


Semua Muslimin Muslimat dijemput hadir... Sebarkan...

Lirik Qasidah QUL YA AZIM dan Maksudnya

$
0
0

Guru kami menyarankan kami untuk membaca qasidah ini setiap hari selepas Solat Asar: Hayatilah maksudnya..:


Qul Ya Azim قل يا عظيم

اللهم صل وسلم وبارك وعليه وعلى آله

قُلْ يَا عَظِيمْ أَنْتَ الْعَظِيمْ *** قَدْ هَمَّنَا هَمٌّ عَظِيمْ
وَكُلُّ هَمٍّ هَمَّنَا *** يَهُونُ بِاسْمِكَ يَا عَظِيمْ

Katakan : Wahai Yang Maha Agung, Engkaulah Yang Maha Agung
Kami telah terkena oleh masalah yang sangat berat
dan setiap hal yang menjadi perhatian kami yang kami khawatirkan
menjadi mudah dengan menyebutkan Nama Mu Wahai Yang Maha Agung,


أَنْتَ الْقَدِيمْ قَدٍيمٌ فِي الْأَزَالْ *** أَنْتَ الْلَطِيفْ لَطِيفٌ لَمْ تَزَلْ
عَنَّا أَزِلْ مَا قَدْ نَزَلْ *** مِنْ فَادِحِ الْخَطْبِ الشَّدِيدْ

Engkaulah Yang Maha Awal, Wahai Yang Maha Awal
Engkaulah Yang Maha Lembut, Tanpa Berkesudahan Maha Lembut
Angkatlah dari kami apa yang telah menimpa kami
Dari kesukaran gawat dan rumit


حَيٌّ قَدِيمْ قَدِيمٌ وَاجِدٌ (الله) *** بَاقِي غَنِي غَنِيٌ مَاجِدٌ (الله)
عَدْلٌ إِلَهْ إِلَهٌ وَاحِدٌ *** بَرٌّ رَؤُوْفْ رَؤُوفٌ بِالْعَبِيدْ

Wahai Yang Maha Hidup Maha Awal dan Maha Royal dalam Memberi
Maha Kekal, Maha Kaya Sangat Kaya dan Maha Anggun
Yang Maha Adil Allah, Yang Maha Esa Allah
Yang Maha Baik Maha Lembut, Maha Lembut kepada abdi Nya


وَلِلنَّبِي صَلِّي يَاسَلاَمْ *** مِنَّا صَلاَةٌ مَعْ سَلاَمْ
يَوْمَ الْجَزَا امْنَحْنَا سَلاَمْ *** مِمَّا نَخَافٌ يَا مَجِيدْ

(Dan Salam bagi Nabi Wahai Yang Maha Selamat(Salam
Dari kami kirimkan pujian dan salam;
Karuniakan kepada kami keselamatan pada Hari Pengadilan,
Dari segala hal yang kami takut Wahai Yang Maha Anggun



وَالْأَلِ وَالصَّحْبِ الْأُسُودْ *** سَادُو بِهِ بِيضًا وَسُودْ
لاَ سِيَّمَا مَا حِي الْحَسُودْ *** سَيْفُ الْإِلَهِ ابْنُ الوَلِيدْ

Dan singa dari Family dan Shahabat,
Menjadi ahli melalui Dia tak dipandang apakah putih atau hitam
Khususnya seorang yang melibas habis seluruh bala tentara yang besar;
Pedang ALLAH, putera Al Waleed


4 Perancangan Musuh Islam Utk Melemahkan Islam Melalui Cara Memerangi Tasawwuf - TG Ustaz Mustafa Kamal

$
0
0
TG Ustaz Mustafa Kamal dan Tuan Gurunya Shaykh Yusuf al Hasani anak murid kepada Sh Abd Qadir Isa yang terkenal seantero dunia tersebut..

- 4 Rancangan Yahudi Melemahkan Tasawwuf dan Tarekat lantas Membawa Kepada Kemusnahan Islam- 

Pada perang salib dahulu, mereka musuh-musuh Islam memperoleh kekalahan yang cukup besar, dengan Kehebatan Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tenteranya yang menimbulkan rasa gerun pihak Musuh.

Oleh kerana kekalahan yang besar itu, Maka mereka orang-orang Yahudi pun berkumpul bermensyuarat untuk mengkaji apakah yang menyebabkan Ummat Islam ketika itu kuat. Setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan, kajian demi kajian dijalankan, Maka mereka sepakat untuk memisahkan 4 perkara daripada diri Ummat Islam supaya kelak Ummat Islam akan berada dibawah kaki mereka.

Yang pertamanya mereka memutuskan untuk memisahkan Dzikir daripada Ummat Islam supaya Ummat Islam hari ini berjuang tanpa dzikir dan sudah semestinya perkara yang tidak disertai dengan dzikir itu adalah perkara yang sia-sia.

Keduanya mereka memutuskan untuk memisahkan Ilmu Tassawuf/ Tarekat daripada diri Ummat Islam kerana mereka mendapati Raja dan tentera-tentera yang hebat-hebat daripada kalangan Ummat Islam dahulu semuanya adalah daripada golongan Sufi/Tarekat, antaranya Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengambil tarekat Naqshbandi daripada gurunya Shaykh Shamsuddin Al-Wali, Salahuddin Al-Ayubi dan banyak lagi pahlawan-pahlawan Islam yang merupakan Ahli Sufi.

Ketiganya, mereka memutuskan untuk memisahkan Qasidah-qasidah/ Syair-syair yang memuji Allah dan Baginda Rasulullah saw daripada diri ummat Islam. Hal ini kerana tentera-tentera Islam dahulu sebelum pergi berperang mereka akan mendendangkan qasidah-qasidah serta syair-syair yang yang menaut hati mereka kepada Allah, menaut hati mereka kepada Rasulullah saw, dan membangkit semangat Juang didalam diri mereka yang menyebabkan mereka menjadi seperti Singa yang Gagah apabila dimedan perang.

Keempatnya pula mereka memutuskan untuk memisahkan Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam, hal ini kerana kesemua pejuang-pejuang Islam dahulu itu berjuang kerana Rasulullah saw, bahkan tidak pernah walau sedetik sekalipun mereka berpisah daripada Rasulullah saw(melupakan Rasulullah saw). Dengan memisahkan Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam maka mereka akan memperoleh kemenangan yang paling besar.

Umumnya diketahui bahawa Rasulullah saw itu merupakan Qudwatul Hasanah(Contoh yang agung lagi terbaik). Apabila terpisahnya Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam maka Ummat Islam akan menjadi terhuyung-hayang tanpa arah tuju, tanpa contoh atau ikutan. Hal ini telah terbukti dizaman ini, Ummat Islam hari ini lebih mencontohi tokoh-tokoh barat daripada Baginda Rasulullah saw, Ummat Islam lebih mencontohi artis-artis, pelakon-pelakon, dan penyanyi-penyanyi daripada mencontohi Baginda Rasulullah saw.

Maka sekarang telah berjayalah keempat-empat perancangan mereka ini untuk meletakkan Ummat Islam dibawah telapak kaki mereka, cuba lihat di Institusi pengajian seperti sekolah-sekolah atau universiti-universiti yang ada kini, Fakulti Pengajian Usuluddin ada, Fakulti Pengajian Syariah ada, tapi Fakulti Pengajian Tasawuf tiada. Kemanakah hilangnya? Sedangkan Iman, Islam dan Ihsan itu adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Kini telah terlaksana keempat-empat perkara ini, dan dan Ummat Islam hari ini tersangat-sangatlah lemah.


` TUAN GURU USTAZ MUSTADA KAMAL.. BATU BUROK TERENGGANU.

Kenangan Mawlid di Felda Sebertak 27 April 2013

$
0
0






Assalamualaikum...

Sambutan Mawlidurrasul saw di Felda Sebertak pada 27 April 2013 lalu berlangsung dengan penuh warna warni dan ceria... Kami diberi peluang orang penduduk Pejabat Agama Islam Daerah Bera dan pihak masjid untuk mengepalai bacaan mawlid daibaie pada majlis tersebut.

Majlis diserikan dengan kehadiran warga Sebertak yang ramah dan mesra

Terima kasih kepada semua ahli keluarga Mevlevi Mawlid Ensemble yang bersusah payah untuk hadir dan menjayakan program kali ni..

Tak lupa kepada semua penduduk taman yang telah bergotong royong sejak awal lagi untuk menyediakan jamuan dan tempat untuk kami bertandang pada malam yang penuh bersejarah tersebut..

Semoga segala usaha kerdil ini layak dinilai Allah Jalla Jalaluh..



Buku "Soal Jawab Yang Wajib Dalam Ilmu Tauhid" Di Pesta Buku Antarabangsa; Ruang Legar 3; Booth 2375

$
0
0
Menimba secebok  pengalaman sementara di persinggahan

ASSALAMUALAIKUM sahabat seperjuangan semua...

Buku "Soal Jawab Yang Wajib Dalam Ilmu Tauhid" Di Pesta Buku Antarabangsa; Ruang Legar 3; Booth 2375 - Crescent News


Cendiakawan KISWAH... :)

Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang memilikinya

Syukur Ya Rabbi... Masih baru dalam dunia penerbitan. Allah Taala izinkan untuk masuk di dalam  Pesta Buku

Director Syarikat bertarekat Qadiri..
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Buku Soal Jawab Ilmu Tauhid 
boleh dibeli secara online di:

3 Jenis Mimpi ~ Nantikan buku; Kamus Tafsir Mimpi Kaedah Al Quran keluaran KISWAH PUBLISHING HOUSE 2013

$
0
0
Safe-dreaming....

Apakah  jenis mimpi?

Mimpi mempunyai  3 jenis:

1. Gambaran yang diciptakan Allah Isebagai alamat kepada perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.
Sabda Rasulullah r:
Tidaklah tinggal apa-apa dari makam nubuwwah itu kecuali ‘al Mubassyirat’. Maka bertanya para sahabat kepada baginda r, “Apakah dia ‘al Mubassyirat’ itu?” Sabdanya: “Mimpi yang benar.” (Hadis Riwayat Bukhari Nombor 6990)

2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.

Diriwayatkan dari Ibn Majah dari Auf bin Malek t dari Rasulullah r bersabda:
“…dan di antara mimpi tersebut adalah berasal dari perkara yang mendapat perhatiannya semasa jaga maka dia terlihat (terbawa-bawa) di dalam tidurnya.
                                                                                (Riwayat Ibn Majah)

3.      Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya.

Sabda Nabi Muhammad r:
“Sesungguhnya mimpi itu ada tiga jenis: Salah satunya adalah permainan dari syaitan khusus untuk menyedihkan anak Adam.”

Apa dalilnya?
Nabi r bersabda: “Mimpi tiga jenis:
1)      Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.
2)      Mimpi menyedihkan daripada syaitan.
3)      Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.”
                                                                                (Riwayat Syaikhani)

3 Jenis Mimpi ~ Nantikan buku; Kamus Tafsir Mimpi Kaedah Al Quran keluaran KISWAH PUBLISHING HOUSE 2013

Imam Hasan al Banna Pengikut Tarekat Syazuliah Husofiah Mesir

$
0
0



Kitab Muzakkiraat Ad-Dakwah wad Daiyyah karangn AsSyeikh Hassan AlBanna,bab ini menceritakn kehidupan beliau dalam Thoriqah Al-Husofiyah AsSyaziliyah dan Mursyid bliau Syeikh AsSaiyid Abdul Wahhab Al-Husofy ra
http://www.daawa-info.net/books1.php?id=1396&bn=135&page=10

Telah menulis Imam Hasan al Banna:

“Saya masih terikat hati (kasih) kepada Sheikh Hasanain Al-Husofi (mursyid kepada ayahndanya) sehinggalah saya masuk sekolah Al-Mu’allimin Al-Awwaliyyah di Damanhur, di mana tempat tersebut dikebumikan Sheikh dan kuburnya, begitu juga tiang-tiang asas masjid di sekitarnya yang masih belum siap ketika itu, namun sudah siap setelah itu. Saya sentiasa mengikut Hadrah (majlis zikir) di masjid At-Taubah pada setiap malam. Lalu saya bertanya tentang muqoddam (wakil mursyid) Al-Ikhwan (murid-murid tarikat tersebut), maka saya kenal, beliau seorang yang soleh, iaitulah Sheikh Besyuni seorang hamba soleh lagi peniaga.
 
Berjiwa sufi dan senantiasa berpakaian sunnah...
“Lalu saya mengharapkan agar beliau mengizinkan saya untuk mengambil bai’ah daripadanya (tarbiah sufiyyah) lalu beliau turuti lalu berjanji untuk membawaku kepada As-Sayyid Abdul Wahab (Al-Husofi, iaitu anaknda Sheikh Hasanain Al-Husofi) jika sekiranya beliau hadir. Saya tidak pernah sampai pada waktu ini (waktu ambil bai’ah tersebut), mengambil bai’ah daripada mana-mana murobbi tarikat dengan bai’ah rasmi (sebelum itu), walaupun saya mencintai kebaikan mereka

 Lalu beliau berkata lagi:

Maksudnya: “Ketika As-Sayyid Abdul Wahab –semoga Allah memberi manfaat dengannya- hadir ke Damanhur, lalu teman-teman memberitahuku tentangnya, maka saya teramat gembira dengan berita tersebut. Maka saya pun pergi kepada ayahnda (gelaran bagi murobbinya) Sheikh Besyuni dan saya harap agar beliau membawaku berjumpa Sheikh (Al-Husofi) lalu beliau melakukannya. Pertemuan itu berlaku setelah solat Asar pada 4 Ramadhan tahun 1342 Hijrah, jika tidak salah dalam ingatan. Hari itu bertepatan dengan hari Ahad di mana saya mula mengambil At-Tariqah Al-Husofiyyah As-Syaziliyyah daripadanya lalu beliau memberi izin untuk membaca wirid dan wazho’ifnya (yang mana wazho’if ini dikenali sebagai Ma’thurat oleh Hasan Al-Banna ketika menubuhkan Ikhwan).

Terbiyyah ruhiyyah menjadi keutamaan...
 [Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah: 15+

SUMBER FB: Ustaz Hanif al Husofi (Abu Faidh)

Jangan Lupa Diskusi Kitab Tauhid dan Perjumpaan NGO KISWAH Esok 11 Mei 2013

$
0
0




Assalamualaikum semua...



Semua dijemput untuk menghadiri:

Diskusi kitab: "Soal Jawab Yang Wajid Dalam Ilmu Tauhid Pegangan al Asyairah wal Maturidiah" karya Ustaz Hayat al Mawlawi dan Perjumpaan NGO Pertubuhan pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, Temerloh Pahang

20 APRIL 2013
Masa: 8 pagi - 12 Tengahari

Tentatif:

9 pagi: Pendaftaran dan pembelian buku.
9.30 pagi: Mula diskusi buku
11.00 pagi: Bacaan Mawlid Nabi SAW
11.30 pagi: Sambungan diskusi dan kesimpulan.
12.30 tengahari: Sambungan solawat dan wada'

REHAT

2.30 petang: PERJUMPAAN NGO KISWAH
4.30 petang: Solat Asar
Pembacaan kitab, Solawat dan Wada'

Yuran: FREEEE!!!! (makan tengahari sendiri - bebas) 
CUMA BAWA RM UNTUK BUKU iaitu lebih kurang RM20.

Golongan sasaran: 
Semua muslimin dan muslimat sekitar Temerloh dan ahli NGO KISWAH khususnya dari Temerloh, Bentong, Kuantan, Johor, Selangor, Perak dan tidak ketinggalan Kuala Kubu Baru...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Ahlan Wa Marhaban Ya Syahra Rajab al Murajjab 1434H

$
0
0



Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Rajab al Murajjab,  Antara sambutannya adalah malam Laylatur Raghaib (Jumaat malam pertama Rajab; malam di mana benih Rasulullah saw lekat di rahim bondanya) dan Malam Isra' Mi'raj (27 Rajab)...

Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Nabi saw bersabda,""Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku".


KEUTAMAAN BULAN RAJAB


Beberapa hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menunjukkan kelebihan bulan rajab:

1.Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2.Bulan Rajab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3.Kemuliaan Rajab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4.Puasa sehari dalam bulan Rajab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5.Puasa 3 hari pada bulan Rajab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6.Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7.Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8.Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).

9.Puasa sehari dalam bulan Rajab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi
minum air dari syurga.

10.Bulan Rajab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rajab, wajib bagi yang ber puasa itua.Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11.Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12.Siapa bersedekah dalam bulan Rajab, seperti bersedekah seribu dinar,dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan -

"Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab/ Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa."

- "Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TA’AALA."

"Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat."

- "Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan."

- "Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga."

- "Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah(hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.:

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini ?"

Maka berkata Jibrilb a.s.:

"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca sholawat untuk engkau dibulan Rajab ini".

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM melalui sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’AALA.
Lalu saya bertanya kepada beliau:

"Ya Rasulullah mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda :

"Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka". Sabda beliau lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur".
Tsauban bertanya:

"Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?" Sabda beliau: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat karena ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi:
"Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku". "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Satu lagi hadist yang cikup menggetarkan hati, Rasulullah bersabda :

"Apa bila datanghari kiamat berserulah malaikat 'Dimanakah orang orang yang suka menghormati bulan Rajab?' lalu keluarlah sebuah NUR dan malaikat Jibril dan Mikail 'Alaihi salam mengikuti Nur itu, serta merta   mengikutlah orang orang yang menghormati bulan Rajab, kemudian mereka melewati Sirthatal Mustaqim secepat kilat yang menyambar. Bersujudlah mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta'aala karena bersyukur dapat melewati Sirath dengn selamat, lalu Allah Berfirman : "Wahai orang orang yang suka menghormati bulan rajab, angkatlah kepalamu pada hari ini, kamu telah menunaikan sujud dunia pada bulanku, sekarang berangkatlah menuju tempat tempatmu "

Allah Subhanahu Wa ta'aala.Malaikat Jibril dan Mikail Alaihi Salam memanggil orang orang yang menghormati bulan rajab dengan RAJABIYYUUN...

Sahabat Ku,mengenai riwayat siapa dan dhoif atau tidaknya hadist diatas Wallahu'alam Bishowab..

Yang Paling penting adalah Inna a'maalu Bin Niiyah.., Niat kita berpuasa, berdzikir, juga bersholawat Nabi, semata mata hanya ingin lebih dekat lagi dengan Allah, ingin berbuat amal kebajikan se banyak banyaknya, ingin bisa memasuki surgaNya, ingin mendapat Rahmat dan Ridhonya, kalau saya pribadi ingin sekali menjadi HambaNya dipanggil RAJABIYYUUN, Insya Allah saya akan memakai moment ini untuk lebih dekat dan dekat lagi kepada Allah....

Perkara diterima atau tidaknya amal Ibadah Kita Bukanlah manusia yang menentukan, tapi itu semua adalah Hak Allah semata...

Semoga bermanfaat....

PS : 1 Rajab Jatuhnya hari Senin Tanggal 3 Jun 2011

oleh :Al habib Abu Bakar Alhabsyi




JAWAPAN TERHADAP KEMUSKILAN FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB .

oleh Ikhram Almukminun pada pada 05hb Jun 2011 pukul 7.00 ptg
Disusun oleh : Tuan Guru Abd. Raof Al Bahanjee, Al A’liyy.
Pondok Jalan Padang Ragut. Seri Repah . Tampin . Negeri Sembilan.
Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan hadis- hadis yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka melarang atau sekurang- kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke9 hijrah, kira-kira 4 ratus tahun dahulu. Maka , persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai Ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3 tahun , cuba membongkar semula masalah ini , atas alasan Maudhu dan Dhaif hadisnya. Maka tak sunat puasa di bulan Rejab?. Apakah maksud sebenar beliau ini ?, Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif hadisnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rajab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rajab , maka sudah termasuk kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin. Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadilat berpuasa dibulan Rajab, beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebar –luas fahaman songsang tersebut.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:

“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rajab adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya. Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Makamah Syariah melarangnya / menegahnya daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang seperti nya dengan hukuman Takzir yang sungguh- sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rejab. Seolah- olahnya Faqih (ahli fekah ) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadis yang diriwayatkan yang menyatakan:
“Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul/ pusingan daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rajab”.

Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadis yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syekh Abu Omar bin Sollah (Ibnu Solah) dan menegah engkau dari (meriwayatkannya) , kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu. Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa Izzudin bin Abdis Salam, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadis terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rajab dan membesarkan bulannya al Haram , maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rajab?.

Izzudin Abdis Salam menjawab “ Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa . Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan ( Istinbat hukum- hukum syarak).

Maka bertapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum –hukum syariah, tidak pernah ada dikalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah S.W.T kerana berdasarkan beberapa hadis yang sohih yang menyungguh- nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi S.A.W, berfirman Allah Taala “ Tiap –tiap anak Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa.

Dan sabda Nabi S.A.W “ Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada Bau Kasturi”.

Dan lagi sabda Nabi S.A.W : “ Sesungguhnya seafdal- afdal puasa ialah puasa saudaraku Daud A.S . Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”. Adalah Nabi Daud A.S berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan- bulan yang selain daripada bulan rejab dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rajab lain dari apa yang berlaku disisi puak Jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rejab. Maka Daud A.S dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut Jahiliyah . Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya , melainkan apabila terdapat Tegahan Syariat padanya , atau terdapat dalil-dalil Kaedah syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut adalah seorang yang Jahil yang terserlah
kejahilannya. Tidak halal (yakni Haram lah ) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan , seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah Masyhur memahami , mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah s.w.t dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum yaitu dalil-dalil hukum.

Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada Ahli fekah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah s.w.t. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya , nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”. Tammat fatwa Izzuddin Abdis Salam.

Seterusnya Ibnu Solah telah menjelaskan maksud Fatwa Izzuddin Abdis Salam dalam kitab Fatawa Kubro tersebut di muka surat yang sama.

“Dan telah mengisyaratkan oleh Izzuddin Abdis salam bahawa memadai pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan apa yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadis yang menunjjukkan atas Fadhilat/Kelebihan puasa
Yang Mutlak (yakni yang umum, yang menyeluruh) dan

Yang Khusus kelebihannya pada BULAN-BULAN HARAM.

Yaitu seperti hadis Abi Daud dan Ibnu Majah dan hadis riwayat selain mereka, daripada Al Bahili : Aku datang kepada Rasulullah s.a.w maka aku bertanya : Wahai Rasulullah Saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang pertama. Baginda bersabda : Mengapa Ku lihat tubuhmu kurus kering?. Jawab Al Bahili : Ya Rasulullah , tidak ada benda yang Saya makan disiang hari yang Saya makan melainkan (dimakan ) pada malam sahaja. Bertanya Nabi s.a.w : Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?. Aku menjawab: Wahai Rasulullah , sesungguhnya Saya kuat (berpuasa). Bersabda Nabi s.a.w: Berpuasalah dibulan sabar , dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah dibulan-bulan Haram” .

Pada satu riwayat lain ” Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan. Berkata Al Bahili : Tambahi lagi sesungguhnya mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi s.a.w : Berpuasalah dua hari . Berkata Al Bahili : Tambahilah lagi maka sesungguhnya daku mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi s.a.w : Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah diBULAN HARAM dan tingallkanlah , puasalah dibulan Hazam dan tinggalkanlah . Bersabda Rasululah s.a.w sambil menghimpunkan jari-jari nya yang tiga kemudian melepaskannya”.

Para Ulamak telah mengulas bahawa Nabi s.a.w menyuruh Al Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati kesusahan nya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal hadis pertama, dan sesiapa yang tidak kepayahan (yakni mampu) , maka berpuasa keseluruhan adalah satu Fadhilat/ kelebihan.

Perhatikanlah: Perintah Nabi s.a.w dengan berpuasa diBULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang pertama dan Perintah Nabi s.a.w berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang kedua nescaya engkau akan dapati NAS PERINTAH BERPUASA REJAB atau BERPUASA SEBAHAGIAN DARINYA KERANA REJAB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BULAN-BULAN HARAM bahkan ia adalah yang paling Afdhal dari semua bulan-bulan haram.
Maka perkataan Orang Jahil tersebut ” Bahawa Hadis-hadis berpuasa diBulan Rejab adalah Maudhu’ , jika dia memaksudkannya menyeluruh pada segala hadis-hadis yang menunjjuk kepada berpuasa Rejab menurut umumnya hadis dan khususnya , itu sebenarnya adalah satu pendustaan dan pembohongan pula dari si Jahil tersebut. Hendaklah dia bertaubat (dari fahamannya dan meyebar-luaskan fatwanya kepada orang ramai) kalau tidak mau juga, diTakzir lah atasnya dengan Takzir yang sungguh-sungguh oleh pemerintah (lantaran fahaman songsangnya).

Disatu sudut memang betul juga terdapatnya banyak hadis-hadis yang maudhu ,yang dusta berkenaan Puasa Rejab walhal Para Imam kita tidak langsung berpegang dengan hadis-hadis maudhu’ tersebut sebagai dalil
Sunat Puasa Rejab. Jauhlah mereka nak bertindak sebegitu. Sebenarnya Hanya lah mereka berdalilkan sepertimana yang telah Saya nyatakan dan terdapat lagi hadis-hadis dan dalil-dalil yang lain.
Sebahagiannya sepertimana terdapatnya hadis-hadis yang popular misalnya hadis yang :

1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas , beliau telah memarfu’kannya : )
. إن في الجنة نهرًا يُقال له رجب، ماؤه أشدُّ بياضًا من اللبن وأحلَى من العسل، مَن صام يومًا من رجب سَقاه اللهُ من ذلك النّهر
“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu”.

(2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya beliau memarfu’kannya:
مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات ومن زاد زاده الله . ٍ

Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun , dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam , dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa 15 hari , menyerulah penyeru dari langit “ Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru , dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.

Kemudian Al Baihaqi telah menaqalkan daripada Gurunya Al Hakim bahawa hadis yang pertama diatas adalah statusnya Mauquf atas Abi Qilabah seorang Tabi’in. Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada Seseorang (yaitu Para Sahabat) yang perkataannya diambil pula daripada Tuan yang menerima Wahyu ( yaitu Rasulullah s.a.w).

Mengenai Hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah pula “ Bahawa Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Sya’ban “. Beliau berkata Isnad hadis tersebut Dhaif .
Tammat komentar Ibnu Solah.

Syekh Al Allamah Ibnu Hajar menjelaskan pula fungsi hadis-hadis Dhaif yang berkisar dalam masalah Puasa Rejab ini. Beliau menulis di muka surat 5 .

“ Sesungguhnya Para Ulamak telak menetapkan bahawa hadis-hadis Dhaif , Mursal , Munqothi’ , Mu’dhal dan Mauquf diamalkan dengannya pada Fadho ilil A’mal atas dasar IJMAK . Maka tidak syak lagi bahawa berpuasa Rejab adalah sebahagian daripada Fadho ilil A’mal . Memadailah padanya dengan hanya berdalilkan hadis-hadis Dhaif dan yang sepertinya, tiadalah diingkari demikian itu melainkan orang-orang yang JAHIL YANG TERPEDAYA”.
Tammat.

Walaubagaimana sekalipun selain daripada kenyataan Al Allamah Ibnu Hajar mengenai memadai untuk beramal Puasa di bulan Rejab dengan beriktibar kepada hadis-hadis yang tersebut sekalipun ada yang dhaif, beliau juga menjelaskan lagi mengenai terdapatnya Hadis-hadis yang bertaraf Sahih sebagai pegangan Para Ulamak yang memfatwakan Puasa Rejab adalah SUNAT. Kita lihat dimuka surat 22 beliau menulis :
“Bahawa yang sebenar adalah perkataan dari orang yang berkata : Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis , Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram . Sesiapa yang berkata sebaliknya ,yaitu “Tidak sunat” dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa , maka orang tersebut salah dan berdosa.  Kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya adalah bertaraf seorang Awam
{Ulasan : Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yg cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.}

Dimuka surat 23 beliau menyebut lagi:

“Sepertimana satu hadis yang telah mesahihkannya oleh Ibnu Khuzaimah daripada Usamah , “Saya berkata ( Wahai Rasululah , Saya tidak pernah melihat Tuan berpuasa sepanjang bulan daripada seluruh bulan sepertimana Tuan berpuasa Bulan Sya’ban?. Baginda s.a.w menjawab : Demikian itu adalah satu bulan yang lalai manusia daripadanya yang berada antara Rejab dan Ramadhan . Maka bulan Sya’ban adalah satu bulan yang diangkat didalamnya semua amal kehadrat Rabbil a’lamin. Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa )”.

Maka mengisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w tatkala melengkungi oleh dua bulan yang Agung yaitu Bulan Rajab dan Ramadhan ,yang mana maknusia berlumba-lumba sibuk ( berpuasa dan beribadat ) dalam kedua kedua bulan tersebut, lantas terlupa bulan Sya’ban. Kerana yang demikian , kebanyakan ulamak berpendapat Puasa di Bulan Rejab terlebih afdhal dari Bulan Sya’ban.
Tammat.

Agaknya siapakah manusia yang sibuk berpuasa di bulan Ramadhan dan Rejab tersebut?. Iaitu Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat , sudah termaklum mereka adalah sebahagian daripada makna manusia dari lafaz hadis tersebut dan hadis ini juga menjadi dalil kesunatan berpuasa rejab sebab lafaz “Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa ” adalah sabda Baginda s.a.w sendiri . Mengatakan Nabi tidak pernah berpuasa dibulan rejab dan tidak sunnah berpuasa dibulan rejab adalah satu pendustaan juga terhadap Nabi s.a.w. Telah maklum hadis riwayat Imam Ibnu khuzaimah tersebut adalah hadis sahih.

Seterusnya beliau menambah :

Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi s.a.w memandubkan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM . Pada hal Rajab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram. Riwayat dari Abi Daud dan lainnya dari Urwah , Bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar “ Adakah Rasululah s.a.w berpuasa dibulan Rejab?. Beliau menjawab: Ya dan Baginda melebihkannya . Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali”.
Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan “Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah Mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rajab”. Imam Al Baihaqi mengulas “ Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai (Sahabat).

Maka sabit lah Sunat berpuasa di Bulan Rajab , bukan Makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan Makruh adalah Fasid bahkan Salah sebagaimana yang telah engkau ketahui Kelebihan/Fadhilat puasa Sya’ban , padahal puasa Rajab terlebih afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam , kemudian baki-baki bulan Haram , akhirnya barulah Sya’ban.
Tammat.

Ulasan:
Sebahagian manusia mengatakan Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa Rejab. Tidak ada Nas berpuasa Rejab.

Lantaran itu Haram puasa Rejab atau makruh. Kalau berkepercayaan Nabi ada berpuasa di bulan Rejab maka Haram sebab dusta kepada Nabi s.a.w. Kalau nak buat juga tapi mengkhususkan niat Puasa Bulan Rejab maka makruh sebab tak ada dalil hadis yang terang.
Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah dan kalau menafikan Nabi pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak kerana kejahilannya , maka hendaklah bertaubat. Kalau sengaja-sengaja buat dusta dan kacau bilau , maka pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan.

Cuba lihat ini , satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim , satu lagi hadis yang mana tidak disangsikan lagi kesahihan nya. Yang sangsi adalah mereka yang diadalam hati berpenyakit. Seperti yang sudah ditimpa kepada Puak yang anti Ulamak , anti Ahli Sunnah dan anti Mazhab . Barang di jauhkan Allah adanya.

Usman bin Hakam Al Ansori berkata: Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan Puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di Bulan Rejab. Beliau (Sa’id ) menjawab : Saya telah mendengar
Ibnu Abbas Radiallahu an’hu berkata: Adalah Rasulullah s.a.w Berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berbuka (tidak berhenti puasa) , dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berpuasa “. Riwayat Muslim.

Terang dalam hadis ini menunjjukan Nabi s.a.w berpuasa Rejab. Mengatakannya Nabi tak pernah buat adalah dusta.

Kalau mereka berkata : Aaah itu hadis yang menunjjukan harus puasa dibulan Rejab bukan Sunat!!!. Memang dibolehkan jika berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab . Sebab dalilnya Hanya bersandarkan dalil yang umum hadis Sahih riwayat Muslim tersebut:

Jawab: Lihatlah mereka cuba pusing-pusing. Mula –mula kata tak sunat Puasa Rejab sebab tak ada dalil Nabi Puasa. Kemudian berdalih pula mengatakan hadis Muslim tersebut menunjjukkan hanya Harus bukan sunat.

Lihatlah Syarahan Hadis tersebut dalam Kitab Syarah Muslim 8 ms 38-39 , cetakan Daarul Syaqafah:

Bab; “ Berpuasa Nabi s.a.w dibulan yang selain bulan Ramadhan”.
Maksudnya “ Yang Zohir , bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadis ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadis ini untuk ain /diri puasa Rejab. Bahkan tetapi bagi puasa Rejab sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum Puasa dibulan-bulan haram ). Tidak sabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak tidak sabit nadab (sunat ) bagi diri Rejab , tetapi Asal hukum berpuasa Rejab , adalah disunatkan . Didalam Sunan Abi Daud Bahawa Rasulullah s.a.w mensunatkan berpuasa dibulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah-satu dari Bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam”. Tammat.

Maksud sebenar Imam Nawawi dalam Syarah Muslim tersebut, hanya sahaja dalil Kesunatan Rejab tidak berdalilkan dengan ain/diri hadis tersebut. Bukan menafikan “Kesunatan Berpuasa dibulan Rejab”.

Perhatikan baik-baik .
Memang , berdasarkan hadis tersebut kita memahamkan :

Nabi s.a.w pernah berpuasa di Bulan Rejab. Menafikannya sebagai tidak pernah berpuasa dibulan Rejab dan tiada sunnahnya berpuasa dibulan Rejab , adalah satu pembohongan yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti.

Hadis tersebut dilalahnya menunjjukan Harus berpuasa di Bulan Rejab. Bukan Sunat ,bukan juga Makruh, barang dijauhi Haramnya.

Sekalipun hadis tersebut tidak menjadi ain/diri dalil kesunatan berpuasa Rejab , tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga Hukum nya sunat berdasarkan Hadis-hadis Sahih mesabitkan Puasa Di bulan Haram.

Misalnya hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah tersebut dan Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah Puasa dibulan-bulan Haram”.

Sebagai penjelasan , Imam Nawawi menyebut “Ashlu Saum mandubun ilaih”. Maksudnya asal hukum berpuasa adalah mandub yaitu di Sunatkan. Ditahkikkan dengan kenyataan “ Bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun makna ‘Asyh harul Haram” . Tidak ada satu hadis samada yang bertahap Sahih maupun Hasan yang boleh dijadikan dalil Pentakhisan untuk Hadis “Asyharul Haram” yang umum maknanya. Bahkan  hadis tersebut akan menunjjukan Rajab adalah sebahagian Afradnya. Hadis yang khusus berkenaan Puasa Sya’ban dan Bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai pentakhsisan hadis “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan Puasa di Bulan Rajab. Sebab Muharram , Sya’ban dan Rajab adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban bukan bulan Haram . Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri. Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad “Bulan Haram”. Hadis khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan melibatkan Rejab . Maka Bulan Rejab tepat diatas ASAL HUKUM nya yaitu SUNAT sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi tersebut “Ashlul Saumi Mandhubun ilaih”.

Ini juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan Bulan Rajab dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram misalnya bulan safar. Bulan Safar tidak termasuk Bulan-bulan Haram. Bulan Rejab Sunat berpuasa, berdalilkan hadis-hadis yang telah lalu . Sementara bulan Safar pula misalnya tidak disunat kan berpuasa sebab tak ada dalilnya. Lantaran itu jika ada orang yang berkata “Tak ada langsung bezanya Bulan Rejab dengan bulan-bulan yang lain , sebab semua hadis-hadisnya adalah maudhu’ dan Dhaif. Tak ada fadhilat , tak ada pahala kalau puasa , tak ada ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya : Saja aku puasa esok , bulan Rejab…. ” maka satu lagi bohong telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan Rejab dengan selain bulan-bulan Haram misalnya Safar tersebut , menunjjukan ada Fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab . Maka diulangi lagi , “Adalah Mereka yang menafikan secara muthlak Fadhilat Bulat Rejab adalah kesalahan yang mesti ditangani oleh pemerintah, lantaran nakal yang menjejaskan kepentingan awam”.

5 ) Maka sebenarnya hendaklah difahami , bahawa Imam Nawawi hanyalah menyatakan Hadis Muslim tersebut tidak menjadi ain dalil Berpuasa Rejab sahaja. Bukan Berpuasa Rejab tidak ada dalilnya.
Kedua-duanya adalah berbeza.
Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan , tak betul huraian awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata Khusus berpuasa di bulan Rejab , sehingga boleh ditentukan Niat berpuasa Rejab secara khusus?.
Jawab: Kenapa Imam Nawawi mengatakan Ashlu Sawumi Mandubun ilaih?. Cuba pulak awak cernakan?.
Sila lihat pula Majmuk juzuk 6 ms 386: “Sebahagian dari puasa yang disunatkan , ialah Puasa dibulan-bulan Haram, Yaitu Zul Qa’dah , Zul Hujjah, Muharram dan REJAB”. Tammat.

Disini menunjjukkan Sunat Puasa Rejab dan adanya pengkhususan Puasa Rejab serta niat-niatnya.
Oleh yang demikian , setiap Muslim semestinya faham untuk membezakan diantara terdapatnya hadis-hadis maudhu’ dan dhaif yang menghikayatkan kelebihan berpuasa dibulan Rejab dengan ketiadaan dalil kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Kedua-duanya perkara tersebut sebenarnya adalah perkara yang berlain-lainan.
Jangan terkeliru dan terpedaya dengan oceh-ocehan mereka yang tidak bertanggung jawab, yang mungkin kononnya terlalu asyik menjaga masyarakat agar tidak berpegang dengan hadis-hadis yang dusta terhadap Rasulullah s.a.w. Langsung terlajak menolak terus Sunat berpuasa dibulan Rejab.

Sebenarnya method mereka sama saja bila berhadapan dengan sebarang isu agama khususnya hukum-hukum agama yang telah maklum diketahui orang ramai. Mereka biasanya mencari-cari ruang yang boleh sedapat mungkin untuk dikritik habis-habisan fatwa-fatwa Ulamak Muktabar, mengikut kaedah mereka yang kebanyakannya adalah mengelirukan. Menghigh-lightkan cogan “Penilaian Semula fatwa-fatwa ulamak, jangan ikut saja buta tuli”, padahal dalam kebanyakan hal merekalah yang terlebih buta, terutama dalam konteks memahami ibarat-ibarat dan maksud kata-kata dari Para Ulamak. Wassalam .

Mengenai hadis –hadis yang selalu dipertikaikan oleh kebanyakan orang, dan dikatakan telah digunakan sebagai dalil puasa rejab oleh mazhab, boleh lah kita melihat komen dari Sheikh Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatawa kubro beliau. Muka surat 46 juzuk 2 cetakan daarul kutob ilmiyyah:

و سئل نفع الله به عن حديث أن فى الجنة نهرا يقال له رجب ماؤه أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر ,وحديث : من صام يوما كل شهر الخميس والجمعة والسبت كتب له غبادة سبعمائة سنة و حديث مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات . هل هى موضوعة أم لا؟. فأجاب بقوله : ليست موضوعة بل ضعيفة , فتجوز رواتها والعمل بها فالفضائل. قال الحافظ ابن حجر : فى الأول ليس فى اسناده من ينظر فى حاله سوى منصور الأسدى , وقد روى عنه جماعة لكن لم أر فيه تعديلا , و قد ذكره الذهبى وضعفه بهذا الحديث وقال فى الثانى له طرق بلفظ عبادة ستين سنة وهو أشبه ومخرجه أحسن و اسناده أشد من الضعف قريب من الحسن والثالث له طرق وشواهد ضعيفة يرتقى عن كونه موضوعا , والله أعلم .
RUJUKAN

Viewing all 1409 articles
Browse latest View live